...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Saturday, July 3, 2010

Dajjal pada pakaian

Salamun 'alaikum..

Ya ALLAH jelmakan perasaan kepadaku untuk menjadi hambaMU dan Jadikanlah kami semua dikalangan umat Baginda Nabi Muhammad SAW.... yang tahu dah faham dengan agenda Dajjal dan Fitnah kehidupan dan kematian... moga2 kami tergolong dalam golongan mereka yang yang menjadi ansorMU.....

Dajjal satu nama yang sering diperkatakan ...hatta Baginda RasuluLLAH meninggalkan kepada kita doa pelindung dari fitnah dajjal yang dibaca selepas tahiyyat akhir dalam solat.. untuk kita amalkan kerana pesan baginda dalam sabdanya: " semenjak Adam diciptakan sampai berdirinya kiamat, tidak ada hal yang lebih besar dari fitnah dajjal' Riwayat muslim dalam sohehnya.

Hari ini.. abumujahid melihat fitnah dajjal sudah sampai ke fasa terakhir sebelum kelahirannya..melihat kepada fitnah saja sudah cukup menggerunkan... rumah2 muslim hari ini dipenuhi dengan fitnahnya.. keluar masuk tanpa sekatan.. cukup kali ini abumujahid membawa pembaca semua melihat fenomena manusia berpakaian tetapi bertelanjang.. fasa genting ini akhirnya membadai muda mudi Islam sehingga ada yang tidak lagi rasa bersalah pabila berpakaian sendat, nipis, singkat membuka aurat  dan mungkin istilah baru bagi abumujahid ialah membungkus aurat.. berleluasa...


Yahudi dan sekutunya bertepuk tangan .. melihat umat Islam hari ini mempertahankan pakaian2 pencabul syariat ALLAH.. bila ditegur.. pasti kita lihat pelbagai alasan yang diberikan oleh umat Islam yang seakan2 dicucuk hidungnya.. mempertahankan cara pemakaian mereka adalah 'up to date'.. dan golongan yang menegur adalah golongan yang kolot....na'uzubiLLAH min zalik..


Sahabat dan pembaca budiman...

Majalah2 spt majalah remaja,urtv, mangga dll yg x mampu abumujahid sebut pada posting kali ini merupakan salah satu ajen daripada ajen2 durjana kepada umat Islam hari ini.. begitu juga dengan hidangan bahan lucah yang berleluasa.. menjadikan remaja hari ini cukup mudah tumbang imannya... binasa akhlaknya.. berjenama Islam.. tetapi kualitinya munafiq, fasik, 'asi bahkan ada dikalangan muslim muslimah hari ini kufur  ... na'uzubillah min zalik.

Ingatlah saudara..pandanglah sekeliling kita.. tengok bagaimana pakaian isteri2 kita, renunglah pakaian anak2 perempuan kita, murid2 perempuan kita.. nah.. anda akan lihat mereka menyarung seluar ketat.. memakai baju 'adik' .. bertudung yang melekat di dada.. pelbagai fesyen 'muslimah'... dan kita suami2, ayah2, abang2, guru2.. melihat dengan mulut yang terkunci.. terkeliru untuk menegur ..

Kerana itulah yang dikenali dengan fitnah.. kita terfitnah kerana zaman fitnah dajjal dan eranya berakhir bila munculnya dajjal... dan sekarang barah2 fitnatuddajal menjalar kepelusok minda dan pengangan uamat Islam, menjajah dan meratah umat ini..

Ya ALLAH hindarilah kami dari Fitnah alam kubur dan seksaannya, jua hindari kami dari azab api neraka.. Jauhi kami dari fitnah kehidupan dan kematian.. jua dari fitnah masihuddajal...


BarakaLLAHU fiikum.. wassalam

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.