بسم الله الرحمن الرحيم
وبه نستعين ونحمده سبحانه وتعالى جل وجلاله وكماله وجماله
وصلى الله عليه وعلى آله وأصحابه الاكرمين
أما بعد
يا أيها الذين آمنوا
كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم
لعلكم تتقون
Bersyukur pada ALLAH SWT.. yang memberi ruang dan waktu untuk abumujahid
terus menari-narikan jemari kurniaanNYA ini ... Juga selawat buat Junjungan
Besar RasuluLLAH SAW... kerana tanpanya kita tidak mengenal iman malah jauh
sekali taqwa....
Kesempatan ini ingin sekali abumjahid berkongsi sedikit kefahaman tentang
ayat 183 surah Al Baqarah di atas, moga kita dapat mengambil i'tibar darinya.
Tingal kurang seminggu kita akan menyambut kedatangan bulan Mulia.. Ramadhan
Al Mubarak.. tetapi sudah berapa ramai dikalagan kita yang mula mempersiapkan
diri menghadapinya... kita seringkali cepat membuat persiapan untuk sambutan
majlis2 dunia.. tapi jarang yang bersedia menyambut majlis2 akhirat..
subhanaLLAH...
Tuan puan sidang pembaca budiman,
Jesteru, Firman ALLAH SWT dalam ayat di atas mengandungi 3 pecahan penting..
dan daripada pecahan-pecahan penting di atas.. jarang manusia menggapai tahan
ketiga dari pecahan tersebut.. kenapa???
Inilah persolan penting yang ingin abumujahid berceloteh berkenaannya...
Pada pecahan pertama.. ayat ini sebenarnya sudahpun menggambarkan kepada
perkara besar, perkara yang melibatkan aqidah kita kerana ayat ini tujunnya
adalah ditujukan kepada golongan yang beriman.. Ketika inilah kita lihat.,.. sentuhan
ILAHI yang sangat lemah lembut menegur .. manusia... walau betapa banyaknya
dosa manusia.. ALLAH masih berlembut .. sangat2 friendly reminder mengingatkan
manusia dengan pangilan dan teguran ...
Jika org yang berpuasa dibulan Ramadhan ini tidak beriman, atau kurang
beriman, atau ambil sedikit untuk beriman dan buang sedikit keimanannya.. maka
bagaimana dia hendak meneruskan kepada langkah ayat kedua?? Contoh mudah...
seseorang berpuasa tetapi tidak solat.. seseorang berpuasa tetapi auratnya
tidak dipeliha dengan sempurna... seseorang berpuasa tetapi masih menolak
hudud... apakah sempurna kehendak ayat
يا أيها الذين آمنوا
‘Wahai orang-orang yang beriman..’
Jikalau tidak
sempurna manusia itu beriman yakni aqidahnya belum kukuh.. maka kita perlu
bersedia mengukuhkan aqidah kita dengan belajar... memahami ilmu aqidah beserta
dengan mengamalkannya.
Setelah berjaya melepasi pecahan pertama, manusia akan memasuki fasa ‘beramal
di bulan puasa’. Ketika ini lagi ramai yang tersungkur.. atau tewas dek godaan
nafsu. Kita berpusa sekadar menahan lapar dan dahaga atau berpuasa anggota
zahir dan batin?.. atau macamana.? Ketika ini lah manusia berpuasa.. tetapi
puasanya hanya meberi kesan lapar dan dahaga sahaja..
Kita boleh pandang sekeliling kita. Ramai sekali yang tidak menutup aurat
semasa Ramadhan.. mereka membutakan diri mereka atau mereka telah dibutakan
ALLAH dr hidayah?? NauzubiLLAH min zalik..
Contoh lagi... perihal makanan.. kita galakkan pembaziran.. sedangkan org2
yang membazir itu saudaranya syaiton..pemborosan di Bulan Ramadhan kerapkali
berlaku.. beli makanan banyak2.. last2 tidak dimakan.. membazir.. bagaimana
mungkin puasa kita melepasi tahap kedua ini?? Mustahil berlaku bukan?
Adapun puasa yg sebenarnya kita menjaga daripada makan dan minum disiang hari.. menundukkan
pndangan mata dr melihat maksiat.. menjaga munajat hati... berbuka dengan makanan
anjuran sunnah RasuluLLAH SAW... tidak terlalu kenyang bagi memudahkan amal
ibadah di malam hari...dll
Kalau nak dihitung kaedah puasa sebenar rasanya tidak sesuai untuk post kali
ini.
Kemudian...
Jika Berjaya melepasi tahap pertama dan kedua dr ayat 183 diatas.. maka
barulah ALLAH SWT menyebut :
لعلكم تتقون
‘mudah-mudahan kamu
bertaqwa’
Perkataan mudah-mudahan disini boleh disimpulkan dengan
boleh jadi ya.. boleh jadi tidak. Yakni tidak semua org boleh mendapat TAQWA
kecuali setelah mereka melepasi tahap pertama dan kedua drpd ayat di atas.
والله المستعان على ما يصفون ونقول:
أستغفر الله العظيم على ما فعلنا نعلم وما لم
نعلم
والسلام عليكم
SALAM RAMADHAN…
RAMADHAN KAREEM ..
RAMADHAN MUBARAK…
RAMADHAN MUBARAK…
No comments:
Post a Comment