...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Tuesday, July 6, 2010

Artis dan fitnah Dajjal (1)...

Assalamulaikum warahmatuLLAHi wa Barakatuh..

Tajuk pada kali ini agak kontroversi... sebab di luar sana ramai sekali peminat setia golongan yang bergelar artis.. tidak mahu sama sekali saya memburukkan mereka.. selagi hayat dikandung badan kita doakan mereka dikurniakan hidayat menuju ke jalan yang benar...

posting yang agak kesuntukan masa kali ini hanya nk bezakan antara fitnah dajjal pada artis..

Pertama: pakaian para artis...

agak2 kita brapa peratus pakaian artis ni bertepatan dengan sunnah dan cara pemakaian yang dianjurkan oleh Islam? rasanya hampir o % kita tidak nampak bahawa para artis memakai pakaian yang sesuai dengan kehendak Sunnah.. malah mereka ini elok dan selesa dengan pakaian yang mendedahkan aurat.. berpakaian ketat, jarang dan secara peribadi agak2 saya pakaian mereka seperti 'orang g***'  .. bila diajukan kepada pelajar saya.. terkedu mereka.. saya sesekali tidak menghina mereka sebagai manusia.. yang saya utarakan adalah corak pemakaian mereka sebenarnya membuatkan mereka tergolongan dalam golongan ajen2 pembawa fitnah dajjal dalam masyarakat.

Dimudahkan bicara pakaian mereka merebak dengan cepat dan ditiru oleh masyarakat Islam dari golongan muda mudi sehinggalah golongan dewasa... contoh yang boleh kita semua nampak dan nilai ialah.. kalau dulu tiada pemudi Islam yang berseluar pendek.. tapi sekarang dah boleh dilihat di jalan2 raya... jarang sudah perempuan nk pakai baju kurung kecuali nk ke majlis kenduri kahwin ataupun pejabat... sedih sungguh abumujahid melihat suasana begini...

Kedai2 baju juga tidak ketinggalan menjual baju2 yang mirip2 pakaian para artis.. laku dan laris sekali... petanda gelombang pemakaian artis ini sangat memberi kesan lonjakan yang maha hebat kepada fitnah dajjal... maka sekali lagi Dajjal yang masih belum mahu menunjukkan dirinya bertepuk tangan kerana dikalangan umat Islam sendiri fitnahnya sudah tersebar....

bersambung....

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.