...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Wednesday, February 10, 2010

Doa Nurunnubuwwah..

Assalamualaikum..

AlhamduliLLAH pujian kepada ALLAH SWT yang masih mengerakkan turun naik nafas hamba lantas berfungsi juga anggota badan sebelum kembali kepada asal...

Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman menggunakan doa Nurunnubuwwah dalam merawat biizniLLAH..

Hampir 3 hari dan beberapa hari sebelumnya ALLAH menguji saya dengan batuk2 dan selsema yg agak teruk.. dalam masa yg sama ada di kalangan hamba2 ALLAH pula diuji dengan sakit2 rasukan dll... dalam usaha memulihkan mereka saya 'terpaksa' bersedia untuk menjadi perawat biizniLLAH jua...

Dalam keaadaan kesihatan yang sebegitu.. mustahil saya boleh meruqyah dengan menggunakan masa yg panjang... atau membaca ayat2 yg panjang dan lama.. jadi terdetik untuk menggunakan doa Nurunnubuwwah dalam sesi rawatan.. alhamduliLLAH.. banyak juga ujian yg diberikan kepada saya kerana hampir semua rawatan dapat dipendekkan masa rawatannya.. bersyukur kepada ALLAH yang jua Penyembuh segala penyakit..

Cuma di sini teknik penggunaan Doa Nurunnubuwwah yang perlu diterangkan.. dan rasanya belum sampai masanya untuk saya kongsikan/ceritakan. Saya cuba untuk berkongsi pada suatu masa nanti,tetapi eloklah tuan puan bertanya kepada mereka yang lebih ariff dahulu....

Disamping itu, penggunaan 7 salamun juga memudahkan kes dikendalikan.. BiizniLLAH jua.. Carilah.. galilah.. in sya ALLAH akan ketemu penyembuhan yg sebenar kerana semua sakit dan kesembuhan dari ALLAH jua..

Wassalam

1 comment:

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.