...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Saturday, April 24, 2010

Pastikan rumah anda berpagar 2

Assalamualaikum

AlhamduliLLAH.. bersambung lagi kita diruang blog yang terhad ini.. ingin sekali abumujahid berkongsi tentang pagar rumah.. kadang rumah sendiri pun x berpagar.. apapun semuga menjadi ingatan kepada diri sendiri dan para sahabat diluar sana..

tuan2 dan puan2

Tepat sekali kalau kita mengatakan serahkan sahaja kepada ALLAH.. insya ALLAH x akan ada yg mengacau atau menggangu.. saya setuju sekali dengan kenyataan begitu" janji kita ada kekuatan YAKIN kepda yg Maha KUasa.."

Tapi apa salahnya kita bersedia dan berusaha menjadikan rumah kita berpagar daripada dimasuki oleh unsur2 yang buruk.. NauzubiLLAH minzalik..

Ok lah saya rasa tuan2 boleh melihat dan meninjau2 ruangan blog otai2 dalam rawatan...sudah pasti di sana tersedia ada cara2 dan teknik2 untuk memagar rumah.. ada yg menggunakan bahan2 seperti garam, lada hitam, ada juga sekadar menggunakan air mutlak.. x kurang yang memagar rumah dengan menggunakan ma'rifat dan niat sahaja... selagi tidak ada dalil mengharamkannya insya ALLAH masih harus digunakan..

Yang pasti .. kita berusaha dan yakin kepada ALLAH tuhan sekalian kejadian.. kalau abumujahid.. selesa dengan kaedah pagar menggunakan air dan dispray atau direnjis.. bacalah apa saja bacaan yg kita hafal.. janji tidak tersyirik dengan Syariah Islamiah yang asal.. pastikan juga semasa menyediakan bahan2 untuk pagar itu dengan bacaan yang disertai doa .. moga2 tidak mengundang khadam dll..

Apa saja niat.. pastikan kita ketengahkan Kerana ALLAH .. barulah munjulkan tujuannya untuk memagar rumah dll..

Sebelum ritual memagar rumah anda.. elok dibersihkan dulu 'benda' yg menghuni atau tersalah masuk rumah.. caranya perlu tanya yg mahir.. abumujahid sekadar pemudah bicara.. sesudah dibersihkan... barulah teknik2 mistik tuan2 untuk memagar dilakukan.. insya ALLAH.. selagi kita berpegang teguh dengan ajaran yang dibawa ol;eh Baginda RasuluLLAH.. selagi itu pagar tidak roboh.. dan kita kena pastikan penyebab pagar roboh tidak dilanggar.. supaya natijah daripada amalan pagar rumah 'menjadi'... Insya ALLAH akan disambung bila masa terluang..

apapun BarakaLLAHu fiikum...

Wassalam

Wednesday, April 21, 2010

Tazkirah buat abumujahid...

Assalamualaikum

Mungkin diari abumujahid sejak akhir2 ini terabai seabainya.. ketiadaan sumber online menyebabkan ia terabai.. urusan2 dunia yg bertambah mnyebabkan abumujahid x berkesempatan untuk meng'update' blog sendiri.. tapi alhamduliLLAH masih sempat mengikuti perkembangan berita2 dunia, setempat dan khususnya berkaitan dengan dunia pembelajaran rawatan yg abumujahid baru aje ceburi...

Pada abumujahid.. apa-apa perkara pun jika masih " tidak menjadi kudis" ( pinjam kata2 org lama) maka usah peduli dengan berita atau apa yg kita baca dari para blogger yg berpengalaman... sebab berbeza pendapat atau pandangan itu adat dalam kehidupan.. selagi tidak bercanggah dengan Al Quran dan As Sunnah.. x usah mempertikai atau dipertikai.. hormati adat dan adab ilmu.. moga kita semua mendapat ilmu dan keberkatan dari yang Maha Kuasa..

Sehingga ada satu mesej yg terpampang di shoutmix chat  abumujahid sedikit mencerminkan sifat kita semua sebagai mualij atau perawat..  Apapun pada saya yang dangkal dengan ilmu ini amat mengharapkan semua sahabat2 samada mualij ataupun tidak... usah diperbesarkan isu2 yg kecil.. selagi tidak menjadi kudis biarlah.. biarlah isu2 yg 'kecil' hilang begitu sahaja..

Rasanya sangat tidak layak abumujahid bercerita ttg perkara sebegini.. tetapi sebagai saudara seIslam elok juga menjadi panduan dan pedoman abumujahid sendiri..dan khususnya sebagai tazkirah yg diselit dalam hati kecil... moga2 kita mampu menjadikan Ukhuwwah Islamiyyah asas dalam perhubungan kita.

