AlhamduliLLAH.. pujian buat Pencipta alam ini... Selawat dan Salam buat kekasih Agung Baginda RasuluLLAH SAW serta para keluarga dan sahabat.
Entah kenapa hari in abumujahid terasa nak menulis berkenaan sedar, sisih dan semat... hasil dari mimpi abumujahid 2/3 hari lepas agaknya... sebenarnya abumujahid dah lama sangat tidak melihat orang kerasukan.. tempuh kurang lebih dua tahun .. bila diminta mendoakan seseorang... x terjadi rasukan... Bosan jugak bukan?? sebenarnya hasil didikan guru dan pengalaman cetek abumujahid sendiri merasakan sangat tidak relevan bila pesakit ( khasnya yg terkena gangguan makhluk halus) dirawat meraka terpaksa berhadapan dengan masalah kerasukan... hilang terus akal mereka dalam meng'kontrol' kelakuan dan tindakan mereka.
Cuba saudara saudari bayangkan... kalau ketika itu ramai yang menonton?? alangkah malunya pesakit itu... atau mungkinkah ada pesakit yang berasa bangga? adakah rela seorang suami bilamana isterinya merasuk dan terpaksa dipegang oleh perawat2 dikalangan lelaki2 bukan mahramnya? kalau abumujahid sendiri.. pasti x rela melihat isteri atau anak perempuan atau adik beradik perempuan daslam keadan begitu.. lebih2 lagi kalau yang ditayangkan dalam TV... ALLAHu.. martabat manusia yg tinggi luntur bila membenarkan makhluk halus menguasai diri ... lantas timbul keaiban diri...
ok stop setakat itu... kembali kepada topik sedar sisih dan semat. Mungkin apa yang abumujahid tulis pada kali ini sudah dan memang diamalkan oleh perawat2/pendoa2 Islam diluar sana. Kerna abumujahid sendiri bukanlah org yg tahu dan mahir dalam hal ehwal merawat ini...
Sedar- ertinya semasa tempoh dirawat... seorang perawat/pendoa mesti memastikan pesakit dalam keadaan sedar dan bukan dirasuk... kerana rawatan yg paling efektif ialah bila kita merawat dan pesakit tidak kerasukan. Jika berlaku kerasukan kerana pesakit sudah sinonim dengan rasukan @ dah biasa sgt bila dirawat terus kerasukan.. maka seorang perawat/pendoa mesti menyedarkan pesakit bukan melambat2 rawatan dengan berbual-bual dengan makhluk yang mengganggu... sedarkan pesakit dengan apa saja kaedah yg harus seperti memanggil namanya... jirus air ke... apa2 lah yg perawat /pendoa rasakan harus dilakukan. Bila sudah sedar barulah dimulakan kembali rawatan mengikut ilmu pendoa/perawat yang mubah pada pandangan syara'
Sisih- ertinya perawat/pendoa mendoakan dan berikhtiar untuk membuang dan menyisihkan penyakit dari diri pesakit dengan apa saja amalan yang harus pada pandangan syara'. Jangan lupa yang menyisihkan penyakit hanyalah ALLAH SWT jua... teknik dan kaedah itu hanyalah kaedah semata-mata. Cuma ia perlu dilaksanakan... kerana itu adalah adat merawat/mendoa.
Semat- ertinya perl disematkan dalam diri perawat/pendoa serta pesakit.. tentang perkara-perkara yang penting seperti semua penyakit datangnya dari Sang Pencipta... limpahan kasih sayangNYA pada hambaNYA dan dariNYA jua kesembuhan datang. Perlu disematkan dalam diri perawat/pendoa dan juga pesakit amalan2 sunnah samada yanag wajib mahupun yang sunat. Spt solat fardhu, solat sunat, zikir2 dan menjaga adab dalam pergaulan, cara pemakaian yang sempurna dan menutup aurat... serta lain2 yang difikirkan perlu sebagai musafir di atas bumi milik ALLAH SWT ini. juga jagan lupa tentang penjagaan diri dalam pemakanan, riadah dan lain2
Ok lah Apa yang ditulis pada hari ini sebenarnya ingatan dan teguran abumujahid kepada diri sendiri kerana penulis mencoretkan sesuatu agar ia menjadi panduan dan nasihat dalam meneruskan bekalan berttemu Pencipta yanag Maha Agung... Jika kebenaran ada pada penulisan kali ini ambillah sebagai nasihat dari sang faqir ilaLLAH... dalam liku2 perjalanan yang tidak diketahui bila akan tamat.
sekian Wassalam.
...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله
Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH
Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Para Pembaca budiman.
Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.
Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.
Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.
No comments:
Post a Comment