...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Wednesday, March 31, 2010

Hallah Nafsiah....

Assalamualaikum jami'aa

lama dah x update blog.. rasa janggal pulak nk menulis...almaklum abumujahid sekarang ni disibukkan dengan duniawi di sekolah 'SBT',

Satu perkongsian cerita berkenaan kes hallah nafsiah...ramai dikalangan mualij (perawat Islam) yang kurang mahir mengenal gangguan hallah nafsiah..penulis sendiri pun sangat kurang pengetahuan tentang kes2 sebegini.. sehingga datang kes yg dirasakan agak pelik dan bukan  berpunca daripada gangguan jin...berpeluh lah jugak ketiak abumujahid mengangak punca gangguan...

Emm senang cerita banyak kes hallah nafsiah( kejiwaan) ini bermula disebab hal2 seperti:

1) Kematian orang yang disayangi
2) Perasaan bersalah yang teramat kepada pasangan/org yang kita sayangi dengan melakukan perbuatan diluar batas fitrah manusia spt membunuh, curang dll
3) Stress atau tekanan dari tempat kerja /belajar yg jugak antara penyebab utama...


Itu antara punca..sehingga pesakit bila diruqyah atau dirawat.. maka gelisah umpama dirasuk atau kesakitan... hanya perawat mahir seperti tuan2 yg boleh mengenal semua itu.. setakat saya ni berpeluh dulu, baru boleh sikit2 kenal..

Ubatnya apa ye... kalau saya .. elok diperbanyakkan selawat dan istighfar juga diberi air jampi supaya diberi sedikit kekuatan menghadapi hal2 kejiwaan yang tidak utuh ini....

rasanya sekian dulu perkongsian yang entah apa2 dari insan jahil ini...

jumpa dilain posting..

Wassalam..

jangan lupa berbicara di :http://www.bicaraqalbu.com

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.