Assalamualaikum
Sekadar mengucapkan Mabruk Muqaddam buat adinda2 yang akan melangsungkan perkahwinan pada cuti sekolah ini. Buat Adinda Al Asma binti Abdul Aziz.. abumujahid dan usrah sekalian mendoakan kelancaran majlis dan mendoakan semoga ALLAH memberkati kehidupan adinda Al Asma selepas bergelar seorang isteri, zaujah ataupun wife kepada seorang insan yang bernama Sufian..Tarikh 1/6 insya ALLAH menjadi tarikh keramat buatmu untuk membina satu lagi usrah kecil dalam keluarga besar Usrah jannatul Firdaus ( insya ALLAH), lantas menghasilkan generasi-generasi beriman dan bertaqwa.
Juga buat adinda Najid Kazman dan Ramadhan yang masing-masing akan memikul beban sebagai seorang suami, husband atau zaujun kepada seorang wanita. Kalian akan menjadi Imam kepada keluarga yang membawa mereka ke arah usrah solehah membina jail/generasi yang berteraskan AL Quran dan Sunnah.. Insya ALLAH.
Tarikh-tarikh keramat itu ialah
31/5/2011 perkahwinan adinda Ramadhan
1/6/2011 perkahwinan adinda Al Asma
4/6/2011 perkahwinan adinda Najid kazman
Sudilah menerima sepotong lagu BarakaLLAh daripada abumujahid..
ALLAHu Yubarik 'alaikum wa 'alaina
...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله
Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH

Thursday, May 26, 2011
Saturday, May 21, 2011
siri terakhir...
Assalamualaikum...
Diari abumujahid kali ini ingin meneruskan episod akhir, walaupun sebenarnya terlalu banyak perkara yang masih menjadi lipatan sejarah buat abumujahid setelah hampir dua bulan sudah meninggalkan al haramain... masih jelas lagi suasana ketika berada di Masjil Nabawi dengan ketenangan yang luarbiasa ketika berada di Raudhah dan kawasan sekitarnya...
Selepas 3 hari berada di Madinah perjalanan ke Mekah dipermudahkan ALLAH dan di sana juga agak banyak peristiwa2 menarik yg biarlah menjadi lipatan sejarah yang di kenang dalam hati abu mujahid sahaja...
Setelah lebih kurang 9 hari di Mekah al Mukarramah.. tiba saat dan ketika untuk ber wida' dengan baitulLLAH dan saat itulah air mata yang ditahan2 tidak dapat ditahan lagi... terasa lama sangat akan berpisah dengan batuLLAH . dalam hati berharap dan berdoa dapat bertemu sekali lagi dalam masa terdekat.. menatap baituLLAH yang indah pada setiap petang.. memberi seribu ketenangan daripada pelbagai masalah dunia... ingatan kepada anak dan Isteri walaupun kekadang datang menjengah.. masih mampu bertahan dengan limpahan rahmat berada di tanah haram ini...
AlhamduliLLAH dipermudah segala urusan untuk pulang ke Malaysia dari Jeddah singgah sekejap di Karachi memberi satu pengajaran yang agak mendalam dalam jiwa abumujahid tentang erti kehidupan.. bersyukur dengan kehidupan kurniaan Ilahi hidup di Malaysia yang aman dengan pelbagai kemudahan dan suasana 'kehijauan' yang bertebaran di muka bumi Malaysia yang bertuah ini...
Tiba di KLIA ingatan kepada anak isteri terus membuak2... memandu dr KLIA ke Melaka selama hampir 2 jam ... sampai di teratak kg ALAI disambut oleh anak isteri dengan kad2 tulisan tangan anak2 sudah tentu memadamkan kerinduan kepada anak isteri selama 15 hari di tanah suci ... bila anak2 dan isteri mengucup tangan dan pipi ayahandanya... AlhamduliLLAh thummalhamduliLLAH..
wassalamualaikum

