Assalamaualaikum..
Sekarang kita dah makin keliru dengan H1N1... semua orang sudah mula memakai topeng.. tujuannya untuk menghalang virus tersebut daripada menjangkiti mereka.. di sekolah saya pun tidak kurang begitu.. ramai juga guru-guru dan pelajar-pelajar mula memakai topeng muka.. bagus lah untuk aspek kesihatan.. tambahan pula sekarang jerebu pun boleh tahan...
Tapi yang agak menyedihkan saya bila mendengar kata2 seperti berikut:
Cantik penutup muka engkau.. mana engkau beli?
Kalau pakai macam ni cantik x?
Engkau x tutup muka ? Tak takut risiko H1N1 ke?
Sekarang ni dah x boleh keluar rumah.. bahaya.. H1N1 merata-rata sekarang..
dan macam2 keluhan lagi...
Saya bukan apa.. khuatir jika mulut x jaga kita boleh jatuh kepada syirik atau sudah lebih kepada nk berjangok(berhias) ... lebih yakin dengan makhluk daripada Tuhan Pencipta kita.. macam x percaya dengan ketentuan bahawa segala penyakit dan kesembuhan adalah milik ALLAH semata2..
Bagi saya elok lah menjaga kesihatan.. memakai topeng muka, jaga kebersihan dll... itu perkara yang perlu kita lakukan .. kuarantin di rumah.. suatu perkara yang dianjurkan oleh baginda RasuluLLAH ketika wabak taun melanda... dimana penduduk sesuatu tempat yang dijangkiti perlu dikuarantin di negeri masing2 sehingga keadaan menjadi baik..
Tapi dalam melaksanakan semua itu jangan sampai lalai dengan ujian @ bala @ peringatan ALLAH kepada kita.
Kita sebagai umat Islam dibekalkan dengan satu konsep hidup yang baik iaitu bergantung harap kepada ALLAH SWT.. melalui doa yang kita pohon.. keyakinan bahawa doa kita didengar sebenarnya menyuburkan konsep 'ubudiyyah kepada ALLAH seterusnya mampu meletakkan diri kita sebagai hamba ALLAH yang perlu taat kepada segala perintah ALLAH dan meninggalkan laranganNYA..
Rasanya cukuplah setakat ini ... nk bersiap ke sekolah pula ni..
Ya ALLAH.. Engkau cipta segala makhlukMU dengan penuh kelembutan ... Aku pohon.. Agar Engkau dengan penuh kelembutanMU menghindari segala penyakit yang berlaku hari ini, moga2 kami menjadi manusia2 yang mengerti peringatan daripadaMu... Amin ya Rabbal'alamin..
Siiruu 'Ala BarakatiLLAH..
...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله
Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH
Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Para Pembaca budiman.
Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.
Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.
Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.
No comments:
Post a Comment