...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Monday, November 9, 2009

Iblis dan waswasnya...

Assalamualaikum...

Lama x berblog.. sekadar diari mengingati diriku yang alpa...

Saudara..

Kita sering menganggap kita diwaswaskan...walaupun sebenarnya kita boleh mewaswaskan makhluk yang biasa mewaswaskan kita.. Syaitan..

Firman ALLAH al a'raf ayat 201 bermaksud : "sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila disentuh rasukan dari syaitan, mereka lalu menyebut ALLAH, dan ketika itu mereka menjadi orang-orang yang mempunyai pemandangan"

Ibnu Abbas RA berkata' Tiada seorang mukmin melainkan ada dalam hatinya syaitan, maka apabila dia menyebut ALLAH, berundurlah syaitan itu.. dan apabila ia melupakannya, syaitan datang untuk mewaswaskannya lagi.

Sebenarnya.. zikir kepada ALLAH adalah penawar yang tidak akan dimudharatkan oleh apa-apa penyakit sekalipun.. juga tiada tandingan dengan sebarang penawar sekalipun...

hebat sungguh kalau kita jadikan zikir kepada ALLAH sebagai tujuan cita2 kita, hatta menundukkan apa saja yang terlintas serta bisikan waswas syaitan.. ketahuilah hakikat mengingati ALLAH itu ialah melupakan semua selain daripadaNYA...

Kerana sesiapa saja yang syunghul dalam mengingati ALLAH ta'ala, maka fanalah dia dari mengintai selainNYA... hingga tersentuh dengan kelembutan ciptaanNYA, hingga bersatu anggotanya di bawah keindahan dan kebaikan InayahNYA, hingga tenggelamlah dia dalam lautan ni'mat mengintaiNYA..


Maka.. sebagai persediaan.. marilah kita berusaha untuk mengenal ALLAH.. lantaran caranya ialah berzikir...selain menadah juntaian ilmu dunia dan akhirat daripada guru2 yang bertauliah.. Insya ALLAH.. kita mampu menghindari diri daripada was was syaitan dan sekufunya...

الّذين آمنوا وتطمئن قلوبهم بذكر الله

"mereka yang beriman dan bertenang hatinya dengan berzikir kepada ALLAH"
(ar ra'ad:28)



4 comments:

  1. ada dakwaan mengatakan 1 restoran pelihara jin..sorang ustaz mengatakan dia nampak jin sedang meludah2 dlm masakan..
    cmne kita nk pastikan kebenaran hal ini?
    adakah kita 'org biasa' ni boleh nampak menda2 ghaib ni?

    ReplyDelete
  2. Salam, maaf saya respon kpd. soalan despyan. Saya orang biasa tapi kadang2 menghadapi masalah gangguan. Sememangnya 'orang biasa' yang 'sihat' pada kebiasaannya mungkin Allah pelihara daripada ternampak perkara2 sebegini. Saya rasa yang demikian itu adalah lebih baik sebab sebagai orang yang 'sakit' saya merasakan perkara2 itu agak merimaskan dan menyusahkan serta menyakitkan juga menakutkan. Saya memang tidak nampak sebagaimana ustaz yang saudara katakan itu nampak, tapi jika termakan di restoran yang menggunakan pelaris 'jin', sebaik saja habis makan, badan saya bermula dari kepala akan kesakitan dan saya taubat tak akan makan di situ lagi. Nak baik dari sakit itu kadang2 makan masa 2 hari. Jadi saya memang terpaksa memastikan pemilik restoran yang saya ingin menjamu selera itu orang yang 'bebas jin'. Susah juga....... tapi syukurrrrrrr, alhamdulillah........ tak payahlah teringin nampak benda2 macam tu, RIMAS!

    ReplyDelete
  3. kpd mykrk..persoalan sy disini bukan untuk memiliki kebolehan nampak 'mereka' itu..tp tujuan sy adalah tuk memastikan kesahihan peristiwa itu..harap sesiapa boleh membantu sy..

    ReplyDelete
  4. Ya betul berlaku seperti yang tn despyan bagitau.. pelaris lebih kurang begitu lah.. untuk mengelakkan daripada mengunjungi restoren2 begitu elok diamalkan ayat penggerak.. moga2 gerak kita diberi ilham oleh ALLAH.. jumpalah guru yang berdekatan untuk tujuan ilmu untuk diamalkan.. atau rujuk buku ustaz DR Harun Din.. Wallahu 'alam

    ReplyDelete

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.