Thursday, April 21, 2011
Perjalanan ke Tanah Suci 2
Assalamualaikum..
alhamduliLLAH diberi sedikit ruang dan peluang untuk meneruskan pengkisahan ringkas perjalanan abumujahid ke Madinah. Perjalanan yang tenang ke Madinah akhirnya lebih terasa bila bas memasuki hudud( sempadan) tanah haram. beberapa minit kemudianya terpampang dihadapan mata menara Masjidin Nabawi.. sejuk sungguh mata memandang suasana Madinah al Munawwarah ditambah rasa berdebar2 menanti masa dan peluang untuk menjejak kaki ke dalam Masjid dan menziarahi baginda RasuluLLAH SAW.
Setelah selesai menguruskan penempatan 30 org jamaah, abumujahid rehat sekejap dibilik hotel menanti azan zohor berkumandang. sebelum azan.. abumujahid berjalan keluar ke Masjid Nabawi, dalam suasana dan suhu yang agak sejuk.. abumujahid melangkah dengan girang kerana dalam tempoh 10 thn dahulu agak banyak juga perubahan berlaku pada Masjid Nabawi tempat RasuluLLAH dan para sahabat membina Daulah Islamiyyah yang syumul..
Tidak terucap rasa syukur dan ketenangan yang luar biasa bila hati terasa dekat dengan Insan Agung, RasuluLLAH SAW. Masuk ke dalam masjid Nabawi melalui pintu belakang dan menuju ke arah Raudhah membuatkan hati bertambah resah kerinduan untuk melihat tempat yang dulunya menjadi kediaman Baginda RasuluLLAH dan kini menjadi tempat kunjungan dan ziarah ummat Islam serata dunia... juga Raudhatul Jannat di dunia....
peluang bergambar di sudut kiri sebelum bertemu dengan junjungan Besar RasuluLLAH SAW.
Selepas selesai menunaikan Tahiyyatul Masjid berhampiran Raudhah, abumujahid dengan hati tidak tertahan untuk menatap Maqam Baginda... melangkah menuju bertemu RasuluLLAH dan mengucapkan salam buat junjungan Besar rasuluLLAH dserta 2 pahlawan Islam agung Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab ... tiada patah kata boleh digambarkan seronok dan lapangnya dada berada dan berhadapan dengan RasuluLLAH walaupun seketika buat kali pertama ... pegawai yang menjaga maqam tidak membenarkan untuk tetamu2 berdiri lama2 di hadapan Maqam mendesak abumujahid bergerak dan mundur kebelakang membolehkan abumujahid memandang dan membuang gelodak rindu 10 tahun tidak bertemu Junjungan Mulia SAW. AlhamduliLLAh thummalhamduliLLAH...
Keluar melalui pintu yg disediakan abumujahid berpatah kembali masuk ke pintu babussalam... terus sekali lagi menziarahi RasuluLLAH.. sebelum duduk menanti azan Zohor berkumandang...
bersambung..
perjalanan ke madinah dari jeddah

Sunday, April 3, 2011
Perjalanan ke tanah suci 1
Assalamualaikum WarahmatuLLAHi wa Barakatuh....
Segala pujian buat ALLAH SWT... memberi peluang untuk abumujahid terus menerus bernafas.. menanti tatkala tiba masanya.. pasti akan kembali kepadaNYA jua..
hari ini... abumujahid akan mecoretkan sedikit pengalaman ke tanah suci Makkah al Mukarramah dan Madinah al Munawwarah..
Bermula perasaan yang membuak2 untuk ke sana... abumuujahid sentiasa panjatkan doa dalam diam untuk menjejak kaki ke bumi kelahiran dan bumi disemadikan sekujur tubuh mulia Baginda RasuluLLAH SAW... alhamduliLLAH.. sebulan sebelum keputusan berangkat kesana... seorang sahabat.. maneger al abrar traver menalifon abumujahid bertanya tentang persetujuan ke Mekah sebagai membantu beliau membawa jemaah melakukan umrah.. dalam keadaan agak tidak percaya.. abumujahid bagi sehari dua masa untuk fikirkan.. dan alhamduliLLAH... abumujahid menerima pelawaan tersebut.
Tanggal 13/3/2011, melalui penerbangan pakistan International Airline, abumujahid bersama 30 orang rombongan dan travel2 lain terbang menuju ke Karachi. walaupun delay beberapa jam di KLIA tetapi ALLAH permudahkan untuk mendarat di Karachi dalam sesi pertukaran flight ke Jeddah.
14/3 Bermula sampai di jeddah.. terminal hujjaj memberi pengalaman pertama kepada abumujahid, sampai pukul 11.30 malam keluar dr urusan imigresen saudi memakan masa hampir 2 jam.. Abumujahid tercari2 3 orang pesewrta rombongan... mereka hilang dari rombongan hampir 3 jam lamanya. disini sudah mula ujian pertama . ke sana ke mari abumujahid mencari dibantu oleh ahli rombongan yang begitu komited dan akhirnya dimaklumkan oleh muassasah yang juga membantu bahawa 3 ahli rombongan berada di terminal syimali... Masya ALLAH... kami terpaksa lewat sampai ke Madinah Al Munawwarah akibat daripada kehilangan itu...
Solat subuh di pertengahan jalan ke Madinah mengingatkan perjalanan dr Jordan ke Mekah melaksanakan ibadah umrah bersama2 pelajar arab University of Jordan. sejuk pagi juga membayangkan pengorbanan RasuluLLAH dan abu Bakar dalam menempuh perjalanan ketika peristiwa hijrah.. ALLAHu sejuk menusuk ke dalam kerangka tulang belulang kami peserta rombongan....
bersambung...

