SalamuLLAHu 'alaikum Jami'a
Bersyukur dengan limpahan kurniaan dari yang MAHA ESA yang tidak terhingga.. malam tadi abumujahid bertemu dengan Ustaz Wan Asrul yang baru pulang dari Haramain.. dah hampir seminggu sebenarnya tapi dek kesibukan kat sekolah.. abumujahid terleka sebentar sehinggalah Ustaz Wan menelefon abumujahid take over rawatan dekat Telok Mas.. sambil tu memang malam tadi abumujahid free.. jadi peluang bertemu dengan ustaz Wan dirumahnya rasanya sangat berbaloi dan seronok..
Cerita2 dr tanah suci Madinah dan Mekah menggamit kenangan dan kerinduan abumujahid untuk berkunjung ke sana.. tapi belum ada rezeki lebih.. Insya ALLAH dengan izinNYA abumujahid teringin sangat berbulan madu tanpa gangguan di sana.. Ya Karim...
Syukran Jazilan buat Ustaz Wan yang membekalkan sedikit buah tangan yang walaupun sedikit tetapi sgt berharga kerana pemberinya adalah daripada seorang guru dan kawan abumujahid.. BarakaLLAHU fiika ya akhi..
Bila dengar pula cerita Ustaz Wan nk ke Tarim ... teringat lagi semasa alam budak2 remaja menimba ilmu di Jordan.. Rasa rugi bila tidak sepenuhnya menggunakan masa untuk menimba mutiara2 yang bertebaran dibumi urdun ketika itu.. 4 tahun rasanya sangat singkat dan hendak saja terbang kembali ke tanah jejak anbiya...
Apapun hari ini, abumujahid mengucapkan selamat menyampaikan kursus buat Ustaz Wan yang berkampung 2 hari di Kuantan, Pahang.. Moga ALLAH mempermudahkan perjalanan ilmiah Ustaz... buat peserta kursus selamat menimba ilmu moga boleh digunakan untuk membantu diri sendiri, keluarga dan masyarakat.. amin...
Sekian dulu untuk kali ini ...
Wassalam
...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله
Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH
Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH
Friday, June 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Para Pembaca budiman.
Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.
Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.
Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.
No comments:
Post a Comment