Assalamualaikum
Ikhwani wa Akhawati al ahibba'
Syukur pada Pencipta alam ini yang masih memberikan nikmat kehidupan kepada abumujahid, dapat kiranya menceritakan kisah rawatan yang tidak seberapa. Agak lama abumujahid tidak menghadapi pesakit yang kerasukan, dan agak kelu juga bila difikirkan bagaimana nk berikhtiar merawat pesakit ke'gaban'an. kalau dulu 'agak' seronok merawat pesakit sebegini almaklumlah baru terdedah dengan alam rawatan ini...Jadi 2 hari lepas Ustaz Wan selaku Guru dan Teman menyerahkan tugas merawat kepada abumujahid yang masih hingusan ini kerana kesibukan beliau untuk ke Tanah Suci semalam.
Pesakit kali ni datang dalam keadaan yang sudah dirasuk.. tapi tidak agresif..cuma bersifat 'terbiasa' berjumpa perawat agaknya..sehingga tempoh rawatan yang ada abumujahid merasakan jin yang mengganggu dah biasa dengan cara rawatan dan boleh mempermainkan perawat dengan lakonan yang 'gitu-gitu'.. malah keluar masuk dengan senang bagaikan laluannya luas seluar hiway .. bagi mempercepatkan proses rawatan.. abumujahid keluarkan mana yang ada dan cuba mendoakan agar lapisan dan pintu2 masuk-keluar jin ini terhijab dan terhalang .. walaupun tidak semua moga dengan amalan yang dibekalkan oleh ramai perawat sebelum ini diamalkan dan mampu memberi pertahanan kepada dirinya..
Entah kenapa.. akhir-akhir ini abumujahid kurang minat merawat pesakit yang kerasukan sebab pastinya akan memakan masa yang agak panjang mencecah sejam atau lebih.. pesan guru dan nasihat guru tersemat dihati .. dimana seboleh2nya kita kurangkan rasukan pesakit... buang atau lindungi diri pesakit dari dirasuk lebih baik dari dia dirasuk..
Kenapa? wallahu 'alam.. abumujahid masih belajar.. cuma seingat abumujahid.. mereka yg selalu dirasuk pastinya meninggalkan kesan hiway yg lancar buat makhluk ALLAH itu untuk terus menjelajah tubuh Khalifah ALLAH.. jika kita kurangkan rasuka sudah pasti baik untuk pesakit..
Sebenarnya cara rawatan yg mengelakkan dari dirasuk amat sesuai dan mudah malah memberi masa dan ruang untuk kita memperteguh dan yakinkan pesakit bahawan jin atau syaitan lemah dan kita adalah khalifah yang mampu menghalang diri kita diselubungi misteri-misteri mereka.. biizniLLAH jua..
Jadi dengan kurangnya rasukan maka kuranglah sentuhan tangan perawat terhadap pesakit khasnya pesakit itu adalah pesakit wanita..cuba bayangkan pesakit wanita tu meng'gaban' dan perlu dipegang oleh 2/3 malah 4 orang lelaki bukan mahram?? alangkan kah sedihnya .. yang x pandai menendang sudah pandai menendang bilama dirasuk padahal wanita itu seorang yang sopan.. inilah yang abumujahid rasa bila menjadi perawat,
Walaupun usia dan tempoh belajar masih muda .. tapi abumujahid merasakan mesti ada satu cara rawatan yang boleh diketengahkan dan mengelakkan berlakunya fitnah2 yang x disangka...
Apapun moga ALLAH mempermudahkan urusan hamba-hambanya yang ikhlas ... wa akhiran siirru 'ala barakatiLLAH
Wassalamualaikum
...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله
Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH
Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Para Pembaca budiman.
Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.
Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.
Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.
No comments:
Post a Comment