Tuesday, March 29, 2011
Perkongsian Bekam di Melaka April 2011
Assalamualaikum
Insya ALLAH jika tiada aral. sekali lagi majlis perkongsian ilmu bekam akan diadakan.
Tarikh : 17 April 2011
Masa : 9 pagi 12.00 tghri ( teori asas bekam alhijamah)
2 petang - 4 petang ( praktikal )
Tempat : 18-1 Jalan Seri Emas 5, taman seri telok Emas,Telok Mas, Melaka ( bersebelahan pej. Pos Telok Mas)
Yuran : RM 120 ( Makan tengahari/ minum petang serta nota dan sijil ) tidak termasuk alat bekam.
Jika tuan2 berminat boleh sms nama/ic/perkongsian bekam ke no 0196879224 ( abumujahid) selewat2nya 2 minggu sebelum majlis perkongsian.
Sila bawa:
Alatan bekam ( cup , pen bekam dan kain pelikat)
Untuk memudahkan tuan2 mendapatkan alat bekam. saya bersedia menempah alat bekam yang di hajati.Sila buat tempahan awal bagi memudahkan saya mendapatkan alat2 bekam tersebut.
Cup dan pen bekam :
1-Set Bekam 12 cups (High Quality) RM 100 ( insya ALLAH khas untuk peserta shj, mungkin lebih murah)
2-Pen Bekam High Speed (Gold) RM 120
Saya cadangkan untuk peserta perkongsian menempah
Set Bekam 12 cup ( high kualiti ) dan Pen Bekam high (Gold) speed ( Jarum 20 pc) RM 230. Insya ALLAH boleh digunakan untuk keluarga. ( Harga peserta perkongsian ilmu bekam shj)
Penyertaan hanya terhad kepada 12 peserta yang awal mendaftar sahaja.
Sekian
Wassalam

