الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Majlis Perkongsian Ilmu Bekam di KELANTAN


*****Kursus Bekam di Kelantan pada 17 Mac 2012-Sabtu- *****
Para Pembekam budiman boleh mendaftar mulai sekarang, bersama-sama menimba ilmu dari Al Fadhil Ustaz Wan Asrul.
BarakaLLAHu Fiikum

Friday, January 20, 2012

Terasa dekat denganMU ya RasuluLLAH

Assalamualaikum

AlhamduliLLAH diberi kekuatan lagi untuk berblog pada petang ini.. segala pujian buat Pencipta yang Maha Hebat... Maha Pemberi.. yang mengurniakan kepada abumujahid dana para pembaca sekalian kekuatan dan kesihatan... alhamduliLLAH.

Ringkas cerita, Abumujahid pernah bertemu dengan mereka yang mendakwa keturunan RasuluLLAH SAW... datang mengadu sakit. tanpa banyak bicara terasa amat keldil bertemu dengan ahlul bait RasuluLLAH yang pada mereka mengalir darah2 mulia baginda SAW...

Betulkah perlu mereka menjaga keturunan sehingga tidak boleh berkahwin dengan selain dari ahlul bait sahaja?? abumujahid mengajukan persoalan.. dalam keliru dia menjawab .. ya.. alhamduliLLAH menjaga ketururan suatu yang murni.. tetapi barangkali tidak terputus keturunan walaupun berkahwin dengan rakyat marhain yang tiada asal usul keturunan Mulia RasuluLLAH SAW. malah memperluas lagi rahmah salsilah yang mulia ini.. itu pendapat dangkal sang fakir ilaLLAH ini..

Abumujahid ingin sekali menarik golongan mulia yang mempunyai salsilah dengan Baginda Besar rasuluLLAH SAW. agar dengan kelebihan tuan-tuan dan puan-puan sejak lahir ini agar lebih berhati-hati, menjaga dan memelihara apa yang dibawa oleh Junjungan Besar RasuluLLAH SAW.

Tonjolkan peribadi tuan-tuan dan puan-puan selari dengan kehendak sunnah agar ummah hari ini boleh menjadikan tuan-tuan dan puan-puan sebagai idola menggambarkan akhlak RasuluLLAH SAW. seperti para habaib yang bila berhadapan dengan mereka terasa dekat dengan baginda RasuluLLAH SAW. madadnya tersebar luas.... subhanaLLAH.. sesungguhnya ALLAH tidak menghampakan hamba2nya ini...

Terasa dekat dengan diri bila berhadapan dengan keturunan insan Mulia ini.. sehingga menyentuh nurani dan hati abumujahid.. moga ahlul bait RasuLuLLAH SAW yang ada pada hari ini mencari jalan untuk menjadikan diri mereka seperti yang diharapkan oleh Datuk mereka SAW.

ALLAHumma Solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala aali sayyidina Muhammad.

Ya ALLAH dekatkan kami kepada kekasihMU... Rapatkan kami dengan salsilah kekasihMU dikalangan ahlul bait dan warasatul anbiyail mursalin  ulama-ulama yang mendokong sunnah RasulMU SAW.

Amin ya Rabbal 'alamin..


wassalam

1 comments:

  1. salamun 'alaik...saja nak tunjuk poyo komen2 kat blog syeikh...hahaha...

    :) lelaki takdak masalah kok nak kahwin dgn orang biasa...kok pompuan...biasanya akan bermasalah...nasab anak kan ikut bapa...so kok yg perempuan kahwin dgn orang bukan bloodline tu...nasab anak tu terputus la dgn baginda s.a.w...dalam fiqh syafi'e pun rasanya ada bahagian khas menyentuh akan hal ni...begitu juga pandangan para ulama yg ada bloodline ni...mereka berpegang pada fiqh akan seboleh2nya kena la juga pertahankan nasab tu...

    ALLAHua'lam...

    -penyibuk alam maya-

    ReplyDelete

من أنا

My Photo
Hamba ALLAH yang masih mencari