...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Monday, April 30, 2012

Sukarnya Ruh Keluar .. jika kita mengikat diri dengan dunia

Assalamulaikum..

Segala pujian bagi ALLAH SWT yang menciptakan hidup dan mati kepada manusia. Maka beruntunglah mereka yang mati dan pergi bertemu denganNYA dalam keadaan diredhai ALLAH SWT.
Seringkali kematian yang berlaku didepan mata kita memberi peringatan kepada kita bahawa suatu hari nanti kita jua akan berhadapan dengan kiamat kecil ini. Bersedia atau tidak saja yanag menjadi penentunya.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Semalam abumujahid dihubungi seseorang  meminta tolong untuk tengok-tengokkan  datuknya yang 'nk pergi tapi x pergi2'. seminggu dalam keadaan nazak. Abumujahid sebolehnya mengelak dengan memberi amalan2 dan petua untuk diamalkan oleh keluarganya. Tapi selepas maghrib semalam sekali lagi cucunya menelefon untuk membawa ke rumah aatuknya di Gangsa, Melaka.

Selepas solat Isya di masjid Bukit Katil. Cucunya sudahpun menanti di perkarangan masjid. Bertolak dan sampai sekitar jam 9.30 mlm. Keadaan datukknya yang terketar2 badan, dan amat uzur dengan badan cengkung .. berusia lingkungan 90 tahun.. keadaannya begitu sangat memberi keinsafan kepada abumujahid.

Terfikir apa sebabnya dan kenapa terjadi keadaan begitu? Abumujahid memohon petunjuk ALLAH SWT dan memohon untuk dipermudahkan urusan si Datuk yang nk pergi tetapi tersekat dek mungkin disebabkan amalan2 keduniaan.

Sebenarnya secara umum amalan keduniaan ini terlalu banyak yang boleh menyebabkan perjalanan keluar ruh tersekat atau terbantut. Walaupun semua yang berlaku juga sebenarnya petunjuk dan amaran ALLAH SWT kepada mannusia yanag hidup dan melihat.

Antara yang pernah abumujahid sebutkan ialah masalah yang disebabkan Uri, dan boleh jadi juga banyak yang kita dengar ialah disebabkan pemakaian susuk. tak kurang juga yang'memelihara'.

Apapun asbab tersekat ruh untuk keluar memang banyak. tetapi secara mudah nya.. kita sebagai manusia yang melihat. hendaklah banyak berfikir dan berikhtiar untuk bebas diri kita daripada amalan-amalan yang akan menyeksa sipengamalnya semasa mengadap sakratul maut...

Setelah didoakan dengan doa-doa selamat dan juga doa untuk dipermudah dan diurai segala kekusutan... abumujahid pada keesokan paginya disms oleh cucunya... bahawa datuknya telah pergi menemui Rabbul Jaalil sekitar jam 2.30 pagi.

Itulah keagungan ALLAH SWT dan kasih sayang ALLAH SWT.. dalam keadaan hambaNYA yang banyak melakukan dosa ini... masih ada lagi ruang untuk menerima doa daripada hambaNYA ini...  terharu  mengingatkan keadaan ini..

SubhanaLLAH... Masya ALLAH.. segala yang berlaku adalah milik dan ketentuan dariNYA... terkedu abumujahid mengenangkannya... moga-moga ALLAH mengampunkan dosa-dosa abumujahid dan hamba-hambaNYA di dunia sebelum tiba dan sampai seruan sakratul maut. Amin ya RABB..

wasolaLLAHu 'ala saidina wahabibina wa Syafi'ina Muhammad SAW...

Wassalamualaikum...


No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.