الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Majlis Perkongsian Ilmu Bekam di KELANTAN


*****Kursus Bekam di Kelantan pada 17 Mac 2012-Sabtu- *****
Para Pembekam budiman boleh mendaftar mulai sekarang, bersama-sama menimba ilmu dari Al Fadhil Ustaz Wan Asrul.
BarakaLLAHu Fiikum

Tuesday, January 31, 2012

Perihal bercakap dengan Jin...


SalamuLLAH ‘alaikum…


Moga2 sambungan ini memberi peringatan kepada abumujahid agar sentiasa thabat dalam  ad din yang dibawa oleh baginda RasuluLLAH SAW…

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك

Saudara kaum muslimin sekalian… katakan sesuatu walaupun pahit jika ia adalah kebenaran…. Moga2 terselit kebenaran pada penulisan kali ini.. jika tidak izin kan abumujahid memohon maaf kerana kejahilan ini diterjemahkan dalam bentuk tulisan yang naif ini.


Sidang pembaca yang dihormati,

Penulisan kali ini adalah berkaitan bercakap dengan jin. Bahawa Jin mahupun syaitan bersifat  sombong dan  suka berbohong. Adakah kita yakin kalau dikatakan begitu? Bagi abumujahid sendiri kalau adapun kebenaran pada percakapan jin.. maka peratusannya sangat sedikit.

Jadi abumujahid menyeru semua sahabat- sahabat yang dirahmati ALLAH untuk keluar dari keadaan terlalu suka bersembang dengan jin kepada mengurangkan percakapan. Kalau boleh tinggalkan terus cara bercakap dengan jin kerana ia adalah perkara yang sangat samar2..dalam kita yakin jin suka berbohong kena pula kita suka bercakap dengan mereka.. bertanya itu dan ini... kan lebih baik kita tinggalkan saja bercakap dengan mereka disamping memperbanyakkan arahan keluar kepada mereka...

 Mungkin ada kaedah yang betul ketika berbual dengan jin.. tetapi bukan kaedah memaksa bercakap dengan mereka. Bertanya dan mempercayai kata2 jin yg keluar dr mulut manusia yg dirasuk… bertanya itu dan ini..

Manakala dipihak jin pula mula melakonkan aksi sedih, kesakitan, bersilat atau aksi2 tertentu yg akibat nya jika tidak dijaga akan memudaratkan pesakit dan boleh menimbulkan riak serta SS dikalangan org yg berkomunikasi/merawat mereka.

Adapun lebih baik kita memohon dari ALLAH SAW supaya mengeluarkan jin yg mengganggu tubuh manusia daripada kita membuang masa untuk bercakap dengan mereka..

Jesteru tuan2 dan puan,

Akan berkuranglah kes2 merasuk yg terlampau…sehingga terpaksa dipegang oleh 4/5 orang.. kes pesakit menjadi harimau… pesakit bersilat.. dan lain2..

Dan akan berkurang juga prasangka masyarakat sekeliling terhadap kehebatan/kekebalan makhluk halus ini. Maka sebaliknya timbulkan keagungan kepada ALLAH SAW semata-mata dengan tazkirah dan nasihat serta dorongan melakukan kebaikan kepada si pesakit dan org yang ada waktu rawatan dilakukan.


Sekian perkongsian pendapat… seperti abumujahid katakan.. jika salah kefahaman abumujahid pada post kali ini harapnya ditegur dan diperbaiki… jika ada pula kebenaran.. sama2 kita amalkan… jauhi diri dr terjebak dengan amalan2 yg mendatangkan SS tetapi perbanyakkan amalan SSS.

BarakaLLAHu fiikum.



.

1 comments:

  1. Assalamualaikum ustaz..
    Ana menyokong seratus peratus kenyataan ustaz..Allahu Akbar..

    ReplyDelete

من أنا

My Photo
Hamba ALLAH yang masih mencari