...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Saturday, July 24, 2010

Artis dan FitnatudDajjal (2)

AlhamduliLLAH..

SalamuLLAH 'ala manittab'alhuda... amma ba'du..:


Sudah lama kisah dalam blog ini terabai... bukan diabaikan tetapi kekurangan masa untuk dicuri menyebabkan ia mudah berserawang dan tidak diziarahi.. masa itu milik ALLAH.. dikurniakan sedikit untuk abumujahid yang juga hamba ALLAH yang Faqir.. menukilkan sedikit  pendapat dan pandangan dengan ilmu yang setitis berbanding selautan luasnya ilmuNYA.. masya ALLAH

Sedih,sayu, marah, tercabar, takut.. gerun

Kalimah yang  boleh abumujahid gambarkan dengan perkembangan terkini zaman fitnah dajjjal... walaupun ia sudah dimulakan sejak lama dahulu.. tetapi fitnahnya sudah terlalu jelas bagi mereka yang berfikir...' afala tatafakkarun' ?

Artis.. satu nama yang sangat sinonim bagi menggambarkan fitnah dajjal.. kenapa? pada post lepas.. abumujahid telahpun bercerita tentang pemakaian artis.. sekarang elok kita melihat fitnah dajjal dalam filem2 dan lagu2 yang mana sudah jelas ia adalah fitnah yang sangat besar..

contoh:

1) hari ini lakonan filem2 jelas mengagungkan filem2 'holly wood' yang menggambarkan keamanan melalui cerita2 superman, batman, spiderman... atau tajuk2 lain .. cerita2 yang jelas mengagungkan amalan sihir juga dengan senang ditayangkan seperti filem Merlin dll.. sukar sabumujahid menggambarkan tajuk2 lain jesteru abumujahid kurang peka dengan filem2 itu.. tetapi.. bagaimana nasib anak2 dan generasi kita yang setiap hari terdedah menonton  filem2 seumpama ini..

Mereka menjadikan filem dan Tv dimana artis sebagai pelakunnya memberi ilusi , gambaran kurungan minda dan khayalan buat generasi umat Islam hari ini..

Lakonan dari artis dan pelakun dari kalangan umat Islam juga tidak segan silu menayangkan sunnah dajjal dalam filem2 orang melayu.. seberti tidak menutup aurat... boleh bersentuhan antara bukan mahram.. dll . Semua yang haram seumpama dihalalkan kerana kata mereka untuk memberi pengajaran melalui filem.... karut sekarutnya..

2) Bukan itu sahaja... Program zionis, freemason dan ala keyahudian masuk begitu pantas dalam program2 TV masyarakat malaysia... tanpa disekat.. kita lihat perkembangan hiburan seperti malaysian idol, bintang kecil, mentor dll program realiti sebenarnya menceduk sepenuhnya dari program Dajjal bagi melalaikan umat Islam dan melebur Iman mereka dalam keadaan mereka tidak sedar.. hari ini kalau abumujahid mengatakan artis2 malaysia kebanyakkan nya tidak sedar agenda Dajjal ini menjadikan mereka sebagai ejen dalam masyarakat nusantara hari ini..

Idola Agung .. baginda besar Nabi Muhammad SAW sudah tidak dihirau lagi.. kalau adapun mereka hanya mengucapkan dibibir sahaja.. hakikatnya.. fesyen kehidupan mereka terikut dengan budaya dajjal... buktinya.. tengok sahaja amalan pemakaian masyarakat Islam hari ini... sangat mudah mengubah dan diubah... contoh lagi..

a) rambut muda mudi hari ini... mengikut macam idola2 yahudi dan sekutunya.. ramai sekali malah dikalangan pelajar menular cara berambut ala becam...atau penyanyi2 korea dll.. berapa ramai nak mengikut sunnah RasuluLLAH dalam memakai ketayap ataupun serban dan jubah??? bila diajukan... ramai yang berkata 'not up to date' atau ketinggalan jaman

b) Pakaian muda mudi hari ini.. sudah tentu mengagungkan pakaian pemuka2 .. artis2.. dan artis2 ini pula dicanang dan di bentuk untuk menjadi idola umat akhir zaman... pakain sendat bagi perempuan... malah kalau bertudung pun hendak yang sendat2... sudah tiada rasa untuk menilik bagaimana asuhan sunnah Rasulullah dalam konsep pemakaian muslim yang hakiki...


3) Fitnah dajjal juga menggunakan artis2 yang kurang peka ini dengan menggambarkan Islam itu Terroris.. orang arab dengan sifat bengis dan kurang ajarnya...atau kalau dalam negara kita pula gambaran cerita dimana org yang bertudung dengan sifat yang kurang mulia.. terjebak dengan amalan agama sesat dlll... pemakaian serban kekadang membawa imej buruk seperti ketua ajaran sesat dll.. semua ini mendidik masyarakat Islam membenci golongan ulama dan pejuang menegakkan agama ALLAH di muka bumi ini..

Rasanya panjang benar posting kali ini... gambaran sedih abumujahid dengan suasana hari ini ... bagaimana ingin dididik generasi abumujahid untuk memiliki sifat2 pendokong agama yang dibawa oleh Saidina Muhammad SAW dan penyokong Imam Mahdi yang bakal muncul..

Apapun abumujahid mengundur diri dahulu..

Siiruu..'ala barakatiLLAH

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.