...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Thursday, April 12, 2012

Asas Homeopati dan ' BRAIN TONIC'

Assalamualaikum

AlhamduliLLAH dengan limpah kurniaNYA masih diberi kekuatan abumujahid menitipkan perkongsian khasnya untuk memantapkan lagi diari kehidupan ruang dan masa abumujahid sebagai penuntut ilmu ALLAH yang maha luas..

Pada malam yg berbahagia ini ingin abumujahid menarik sidang pembaca budiman menyelami sedikit berkenaan ilmu rawatan homeopati secara asasnya.



Dalam buku '103 PENYAKIT DENGAN RAWATAN HOMEOPATHY DI HUJUNG JARI ANDA' Penulisnya menukilkan dimana sistem Homeopati memberi rawatan mengikut simyom, bukan kepada penyakit. Sasaran homeopati ialah memberi kekuatan kepada sistem dalam badan manusia untuk melawan penyakit. Sama sekali berbeza dengan kaedah rawatan Alopathy. Kaedah Homeopati bukan menyelidik atau mengenal jenis kuman dan memilih ubatan yang kuat untuk membunuh kuman atau menghapuskannya, tetapi ia satu kaedah memberi rawatan kepada " Vital Force" supaya dapat melawan musuh yang mengganggu kesihatan seseorang itu.

Apa itu" Vital Force'? Ringkasnya Sains Homeopathy mempercayai bahawa badan manusia mempunyai satu sistem tersendiri untuk berada dalam keadaan sihat dan harmoni. Jadi apabila seseorg diserang oleh penyakit dari luar badan maka Vital Force @ Daya Penahanan  tubuh akan memberi isyarat seperti demam, muntah, batuk dan sebagainya kepada badan. walaupun sistem ini nampak tidak bagus pada badan kita, tetapi sebenarnya ia adalah penggera kepada sistem penahanan seseorang untuk bertindak balas mengekalkan kestabilan tubuh sekiranya kita mempunyai tubuh yang sihat.

Peningnya.. apa abumujahid nak terangkan ni... begini.. sebagai contoh hingus atau cecair yang berlendir dikeluarkan dr sistem pernafasan untuk memerangkap benda-benda luar yang memberi gangguan di sekitar pernafasan. Batuk atau bersin pula diadakan untuk menghalau keluar hingus dari slaur pernafasan supaya tidak menghalang peranafasan. Begitulah bijaknya ALLAH SWT mencipta manusia dengan sistem naturalnya.

Jadi perubatan homeopati secara ringkasnya membantu menguatkan Vital Force yang lemah dengan remedi yang bersesuaian supaya ia boleh melawan penyakit dan bukan remedi yang mencederakan Vital Force yang menyebabkan penyakit bertapak dengan lebih mendalam.

Sebenarnya remedi Homeopati tidak memberi apa-apa kesan sampingan. Ia adalah selamat. Tidak mengandungi racun dan dadah dan boleh diberikan dengan selamat , in sya ALLAH boleh diberikan kepada semua jenis golongan usia lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak walaupun seorang bayi yang baru dilahirkan.

Insya ALLAH dengan panduan ringkas ini, boleh membuka minda dan dan pandangan sidang pembaca untuk men'trycuba' rawatan homeopati sebagai satu rawatan alternatif yang utama selain rawatan-rawatan utama yang lain seperti menggunakan kaedah rawatan Sunnah iaitu Tibbun Nabawi( yang terutama).

Insya ALLAH di kesempatan ini abumujahid mengiklankan satu remedi BRAIN TONIC ( Ori ) iaitu dari campuran remedi-remedi homeopati yang asal dan tidak diubahtambah. Khas untuk otak dan kecergasan semua peringkat usia.


BRAIN TONIC
Botol Kecil RM 8
Botol Besar RM 15
( harga tidak termasuk pos)

Sekian untuk perkongsian kali ini

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.