...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Wednesday, April 21, 2010

Tazkirah buat abumujahid...

Assalamualaikum

Mungkin diari abumujahid sejak akhir2 ini terabai seabainya.. ketiadaan sumber online menyebabkan ia terabai.. urusan2 dunia yg bertambah mnyebabkan abumujahid x berkesempatan untuk meng'update' blog sendiri.. tapi alhamduliLLAH masih sempat mengikuti perkembangan berita2 dunia, setempat dan khususnya berkaitan dengan dunia pembelajaran rawatan yg abumujahid baru aje ceburi...

Pada abumujahid.. apa-apa perkara pun jika masih " tidak menjadi kudis" ( pinjam kata2 org lama) maka usah peduli dengan berita atau apa yg kita baca dari para blogger yg berpengalaman... sebab berbeza pendapat atau pandangan itu adat dalam kehidupan.. selagi tidak bercanggah dengan Al Quran dan As Sunnah.. x usah mempertikai atau dipertikai.. hormati adat dan adab ilmu.. moga kita semua mendapat ilmu dan keberkatan dari yang Maha Kuasa..

Sehingga ada satu mesej yg terpampang di shoutmix chat  abumujahid sedikit mencerminkan sifat kita semua sebagai mualij atau perawat..  Apapun pada saya yang dangkal dengan ilmu ini amat mengharapkan semua sahabat2 samada mualij ataupun tidak... usah diperbesarkan isu2 yg kecil.. selagi tidak menjadi kudis biarlah.. biarlah isu2 yg 'kecil' hilang begitu sahaja..

Rasanya sangat tidak layak abumujahid bercerita ttg perkara sebegini.. tetapi sebagai saudara seIslam elok juga menjadi panduan dan pedoman abumujahid sendiri..dan khususnya sebagai tazkirah yg diselit dalam hati kecil... moga2 kita mampu menjadikan Ukhuwwah Islamiyyah asas dalam perhubungan kita.

Jika posting kali ini menyebabkan ada insan yg terasa hati.. abumujahid menyusun jari memohon kemaafan.. Jom kita martabatkan pencarian ilmu dan jom kita pastikan ianya tidak terseleweng dari kehendak Aqidah dan Syariat yang mantop...Koreksi diri afdhal daripada menuding jari ke arah org lain..

Apapun.. Siiruu 'ala BarakatiLLAH wa ri'ayatiLLAH

AstaghfiruLLAH Lii wa Lakum

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.