WACANA
ILMIAH HOMEOPATI 2012
(PENGENALAN
& PRINSIP PERUBATAN HOMEOPATI)
PENGENALAN
Kesihatan
ialah anugerah dan nikmat Allah yang paling berharga. Manakala kesihatan dan
perubatan memang suatu hal yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia bernula dari lahir hinggalah ke hujung hayat. Kini, ilmu perubatan kian berkembang sehinggalah
wujudnya pelbagai sistem, kaedah, pendekatan,dan ubat-ubatan yang kadangkala
menjadikan kita keliru dan ketinggalan zaman. Dalam penemuan, perkembangan, dan
kemajuan ilmu perubatan itu, perubatan homeopati adalah antara kaedah perubatan
alternatif/ komplementari yang terbesar dan semakin mendapat tempat dan
pengiktirafan oleh pihak yang berkenaan,
termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Banyak penyakit yang tidak mampu
diubati dengan cara tradisional dan konvensional dapat diatasi dengan perubatan
homeopati. Banyak institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara yang
menawarkan kursus perubatan homeopati sehingga peringkat ijazah. Namun, masih
terlalu ramai rakyat Malaysia yang tidak mengenalinya, malah tersalah
maklumat tentang homeopathy sehingga
menganggapnya sebagai perubatan tradisional, mistik, atau herba.
OBJEKTIF
1.
Mendedahkan peserta tentang konsep, prinsip dan
falsafah homeopati dan kaitannya dengan
kehidupan manusia dari aspek fizikal dan mental.
2.
Menjelaskan persamaan dan perbezaan homeopati
dengan perubatan-perubatan yang lain.
3.
Mendedahkan remedi (ubat) homeopati boleh digunakan
bukan hanya untuk penyakit atau masalah fizikal, tetapi juga untuk merawat
masalah mental.
4.
Memberikan peluang kepada masyarakat untuk menilai
dan memilih kaedah perubatan dan penjagaan kesihatan yang sesuai dan terbaik
untuk mereka.
5.
Mendedahkan maklumat yang tepat dan terkini kepada
guru, ibu bapa dan masyarakat tentang
homeopati, khususnya homeopati tulen.
6. Mendedahkan ilmu homeopati kepada sesiapa yang
berminat, khususnya yang bercita-cita menjadi pengamal (doktor) homeopati atau
pembantu doktor homeopati.
Tarikh : 2012 (SABTU)-belum ditetapkan tarikh sehingga peserta minimum 15 orang.
Masa : 9.00 pagi -
4.00 petang
Tempat : Melaka ( Akan ditetapkan kemudian)
Dr (H) Abu Naim Kassan, DSc (Hom)
Urus Setia :
019-6879224( sila sms/ hubungi jika berminat)
Bayaran :
Anggaran RM120 sahaja (nota, sijil & makan disediakan)
SSIAPA
YANG PERLU HADIR?
·
Individu
yang meminati ilmu dan kesihatan, khususnya yang berminat untuk menjadi
pengamal/doktor perubatan homeopati.
·
Ibu
bapa yang mementingkan kesihatan diri dan keluarga.
·
Wanita
yang berminat untuk sihat.
·
Lelaki
yang prihatin tentang kesihatan.
·
Graduan
yang ingin menambah pengetahuan.
·
Guru
yang cinta akan ilmu.
·
Kaunselor
yang berminat menambah ilmu dan
maklumat.
·
Pemimpin/ketua
yang ingin masyarakatnya sihat dan sejahtera.
·
Ketua
jabatan/pengurus yang ingin pekerjanya sihat dan produktif.
·
Pesakit-pesakit
yang ingin mencari perubatan alternatif ATAU sudah “puas” berubat dengan cara
tradisional/konvensional.
ANTARA
INSTITUSI PENGAJIAN YANG MENAWARKAN KURSUS
IJAZAH
PERUBATAN HOMEOPATHY (BHMS)
Cyberjaya
University College of Medical & Science (Malaysia); Lincolnshire University
International (USA)
No comments:
Post a Comment