...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Saturday, April 24, 2010

Pastikan rumah anda berpagar 2

Assalamualaikum

AlhamduliLLAH.. bersambung lagi kita diruang blog yang terhad ini.. ingin sekali abumujahid berkongsi tentang pagar rumah.. kadang rumah sendiri pun x berpagar.. apapun semuga menjadi ingatan kepada diri sendiri dan para sahabat diluar sana..

tuan2 dan puan2

Tepat sekali kalau kita mengatakan serahkan sahaja kepada ALLAH.. insya ALLAH x akan ada yg mengacau atau menggangu.. saya setuju sekali dengan kenyataan begitu" janji kita ada kekuatan YAKIN kepda yg Maha KUasa.."

Tapi apa salahnya kita bersedia dan berusaha menjadikan rumah kita berpagar daripada dimasuki oleh unsur2 yang buruk.. NauzubiLLAH minzalik..

Ok lah saya rasa tuan2 boleh melihat dan meninjau2 ruangan blog otai2 dalam rawatan...sudah pasti di sana tersedia ada cara2 dan teknik2 untuk memagar rumah.. ada yg menggunakan bahan2 seperti garam, lada hitam, ada juga sekadar menggunakan air mutlak.. x kurang yang memagar rumah dengan menggunakan ma'rifat dan niat sahaja... selagi tidak ada dalil mengharamkannya insya ALLAH masih harus digunakan..

Yang pasti .. kita berusaha dan yakin kepada ALLAH tuhan sekalian kejadian.. kalau abumujahid.. selesa dengan kaedah pagar menggunakan air dan dispray atau direnjis.. bacalah apa saja bacaan yg kita hafal.. janji tidak tersyirik dengan Syariah Islamiah yang asal.. pastikan juga semasa menyediakan bahan2 untuk pagar itu dengan bacaan yang disertai doa .. moga2 tidak mengundang khadam dll..

Apa saja niat.. pastikan kita ketengahkan Kerana ALLAH .. barulah munjulkan tujuannya untuk memagar rumah dll..

Sebelum ritual memagar rumah anda.. elok dibersihkan dulu 'benda' yg menghuni atau tersalah masuk rumah.. caranya perlu tanya yg mahir.. abumujahid sekadar pemudah bicara.. sesudah dibersihkan... barulah teknik2 mistik tuan2 untuk memagar dilakukan.. insya ALLAH.. selagi kita berpegang teguh dengan ajaran yang dibawa ol;eh Baginda RasuluLLAH.. selagi itu pagar tidak roboh.. dan kita kena pastikan penyebab pagar roboh tidak dilanggar.. supaya natijah daripada amalan pagar rumah 'menjadi'... Insya ALLAH akan disambung bila masa terluang..

apapun BarakaLLAHu fiikum...

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.