Jika posting kali ini menyebabkan ada insan yg terasa hati.. abumujahid menyusun jari memohon kemaafan.. Jom kita martabatkan pencarian ilmu dan jom kita pastikan ianya tidak terseleweng dari kehendak Aqidah dan Syariat yang mantop...Koreksi diri afdhal daripada menuding jari ke arah org lain..

Apapun.. Siiruu 'ala BarakatiLLAH wa ri'ayatiLLAH

AstaghfiruLLAH Lii wa Lakum

Wassalam

Wednesday, April 7, 2010

Pastikan rumah anada berpagar...

Assalamualaikum..

Macam terabai saja blog ini.. jadi sudilah membaca kisahnya...

Baru sekejap tadi guru saya telefon bertanyakan perihal zaujah saya yang terasuk separa sedar semalam.. petangnya zaujah mengadu berdebar2.. kiranya itu simptom utama kalau terkena gangguan... setelah dibaca aurad pembuka amalam dan selawat azimiah... badanya mula terhuyung hayang.. dan terasuklah dia dek makhluk yg x dapat discan oleh saya yg dhaif ini..

Talian hayat dicapai dan kata putus diperolehi bahawa gangguan yg mengganggu zaujah saya adalah barang lama... agak terpikir juga saya.. setakat tau barang lama dah beransur x ada.. apapun bila guru talifon tadi baru dapat mengangak bahawa barang 'lama' itu mengikut ( tabi') balik ketika sy berkunjung ke rumah seorang pesakit bagi merawatnya biizniLLAH

Selesai  berborak.. tok guru saya mencadangkan agar buat pagar rumah.. dah hampir 3 minggu rumah x berpagar.. insya ALLAH akan malam ni misi ala mistik akan dilaksanakan.. asalkan penyerahan kepada ALLAH aula.. dan asalkan tidak terkeluar batas syara' saya akan lakukan.. apa misi itu??.. nanti kalau diizinkan saya akan bercerita nanti.. wassalam..

nk masuk kelas dulu..

Wednesday, March 31, 2010

Hallah Nafsiah....

Assalamualaikum jami'aa

lama dah x update blog.. rasa janggal pulak nk menulis...almaklum abumujahid sekarang ni disibukkan dengan duniawi di sekolah 'SBT',

Satu perkongsian cerita berkenaan kes hallah nafsiah...ramai dikalangan mualij (perawat Islam) yang kurang mahir mengenal gangguan hallah nafsiah..penulis sendiri pun sangat kurang pengetahuan tentang kes2 sebegini.. sehingga datang kes yg dirasakan agak pelik dan bukan  berpunca daripada gangguan jin...berpeluh lah jugak ketiak abumujahid mengangak punca gangguan...

Emm senang cerita banyak kes hallah nafsiah( kejiwaan) ini bermula disebab hal2 seperti:

1) Kematian orang yang disayangi
2) Perasaan bersalah yang teramat kepada pasangan/org yang kita sayangi dengan melakukan perbuatan diluar batas fitrah manusia spt membunuh, curang dll
3) Stress atau tekanan dari tempat kerja /belajar yg jugak antara penyebab utama...


Itu antara punca..sehingga pesakit bila diruqyah atau dirawat.. maka gelisah umpama dirasuk atau kesakitan... hanya perawat mahir seperti tuan2 yg boleh mengenal semua itu.. setakat saya ni berpeluh dulu, baru boleh sikit2 kenal..

Ubatnya apa ye... kalau saya .. elok diperbanyakkan selawat dan istighfar juga diberi air jampi supaya diberi sedikit kekuatan menghadapi hal2 kejiwaan yang tidak utuh ini....

rasanya sekian dulu perkongsian yang entah apa2 dari insan jahil ini...

jumpa dilain posting..

Wassalam..

jangan lupa berbicara di :http://www.bicaraqalbu.com

Friday, March 19, 2010

FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa

Assalamualaikum semua..

Post ini saya copy dr laman: http://abuumair1.wordpress.com/2010/03/04/facebook-photos-tagging-yang-mengundang-dosa/

Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.


Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.  
Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.

Fikir2kan lah...


Wassalam

Sunday, March 14, 2010

Gangguan kecil..

Assalamualaikum

Hari ini terasa tenang saja.. almaklumlah cuti sekolah sudah bermula.. beban2 di sekolah di lempar jauh2 untuk difikirkan.. sekarang di rumah mentua di Tok Uban.. nasib baik ada internet.. fuh apa lagai .. ni nk lepaskan gian lah ni..

Cuma malam tadi saja anak kecil saya asyik menangis aje.. tido sekejap menangis.. saya biarkan saja ibunya handle tugas supaya anak saya diam... tapi masih x diam2..