Saturday, February 19, 2011
Sawan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
AlhamduliLLAH pujian dan selawat serta salam buat junjungan besar RasuluLLAH 'alaihis salam...
Semalam setelah sekian lama abu mujahid tidak merawat lantaran sentiasa sakit dan dahagakan ubat... di datangi oleh seorang pak cik yg membawa cucunya ke pusar rawatan TIAF. Sementelah kesibukan Ustaz Wan Asrul dengan program perkongsian ilmu.. rasanya tidak patut abumujahid menolak panggilan untuk melihat cucu pak cik tadi..
Sawan... itulah cerita ibunya tentang penyakit anaknya yang berumur 2 tahun setengah... abumujahid tawakkal saja.. almaklum al ilmu di buku bukan di dada... panggil anak tadi dia x mahu dekat dengan abumujahid... bersalam pun tak hendak.. jadi di pendekkan cerita... air yang dibawa ditangkal dan dijampi.. harapan tiada lain hanya DIA yang bisa membantu...
Abumujahid tiba2 teringat pasal pedang Qaf... 2/3 kali guna untuk pancung penyakit.. sambil anak tadi leka bermain2 dengan kerenahnya yang sungguh aktif....kemudian abumujahid bekalkan ibunya dengan amalan mandian untuk anak dan zikir lataif untuk lembutkan perihal anaknya yg aktif.. terlupa pasal mandian air hidup ke air mati ke..
Masa nak balik anak tadi dihulur bersalam dengan abumujahid dan dengan rela hati bersalam dan macam baik-baik saja.... masa nk turun tangga sekali lagi abu mujahid ajak2 ayam untuk bersalam dengan anak tadi da dengan watak manja sekali dia datang bersalam dan membenarkan abumujahid menciumnya... baik sekali...
Moga2 penyakit 'sawan' yang dihidapi oleh cucu pak cik tadi sembuh ...الله يشفيك
Sekian dulu perkongsian ringkas dari abumujahid .... sekian .. wassalam..
Tuesday, December 14, 2010
Perkongsian Ilmu bekam bersama Abumujahid
Assalammualaikum WMT dan salam hormat,
AlhamduLILLAH bersyukur ke hadrat ALLAH yang menguasai masa... Demi masa.. saya rasa masa saya di Kelantan untuk cuti kali ni dah terlalu singkat...
Ada sahabat yang meminta untuk saya berkongsi ilmu Bekam( al Hijamah)... jadi secara ringkasnya.. pada 18.12 ni .. iaitu hari sabtu .. saya akan mengadakan perkongsian ilmu bekam asas untuk kawan2 yang berada di Kelantan.
Bukan padai sangat pun... tapi memberi peluang kepada kawan2 untuk berkhidmat untuk keluarga masing2 dan rakan taulan terdekat..
Untuk itu , kawan2 yang berada di Kelantan.. kalau tuan2 ingin mengikuti majlis perkongsian ini sila sms atau telefon saya untuk maklumat masa dan tempat selewat2 hari Khamis ini....
Harapnya tuan2 yang berminat berkongsi ilmu bekam ini.. boleh dapatkan cup bekam di mana2 kedai ubat cina di kelantan... mana kala pen bekam pula boleh tempah/dapati melalui saya( kuantiti yg terhadad sgt) siapa cepat dia dapat.. sekian untuk makluman tuan2.
contoh cup bekam dan pen bekam:

Pen Bekam High Speed (Gold)
RM 130
Set Bekam 12 cups (High Quality) -boleh didapati di keladai ubat cina.
harga antara RM 125- RM150
Wassalam
Tuesday, December 7, 2010
Tentatif Kursus lanjutan 11/12/2010
Assalamualaikum
AlhamduliLLAH pujian wal HmaduliLLAH... segala perjalanan kursus Rawatan Asas 4/12 di Pustaka Dar Nur Az Zahrah berjalan dengan lancar.... untuk peserta kursus Lanjutan disini saya sertakan Tentatif kursus lanjutan untuk kemudahan bersama.
Tempat : Perpustakaan Dar Nur Az Zahrah ( Belakang Billion, KB)
Waktu : 8.15 pagi- 5.20 petang
TENTATIF UMUM
8.15-8.45 ( sesi pendaftaran peserta )
8.45 pagi - 10.00 pagi ( sesi pertama)
1) Kaedah-kaedah rawatan mengikut aturan (Praktikal)
- Sebelum rawat
- Semasa rawat
- Selepas rawatan
10.00 pagi- 1030 pagi ( rehat/ minum pagi)
10.30 pagi - 1.00 petang ( sesi kedua)
2) Kaedah Rawatan Semasa Tidur.
3) Kaedah Rawatan Dalam Cermin.
4) Kaedah pasak
5) Bedah Makrifat
1.00 ptg - 2.00 ptg ( rehat/ makan tengahari/ solat sohor)
2.00 petang- 4.00 petang ( sesi ketiga)
6) Kaedah Mengenalpasti penyakit (Fizikal / rohani) - Diagnos penyakit
7) Kaedah Mengesan dan Mengembalikan orang/barang yang hilang.
4.00 petang- 4.15 ptg ( rehat-/ minum petang)
4.20 petang - 5.20 petang ( sesi keempat)
8) Pengijazahan Doa Nurun Nubuwah beserta amalan.
9) Pengijazahan Ayat Al Fath beserta kaedah dan amalan.
Semoga kita semua dapat mengambil istifadah dari kursus Lanjutan tersebut.
Siiru 'ala BarakatiLLAH...

Subscribe to:
Posts (Atom)
Para Pembaca budiman.
Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.
Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.