...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Tuesday, August 18, 2009

Diari merawat 9 (persoalan yang x terungkai)

Assalamualaikum..

Lama rasanya tidak menulis kisah rawatan... sekadar meluangkan masa..

Malam semalam saya ada temujanji dengan seorang guru.. katanya ada gangguan.. dah elok berjanji tiba2 deringan telefon drpd Ustaz Hafiz menerjah telinga saya... waktu baru pukul 8 malam.. Ustaz Hafiz memaklumkan perihal Pelajar F yang tidak sedarkan diri dari pukul 4 petang lagi...

Saya jadi serba salah, Ustaz Suriandi pula berada di Muar.. ahh gawat ni.. apapun saya pun berhasrat cuba pergi ke sekolah dulu kemudian baru ke rumah cikgu yang buat temujanji tu..
ketika bersiap2 ke sekolah.. deringan sekali lagi berbunyi.. panggilan dr cikgu tu memohon maaf sebab tidak dapat penuhi temujanji dengan saya disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan..

Alhamdulillah.. aku merancang tapi sebenarnya perancangan itu datang dari ALLAH Taala..

Sampai di sekolah saya sempat solat isya berjemaah bersama pelajar2 lain...Selesai solat saya terus ke tempat Pelajar F yang tak sedarkan diri hampir 5 jam.. ALLAHu..

Bila dekat saja.. ada gerakan padanya dan saya mengarahkan keluar.. tidak cukup dengan arahan keluar saya ajak berborak.. degil sungguh.. dia tak mahu keluar.. apa lagi kaedah yang digunakan seterusnya membaca ayat2 azab.. dia kesakitan.. kaedah tekan dan picit pun sama.... dia kesakitan.. tapi x nk keluar..... gelengan kapala dan desiran mulut menjadi bahasanya..

Saya tak pasti jenis yang mengganggu... Wallahu'alam.. oleh kerana banyak usaha yang telah dibuat tidak berjaya dan tidak diizinkan oleh ALLAH.. akhir sekali saya menggunakan kaedah sembelih jarak jauh.. waktu dah lebih sejam 1/2 jadi saya dah bersandar ke dinding.. saya ambil sejadah yang bergulung.. kemudian memohon daripada ALLAH supaya menghentikan gangguan dan saya sembelih sejadah tadi... 2/3 minit sejadah tadi jadi mangsa sembelihan saya.. kemudian Pelajar F menunjukkan reaksi terlantar dimana kedua tangannya dah jatuh ke lantai..

Saya panggil nama pelajar f untuk sedarkan dia.. x ada reaksi.. pelik saya.. tiba2 saya terilham untuk menarik roh pelajar f ke masuk ke dalam tubuhnya.. dengan kuasa ALLAH.. gaya tarikan pertama terus menyedarkan pelajar F.. Ta'ajjub saya dengan keadaan ini.. ALLAHu..

persoalan x terjawab...??

Persoalan saya ialah.. adakah ketika berlaku rasukan penuh... roh pesakit tidak bersama pesakit atau berada disekitar pesakit sahaja? kalau ada otai mualij.. silakan menjawab.. sesungguhnya saya tidak mengetahui apa yg berlaku..

Kemudian bila pelajar F sedar , dia rasa kepalanya pening macam nk pecah.. saya tarik kesakitan pelajar tadi dan masukkan cahaya putih AL Fatihah dalam kepalanya...( jgn panik) saya maksudkan saya baca Fatihah dan selawat2 kemudian saya tidurkan Jin yang mengganggu dengan niat sewaktu tidur dia keluar bersama peluh dan najis pelajar F..

Sekian dulu kisah yang x seberapa.. semoga dapat dikongsi dengan perawat lain dan sudi kiranya memberi teguran kepada saya...

Wallahu'alam bissowab..


اللهم بلغنا رمضان


1 comment:

  1. Persoalan dirungkai oleh Tok Belagak dalam Blognya : http://darulsaka.blogspot.com
    Syukran Amboo ucapkan..

    ReplyDelete

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.