...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Monday, August 24, 2009

Apa Khabar Ramadhan kita?

Assalamualaikum..

Hari ini sudah hari ketiga umat Islam menjalani ibadah puasa... sudah tiga hari bermakna sudah 3 juzuk Al Quran mereka baca.. sewaktu hari pertama di Kelantan.. saya solat zohor di masjid Tanah Merah... selepas solat saya lihat pakcik2 dan anak2 muda berkumpul dalam satu halaqah untuk bertadarus.. indah suasana ini.. saf solat pun boleh tahan ramai dan saya anggar hampir seribu orang solat zohor berjemaah di masjid itu..

Malam tadi solat tarawih di Masjid Paya Rambai Kota Bharu, bilangan jemaah boleh tahan.. saya agak hampir seribu orang juga... hidup masjid2 di Kelantan ni, solat tarawih hanya 8 rakaat sahaja tapi hampir sejam baru siap.. lenguh juga kaki .. maklumlah baru lagi..

Emm lupa bersoal jawab.. kita dah berapa juzuk baca Al Quran? satu huruf al Quran ganjarannya 10.. kalau satu juzuk? itu belum digandakan lagi sempena Ramadhan.. Ramdhan KArim!! JOm lah kita habiskan 3 juzuk Al Quran setakat hari ini.. kalau lebih lagi bagus..

Solat pula. ramai yang tidak jaga solat.. termasuk saya agaknya.. sempurnakah solat kita 5 kali sehari berjemaah?? Kalau tidak .. cubalah berusaha... pahala yang sangat besar menanti anda.. lagipun itu merupakan sunnah yang sangat dituntut..

Ramai dikalangan kita lupa waktu mustajab doa.. 5 minit sebelum berbuka.. kita sibuk dengan juadah berbuka.. lupa kita nk banyakkan doa pada waktu iftor.. begitu juga dengan waktu sahur.. sangat mustajab doa.. mintalah apa yang kita perlukan dalam hidup ini.. Insya ALLAH mustajab.. ubahlah diri kita.. jadikan waktu 5 -10 minit sebelum berbuka untuk banyakkan doa.. begitu 5-10 minit sebelum azan subuh..

Saya menyeru diri saya dan pembaca.. kita kejar sehabis dapat.. supaya rahmah ALLAH milik kita pada 10 hari pertama Ramadhan ini..

Amin Ya Rabbal 'Alamin...

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.