السلام عليكم ورحمة الله وبركته ومغفرته ورضوانه
الحمد لله الكريم الرزاق ذي القوة المتين وصلي علي سيدنا وحبيبنا وشفيعنا محمد صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه الاكرمين
إخوان و أخواتي المحترمون
Moga ALLAH memberi kekuatan dan memberi maksud dalam penulisan abumujahid pada kali ini..
اللهم اهدني واهديكم يا رب
Akhir2 ini alhamduliLLAH SWT... kemunculan blog2 perawat Islam begitu ketara sekali, munculnya seperti mengetahui kehendak dan keperluan masyarakat masakini... dalam kegawatan amalan syirik yang masih menjati dalam masyarakat.. muncul pendoa2, perawat2, mualij2, tobib2 yang ikhlas membantu masyarakat yang sedang tenat dipermain oleh makhluk yg bergelar Syaitan dan Jin, mengheret aqidah muslim dan muslimah ke lembah kesyirikan.. na'uzubiLLAH min hum ajma'in...
Tidak asing lagi jika disebut ruqyah syar'iyyah, perawat Islam dll.. masyarakat dah mula sedar dan ke arah mendapat rawatan cara Islam... alhamduliLLAH satu perkembangan yang sangat menarik... contohnya awal penubuhan Darussyifa yg sememangnya bermatlamatkan Tibbun Nabawi..sehinggalah muncul banyak sekali pusat2 rawatan seumpanya.. dan kebanyakkan bertujaun dengan tujuan yg sama...
Hari ini ledakan matlumat memudahkan masyarakat bukan saja mendapat maklumat.. malah sudah ada golongan yang belajarnya dari sumber internet... ilmu nya dihujung jari.. dan bukan lagi dr lidah guru yg mempunyai guru... sebagaimana adab belajar RasuluLLAH SAW dengan Jibril... ALLAHu
Saudara seagamaku,
Rawatan Islam yg dianjurkan oleh doktor yang bertaraf pakar dunia iaitu baginda RasuluLLAH SAW, dalam sabdanya sebagaimana diriwayatkan Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahwa Rasulullah saw bersabda,
الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
”Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara : Pertama, minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas”.
Disebut minuman madu dalam hadis ini menggambarkan betapa pentingnya amalan pemakanan bagi manusia untuk mengelakkan penyakit. Sedangkan kalau kita lihat pada hari ini.. masyakat kita khasnya dan masyarakat dunia amnya sudah kurang melihat diet RasuluLLAH dalam mengelakkan penyakit. Kita makan apa saja yang kita suka.. halal mahupun syubhah kita hentam saja.. bila sakit.. x boleh tidur... lenguh2... kita salahkan makhluk yang asalnya telah berjanji hanya akan menarik ummah manusia bersama mereka ke dalam neraka ALLAH SWT... kita salahkan syaitan dan jin bila kita sakit fizikal... sedang dr amalan harian pemakanan kita.. ALLAH SWT datangkan penyakit... maka letihlah para pendoa2/ mualij2/ perawat.. membaca ruqyah... kerana pada sangkaan masyarakat kita punca utama sakit adalah dr Syaitan dan Jin..
Tuan2 dan puan pembaca budiman...
Abumujahid sangat seronok dengan perkembangan terbaru dimana perawat mula berminat ke arah Tibb Nabawi.. amalan pemakanan sunnah dalam anjuran ubat dan terapi dari perawat Islam/ Tobib2 muda, Pendoa2 sudah mula diketengahkan.. penggunaan Madu, Habbatussauda, Khal, Mandian2 dll mula diamalkan.. hasilnya.. AlhamduliLLAH Masyarakat sudah mula ada yang tidak menuding kesalahan penyakit yg mereka hadapi kepada makhluk halus semata2.. tetapi sedar bahawa amalan pemakanan dan gaya hidup riadah yg kurang menyebabkan simptom gangguan makhluk halus dalam diri ...
Makhluk halus.. Syaitan mahupun Jin sememangnya menunggu peluang dikala insan sudah kelemahan.. dek amalan sendiri untuk lebih menyesatkan manusia.. supaya manusia tidak yakin betapa kasih dan sayangnya ALLAH SWT kepada manusia sehingga memberi ujian2 untuk insan tersebut kembali kepadaNYA... SubhanaLLAH..
Dengan peluang yg terbentang dimata para Syatan dan Jin, mereka mendorong kepada amalan yg SS dikalangan pesakit/ perawat/pendoa... dan lebih parah terjadinya tuduh menuduh mengata sihir dr si pulan dan si fulanah.. santau lah... dan mungkin juga parah bila ada yang berkata.. 'susahlah nk keluarkan saka saya ni'... 'degil betul lah saka saya ni'... 'dah banyak perwat saya jumpa... sampai sekarang belum sembuh...'
ALLAH yg izinkan penyakit itu datang, maka kepadaNya jualah pengharapan dan tawakkal sesudah ikhtiar...
Insya ALLAH bersambung..
أستغفر الله لي ولكم
والسلام عليكم
No comments:
Post a Comment