...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Wednesday, February 3, 2010

Kenapa MALAS beramal (2)

Assalamualaikum

Ikhwani wa Akhawati,

Agak-agak saya sudah 3 hari kursus yang dianjurkan TIAF berlalu, izinkan saya berkongsi sedikit ilmu dalam kursus tersebut, Ustaz Wan Asrul ada menerangkan sebab kenapa kita MALAS beramal, saya rasa elok dikongsikan apa yg di bicangkan bersama sedikit penambahan dr saya yang jahil ini, semoga ia menjadi tazkirah kepada diri2 yang malas..

Antara yang disebutkan ialah:

Satu : Setiap manusia akan tidur malam secara fitrahnya, berapa ramai yang apabila bangkit drpd tidurnya mengucapkan ALHAMDULILLAH.. setelah dihidupkan kembali daripada mati kecil? Atau membaca doa bangkit drpd tidur... kalau tidak maka ikatan pertama Iblis terhadap manusia tiadak akan terbuka. Nescaya kita tertimpa dengan rasa malas untuk beramal.

dua : Apabila melangkah ke tandas.. berapa ramai pulak dikalangan kita yang memasuki rumah kecil itu dengan membaca doa, melangkah dengan kaki kiri dan menutup kepala serta cara beristinjak yg betul?? tepuklah dada tanya amalan harian kita itu, jika kita tidak menjaga adab2 ke tandas ini, maka bertambahlah halangan untuk beramal.. maka tersangat elok kalau kita menjaga dan mempelajari adab2 ke tandas..

tiga : ada kalangan kita yg tidak melaksanakan rukun Islam yg utama iaitu solat.. maka sudah tentu wuduk juga tidak diambil, bagaimana ingin ia memutuskan ikatan2 yg terikat dek syaitan bagi yg tidur tidak dengan doa dan adab2nya... MasyaALLAH besar sungguh fadhilat bagi mereka yg mengamalkan sunnah RasuluLLAH SAW.

empat : seperti yg di bicarakan dalam post Kenapa MALAS beramal...

Rasanya cukup dulu setakat ini, moga menjadi ingatan kepada tuan penulis juga tazkirah kepada rakan2 diluar sana.. jadilah sunnah Baginda RasuluLLAH sebagai pedoman kerana dalamnya terkandung rahsia2 yang besar..

Siiru 'ala BarakatiLLAH....

Wassalamu..

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.