...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Saturday, April 21, 2012

Jadikan kerja harianmu sebagai sejadah...

Assalamualaikum

AlhamduliLLAH thummalHamduliLLAH... baru sekejap abumujahid mengadap satu coretan perkongsian yang penuh makna dan berselirat dengan pengharapan.. blog al Fadhil Ustaz Wan Asrol amat dalam maknanya walaupun ia disuratkan dalam posting disini .. moga diberi rahmat dan inayah buat Tuan Al Fadhil..

Kesibukan sekolah membuatkan terleka sekejap dengan aktivirti berpersatuan.. insya ALLAH dalam proses membentuk  Draf Lajnah ... date line 30 Mei.. abumujahid tersangat jahil about Lujnah yang dipertanggungjawabkan... tetapi dengan kepercayaan dr semua ahli.. beserta bantuan sahabat2 dan AJK yang arif lagi bijaksana.. insya ALLAH moga-moga dipermudahkan urusan pembentukan awal Draf Lujnah..

Tuan-tuan dan puan-puan... berbalik kepada tajuk, pagi tadi terdengar bicara di IKIM semasa menghantar anak ke Masjid Al Azim dan satu istilah yang sangat menarik pandangan abumujahid ialah.. Jadikan tempat kerjamu sebagai sejadah... cantik sungguh ayat ni bukan... kenapa pula sebagai sejadah?

Sebenarnya di atas  sejadah biasanya amalan solat didirikan.. jadi makna ringkas yang abumujahid boleh coretkan disini, dengan solat yang khusyuk, dengan pandangan mata fokus kepada tempat sujud.. anggota tidak berpaling dari kiblat yang satu dan paling mustahak hati tidak lalai mengingati ALLAH.. di keluarkan dalam kehidupan harian termasuk di tempat kerja dan dimana jua..

Dari sinilah konsep jadikan tempat kerja sebagai sejadah. Fokus pada pekerjaan dengan niat amalan kerana ALLAH... semasa kerja.. walaupaun anggota badan bergerak melakukan kerja tetapi fokus hati adalah dengan zikruLLAH... SubhanaLLAH.. kalau itu yang mampu kita lakukan.. maka dekatlah kita dengan ALLAH SWT.. jauhlah kita dari melakukan keburukan dunia dan akhirat..

Jadi apa salahnya konsep ini kita cuba bawa dalam kehidupan harian kita.. Insya ALLAH.. moga keberkatan hidup menyelubungin diri kita semua.. amin Ya RABB...

berundur diri dahulu

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.