...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Saturday, February 13, 2010

Lagi pasal NIAT

Assalamualaikum semua

Suasana kampung di Kelantan yang cukup membangkit selera saya untuk menulis pada hari ini.. Alhamdulillah dengan kurniaan sihat yang makin bertambah.. maka moga akan bertambah kumpulan zikir kepada Yang Maha Esa harapnya... setelah agak lama jugak berada dalam sirrr...

Ramai juga bertanya saya perihal Nurunnubuwwah, padahal saya x layak untuk menjawab..lagipun sesiapa yang nak ijazah Nurunnubuwwah boleh terima dari tok Belagak..:)

pada saya doa lah apapun.. asalkan keyakinan kita mantap.. maka sudah tentu tahap untuk dimaqbulkan adalah lebih... usah disebut doa Nurunnubuwwah ke, Khatamunnubuwwah, Doa Nur ke, ayat 5 ke , ayat 6 ke, .. yang paling penting adalah NIAT.

Guru saya selalu berseloroh... ustaz x payah susah2 .. pakai niat aje insya ALLAH sembuh..setelah berkali beliau berseloroh begitu.. sehingga saya mengambil ia sebagai amanat dan pengajaran.. Jesteru sudah pasti saya mencuba .. alhamduliLLAH.. pakai niat juga boleh menjadi biizniLLAH..

Mungkin ada yang kata merawat menggunakan ma'rifat.. sy x pasti macamana menggunakan ma'rifat.. jahil betul saya kan?

Sekadar mengingatkan diri sendiri tentang 'Quwwatunniah'( kekuatan niat) , yang semmgnya memainkan peranan..

pertamanya untuk meletakkan diri kita sebagai hamba yang tiada daya upaya,

keduanya adalah untuk meletakkan pergantungan kita hanya senya kepada ALLAH,

ketiganya memperkukuhkan i'tiqad kita bahawa semua yang wujud din dunia ini, samada baik ataupun buruk sebenarnya datang dari Pencipta yang maha Khaliq, Maha Barii'.. mudah bukan?

Maka sudah tentu kita menjadi makhluq yang redha dengan Qada' dan Qadarnya sambil tidak menafikan konsep ikhtiar...

Baiklah sekadar ini dulu catatan dari hamba yang jahil ini, moga dibukakan pintu2 ilmu yang x terhingga luasnya.. Siiruu 'ala BarakatiLLAH...

Wassalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.