...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Thursday, March 11, 2010

Coretan seorang tukang sapu 1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah thummal hamduliLLAH..

Diari abu Mujahid hari ini mencoret sedikit bingkisan keperitan menjadi seorang daie dan mualij.. rasanya lepas ini hendak saja menjadi tukang sapu sampah ...lebih senang menyapu sampah daripada tugas membanteras gejala tidak beragama dikalangan umat Islam hari ini.. mungkin itu sebagai ujian bila kita masuk ke alam daie.. ALLAHu.. bukan perit yang memedihkan diri sendiri  tetapi terasa perit mengenangkan sikap dan keadaan masyarakat yang terlalu nipis dengan amalan beragama.

Dalam tempuh 2 hari saja saya berdepan dengan keluarga yang agak sosial... apakan daya hati hendak bersuara tetapi melihat yg sakit itu mak mereka.. x sampai hati menggunakan masa rawatan hanya untuk menasihati wajah2 keroh itu.. sedih kerana masa tidak mengizinkan..

Apalah gamaknya kalau berlaku perkara ini dalam tetangga dan rumahtannga abumujahid.. nauzubiLLAH min zalik... MOga Hidayah ALLAH mengiringi Umat Islam semua... sebelum badan ditempatkan dirumah sempit yg x berkepastian.. impian melihat ruh addin bertebaran di bumi sedikit sebanyak terselit di kalbu abuMujahid..

Ya ALLAH.. ampunilah tukang penyapu sampah ini... jika ada niat dihati hamba untuk lari atau takut menghadapi medan dakwah dan daie...ALLAHummaghfighli zunubi...

1 comment:

  1. salam, ustaz...
    masyarakat awam... terlalu nipis dengan amalan beragama... awam... kesian kan... perlu juga dilihat akan kalangan yang sedikit dari 'ustaz' dan 'ustazah' yang MELAMPAU... seperti berlaku di johor tuh...
    'pak lebai2' kat pantai tumur tuh juga... pergh... nikah bebudak... bilamana ada kalangan 'daie' bersifat melampau begini... maka akan turut leluasalah terjerumusnya kalangan awam... MAKA... HasbunalLahu wanik'mal wakil... ampuni kami ya RABB...

    ReplyDelete

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.