...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Sunday, October 25, 2009

Apa ada pada mimpi (1)

Assalamualaikum…

Asyik2 cerita susu kambing.. apa kata kita tukar skit serita pasal mimpi.. ye lah .. ada orang kata mimpi itu mainan tidur.. betul ke? Betullah kan.. sebab jarang orang bermimpi dalam keadaa dia jaga.. betul x? kalau ada juga berhati2 ..

Cuma kategori mimpi saja yang kekadang kita tidak dapat nak bezakan.. adakah ia petunjuk dari ALLAH ‘azzawajalla.. atau pengujian dari ALLAH kepada manusia ..atau talbis min iblis (pakaian iblis kepada manusia) atau mimpi disebabkan memori hidup kita yg tidak terpadam membawa kealam mimpi.. waLLAHu ‘alam..

Jika pesakit2 sihir/saka/santau dll katogeri penyakit sebegitu.. mereka juga kerap bermimpi dan boleh dijadikan sandaran kepada perawat untuk mengandaikan samada ia disebabkan oleh sihir/saka atau apa2 saja.. contoh mimpi itu spt mimpi jatuh tempat tinggi.. mimpi budak2.. rasanya pembaca boleh baca dalam laman blog sahabat2 perawat.. boleh dibuat rujukan..

Ada yag bermimpi berjumpa dengan baginda RasuluLLAH.. sesungguhnya beruntung bagi mereka kerana sudah memiliki kunci pintu untuk bertemu dengan ALLAH ‘azaawajjal… ada mereka bermimpi bertemu dengan orang2 soleh.. ada juga yang bermimpi syurga atau neraka.. ini yang dinamakan mimpi ujian buat manusia tersebut.. samaada bertambah amal dan iman.. atau semakin longgar dengan amal dan zikruLLAH..

Cuma yang menjadi mainan tidur pada saya yang jahil ini bila seseorang bermimpi berhadapan dengan situasi yang baru siang tadi dia tempuhi.. rasanya ini mainan minda yang mungkin sebelum tidur asyik memikirkan perkara yang berlaku dalam kehidupannya..

Kisah saya..

Ketika saya berulang alik ke hospital Melaka..menanti kelahiran anak ke-5 saya.. pada malamnya saya bermimpi berhadapan dengan makhluk2 yang saya kategorikan termasuk golongan jin atau syaitan.. kami berperang dalam mimpi…berhadapan dengan makhluk seperti pocong dan langsuir.. binatang2 seperti buaya dan lain2..dan sehingga satu saat saya juga bermimpi merawat pesakit.. dan Alhamdulillah berjaya.. saya sedar ada sesuatu berlaku di alam sana.. kerana kebiasaan saya jarang bermimpi.. tetapi disebabkan kejahilan saya ini lah saya tidak tau apa dan kenapa ini berlaku..

Semoga ada dikalangan sahabat2 sudi kiranya bercerita perihal mimpi..

Sekian dulu omongan saya pada kali ini..

Wassalam..

2 comments:

  1. salam abumujahid..

    sebenarnya zai sendiri pernah beberapa kali bermimpi yg mengagumkan...spt melihat dunia seakan kiamat, juga bermimpi seakan2 nyawa hampir dikerongkong dan bertemu arwah bapa saudara seorang yg sangat warak dan soleh meninggal diwaktu siangnya pada malamnya bermimpikan beliau datang memeluk dan mengucup dahi dan bertanya kenapa tak pernah menziarahi beliau sewaktu hayatnya dulu..sebenarnya arwah bapa saudara suatu waktu dulu bersama isterinya sangat rapat dengan zai sewaktu dizaman persekolahan..mereka suami isteri kerap datang melawat zai diasrama dan menyara persekolahan zai..dan selepas berkahwin zai seakan melupakannya dan tiba2 arwah kemalangan dan meninggal dunia..pada malam itu beliau hadir dengan berjubah dan berketayap putih.. terasa sangat indah pertemuan itu seakan benar2 terjadi kerana ketika terjaga zai masih terisak2 menangis memohon maaf kerana tidak melawat beliau sewaktu hayatnya dulu..dan juga pernah bermimpi melihat dua manusia lelaki dan perempuan berpakaian jubah putih juga dikelilingi lelaki dan wanita turut berjubah berwarna hitam dan putih dan selepas itu terdengar sekalian manusia disekeliling mereka memanggil ya muhammmad ya aisyah beberapa kali..tetapi tak dapat melihat wajah mereka dengan jelas kerana cahaya yang terlalu bersinar diwajah mereka menghalang pandangan saya..tapi demi Allah ia sebuah pengalaman yg sangat indah..

    Maaf sekadar berkongsi cerita tiada sebarang niat utk membuat publisiti murahan atau apa sahaja tapi semua mimpi2 ini sangat terkesan dihati sehingga kini walaupun kebanyakan mimpi2 itu bukanlah baru malahan telah hampir 10 tahun lamanya..ttp dihati..

    Berdosakah saya kerana berkongsi dan menceritakan pengalaman aneh ini ?

    ReplyDelete
  2. AlhamduliLLAH.. menarik mimpi puan..semoga thabat dengan meningkatkan amal kebajikan.. moga2 kita tergolong orang2 yang diberikan hidayah dan penerima Syafaat Baginda RasuluLLAH SAW.. amin...
    Syukran atas perkongsian mimpi Puan Zai. :)

    ReplyDelete

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.