...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Monday, February 1, 2010

Sehari di Masjid Al' Azim bersama ustaz Wan.. Tahniah.

Assalamualaikum semua,

الحمد لله رب العالمين, والعاقبة للمتقين, والصلاة والسلام على سيدنا محمد و على آله وأصحابه أجمعين, اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا إنك رؤوف رحيم 

AlhamduliLLAH, setinggi2 kesyukuran diucapkan ke hadrat Ilahi,fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adadama wasi’ahu ilmuLLAH dengan inayah dan hidayahNYA, maka selesai sudah kursus Sihir & permasalahannya dan cara rawatan yang diadakan di bilik kuliah masjid Al 'Azim Melaka. Mabruk buat akh. Guru saya Ustaz Wan Asrul Affendi Wan Hussin berjaya menganjurkan sepenuhnya kursus tersebut.

Dek kecemburuan masa, walaupun silibus kursus yang dibentang dapat di kongsi bersama semua peserta, masih banyak mutiara ilmu yang  belum dicungkil, sehinggakan ramai sekali peserta umpama tidak mahu berganjak dari bilik kuliahdan  terpaku dengan patah2 bicara Ustaz.

Semoga semua peserta kursus, khususnya saya sendiri yg jahil ini dapat mengambil istifadah daripada kandungandan bicara ilmu yang disamaikan oleh tuan penceramah. Saya doakan kita semua dipermudahkan segala urusan, dalam keadaan sihat tubuh badan dan hati... sebilangan kerdipan mata maklukMU ya ALLAH dan nafas keluar masuk makhlukMU Ya RAHMAN jua sebilangan ciptaan makhlukMU Ya RAHIM ....Amin ya Rabbal 'Alamin

Siiruu 'ala BarakatiLLAH..

Wassaalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.