...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Friday, January 27, 2012

Sampah


Assalamualaikum

Moga tuan2 dalam rahmatNYA jua… wal hamduliLLAH..

       Tajuk hari ini berkenaan sampah.abumujahid pun x tau kenapa tiba2 tangan ini lancar saja berceloteh pasal tajuk sampah ini… Ringkasnya semua orang tahu perihal sampah. Satu jenis istilah kepada barang buangan atau boleh juga dikategorikan sebagai bahan kotoran yang sudah tidak dikehendaki oleh manusia.


      Mustahil manusia yang normal menyukai sampah. Kalau ada juga sudah pasti ‘something wrong somewhere’ pada orang itu. Betul x? Bayangkan dalam rumah kita dipenuhi dengan sampah. Apa agaknya tindakan kita terhadapnya? Kita pasti membuangnya… sudah tentu bukan.. kerana sampah akan mengeluarkan bau yang kurang enak… dan juga boleh menghadirkan binatang yang tidak diundang seperti tikus, lipas semuat dan lain makhluk serangga serta x mustahil  makhluk halus juga tumpang sekaki.…


      Jadi secara mudah difahami.. sampah adalah barang yang tidak dikehendaki dalam hidup manusia tetapi sampah akan sentiasa wujud dalam kehidupan kita… sebab kita makan.. dan bahan buangan makanan itu kita kategorikan dalam bahan buang sampah… contoh mudah.. plastic, sisa-sisa makan, kotak2 kosong dan banyak lagi…

      Itu semua dalam rumah atau kawasan rumah kita… bayangkan pula sampah yang kita proses yang tidak dinyahkan dari jasad kita pula?? Sehinggakan sampah2 ini mengundang penyakit yang tidak semua orang mahukannya.. seperti darah tinggi, kencing manis Jantung.. PJK.. kegagalan buah pinggang dll .. subhanaLLAH… jadi perlu atau tidak kita sisihkan sampah dalam jasad kita?? Abumujahid secara pasti, menjawab yaa perlu dan amat perlu kita menjaga jasad pinjaman ALLAH SWT kepada kita ini dengan baik… oleh itu apa kata kita cuba sisihkan sampah2 dalam jasad kita dengan amalan pemakanan sunnah dan riadah yang betul… seronok betul abumujahid menulis…Cuma masih beringat dan masih menuding jari pada diri sendiri… supaya sedar diri sendiri yang juga berkarung2  dengan sampah … ALLAHul Musta’aan..


Tuan2 dan Puan2,

       Bila ada sampah kita buangnya… tapi berapa ramai dikalangan kita sedar kepada sampah rohani yang sentiasa membelenggu hidup kita dalam(dari nafsu yang x terkawal) dan luar( segala jenis makniko maksiat mata, telinga mulut dll). Dosa boleh diibaratkan sebagai sampah kepada rohani manusia… jadi sudah tentu kita perlu membuangnya dengan memperbanyakkan istighfar, taubat disamping memperpanyakkan amal ibadah yang lain. Persekitaran hidup kita sekarang membelenggu kita dari terlepas dari sampah dosa setiap hari, dan jika kita tidak membuangnya.. pasti kehadiran ‘benda’ yang tidak diundang akan berlaku. Kotornya rohani kita, maka akan bersaranglah segala ‘mak niko’ penumpang2 yang boleh mendatangkan penyakit kepada hati dan akhlak kita sebagai seorang muslim.


Jadi tuan2 dan puan,..

Jomlah kita membersihkan diri dari segala kekotoran sampah sarap samada yang zahir mahupun yang batin dalam kehidupan kita… abumujahid kali ini berseru kepada diri sendiri dan tuan2 sidang pembaca yang budiman,  supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang SS (Syok  Ssore-baca kaedah sebutan klate deh),, yang mengatakan kita bersih dari segala kekotoranm zahir mahupun rohani. Jadilah golongan SSS ( Sedar, sisih, semat) dimana kita sedar siapa kita di dunia ini… kita sisih segala kekotoran jasmani dan rohani dalam diri kita seterusnya kita semat amal2 soleh untuk memastikan kita berada di bawah payung Rahmat ALLAH SWT di dunia dan di akhirat.. Insya ALLAH SWT.

 Contoh buku untuk merawat penyakit rohani..

Sekian dulu Ngomong2 kosong abumujahid al Faqiru ilaLLAH SWT.



Wassalam.




No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.