...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Sunday, August 2, 2009

Diari merawat 7( rawatan susulan)

Assalamulaikum...

Semalam selepas isya, saya sempat merawat rawatan susulan kepada seorang pesakit sebagaimana cerita diari merawat 5, pesakit yang sebelum ini mengadu sakit belakang sampai ke kepala .. bila ditanya AlhamduliLLAH semua saki2 badan hilang selepas rawatan minggu lepas..

Macam biasa saya mula merawat untuk rawatan susulan.. walaupun gangguan masih ada, tapi tidak sebanyak minggu lepas.. dengan izin Allah agak banyak gangguan keluar... saya hantar ke baitil Asrar dengan izin ALLAH.

Apa yang menarik yang ingin dikongsikan ialah, masalah pesakit sebelum ini ialah pesakit perokok tegar.. selepas dirawat.. pesakit dapat kurangkan 90% tabiat merokok.. dari 2/3 kotak sehari kepada beberapa batang sahaja.. ALLAHu.. seronok saya dengar perkembangan ini...

Dia nampak lebih semangat dan perniagaan yang dijalankan pun semakin baik.. AlhamduliLLAH..

kemudia rawatan diteruskan kepada isterinya yang sakit kedua kaki sehingga lutut.. ada masa2 tertentu sakit kaki tersebut menyerang..

Rawatan dijalankan dan didapati banyak gerakan bahagian kaki seolah2 gangguan keluar.. Wallahu'alam.. saya bekalkan dengan garam jampi( garam ruqyah yang dibacakan ayat2 pemecah) ..

Sempat juga saya sisipkan ruangan tazkirah, mengingatkan pesakit kebergantungan kita kepada ALLAH dalam semua hal... juga menambahkan kepentingan zikir dalam kehidupan harian kita...

jadi marilah kita sama2 bergantung harap kepada ALLAH semata-mata dalam menangani apa jua masalah yang kita hadapi sekarang..

Wallahua'lam..

Siiruu 'ala barakatiLLAH..

1 comment:

  1. Saya nak tanyalah ustaz...saya ni kira perokok tegar jugak..baru2 ni saya terkena santau dan sihir..alhmadulillah sudah beransur pulih..apa yg menyakitkan ialah dgn sihir ini saya telah berhenti kerja tanpa sbb alasan yg kukuh..mgkn kerana fikiran yg terganggu oleh sihir ini. Skrg saya tidak bekerja dan dgn umur yg meningkat agak sukar mencari pekerjaan jadi skrg menghrpkan isteri shj dgn gaji yg kecil. Saya dulunya adlah pensyarah IPTA..skrg tggl dirumah shj dan kuat pula menghisap rokok...mohon pandangan ustaz untk menghentikan tabiat ini merokok ini..hidup pun semakin susah dgn tiadanya pendpatan tetap...mohon pandangan.

    ReplyDelete

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.