Nak tak nak terpaksa bangun juga .. bila cek tengok ada simptom gangguan nih..  saya bacalah apa yang patut.. almaklumlah saya ni hanya tukang sapu sampah.. x pandai sgt nk merawat.. dah baca skit2 tu nampak ada perkembangan baik.. tapi sekejap saja.. menangis pulak budak tu.. ummi dia dah serahkankan tugas dekat abi dia.. rasa malas nk teruskan.. mintak umi dia aje handle,.,, bacakan ayatul kursi... 4 kali baca .. alhamduliLLAH x kedengaran lagi tangisan .. berkat doa ibu barangkali.. ALLAH  lebih makbulkan dari doa seorang ayah yang jahil..

Ok lah.. petua kalau anak menangis malam ni rasanya perlu jugak di ketahui oleh ibu bapa, mana tau berlaku kes2 kecemasan macam ni...

Saya sarankan baca ayatul kursi 7 kali dan tiup pada ubun2 baby tue.. kalau x jadi juga... ikhlaskan diri pada ALLAH.. teruskan dengan bacaan ayat2 muqatho'aat.. Kaaf, ha, ya, ain shod.... 3 x kemudian tiupkan umpama melepas tembakan ke ubun2 sampai ke kaki baby. atau apa2 ayat lah.. nak azan pun ok jugak rasanya.. .. Kalau dah ok terus pagarkan baby tue.. dengan apa yang kita hafal.. bismillah 5 ke bismillah 6 ke, doa nur ke, ayat kursi ke, khatamunnubuwwah ke.. paling2 kurang al Fatihah.. 3 qul dll..

Sebenarnya itu kerja ibubapa setiap hari, memagar anak2 yang masih kecil dengan doa kepada ALLAH daripada gangguan jin dan syaitan, disamping tugas besar memagar anak2 dari gangguan2 yang berleluasa di dunia hari ini dengan pelbagai bentuk hiburan yang melalaikan, bentuk kehidupan sosial yang  berlandaskan maksiat kepada ALLAH..

Opss dah panjang ni.. nanti dah jadi ceramah pulak... sekadar coretan dan diari je.. ok permisi dulu..


Siiruu 'ala barakatiLLAH.. Wassalam

Thursday, March 11, 2010

Coretan seorang tukang sapu 1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah thummal hamduliLLAH..

Diari abu Mujahid hari ini mencoret sedikit bingkisan keperitan menjadi seorang daie dan mualij.. rasanya lepas ini hendak saja menjadi tukang sapu sampah ...lebih senang menyapu sampah daripada tugas membanteras gejala tidak beragama dikalangan umat Islam hari ini.. mungkin itu sebagai ujian bila kita masuk ke alam daie.. ALLAHu.. bukan perit yang memedihkan diri sendiri  tetapi terasa perit mengenangkan sikap dan keadaan masyarakat yang terlalu nipis dengan amalan beragama.

Dalam tempuh 2 hari saja saya berdepan dengan keluarga yang agak sosial... apakan daya hati hendak bersuara tetapi melihat yg sakit itu mak mereka.. x sampai hati menggunakan masa rawatan hanya untuk menasihati wajah2 keroh itu.. sedih kerana masa tidak mengizinkan..

Apalah gamaknya kalau berlaku perkara ini dalam tetangga dan rumahtannga abumujahid.. nauzubiLLAH min zalik... MOga Hidayah ALLAH mengiringi Umat Islam semua... sebelum badan ditempatkan dirumah sempit yg x berkepastian.. impian melihat ruh addin bertebaran di bumi sedikit sebanyak terselit di kalbu abuMujahid..

Ya ALLAH.. ampunilah tukang penyapu sampah ini... jika ada niat dihati hamba untuk lari atau takut menghadapi medan dakwah dan daie...ALLAHummaghfighli zunubi...

Thursday, March 4, 2010

Istiqamahlah...

Assalamualaikum..

Kembali sekejap mencuri masa kurniaan ALLAH yang x ternilai harganya.. AlhamduliLLAH thummal HamduliLLAH..

Istiqamah.. satu perkataan yang mengandungi seribu erti bagi yang mengetahui..satu perjuangan yang memerlukan jerih bersama Inayah ALLAH sehingga mengapai mardhatiLLAH.. amin..

Persoalannya ramai yang berilmu... tapi tidak istiqamah dalam mengamalkan ilmunya... sekejap amal bismillah 6 kejap pulak nk amal ayat tujuh... kejap nak abiskan 70 000 kali zikir ALLAH2 dan macam2 amalan lagi.. itulah persoalan.. istiqamah ke tidak kita.. kadang2 kita mencari keserasian amalan sehingga x 'lepas sokmo' itulah yang biasa terjadi...

Bukan menuding jari.. tetapi menginsafi perkara yang berlaku pada diri sendiri... ALLAHumma amin.... jadi seruan untuk diri sendiri.. beramallah kerana ALLAH.. kerana dengannya kita diberkati.. keberkatan akan hadir bila amalan kita beristiqamah.. tetaplah saudaraku.. in sya ALLAH..berkat..

Akhirnya.. siruu 'ala barakatiLLAH...

Wassalamualaikum

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.