Assalamualaikum
Sebagai pembuka kuucap AlhamduliLLAH thummalhamduliLLAH..
saudara..
Berkaitan dengan ilmu tasauf, begitu ramai yang tidak jelas dengan makna atau apa itu tasauf. Rasanya penulis ingin sekali menjelaskan tentang tasauf mengikut kefahaman dan maklumat yang ada pada penulis..
Makna umum bagi tasauf ialah ilmu yang berkaitan dengan pembersihan jiwa dan diri dan kemurnian akhlak dan penyuciannya, pembangunan zahir dan batin untuk menggapai ‘saada abadiyyah ( kebahagiaan yang abadi) dan kegembiraan dengan Redha ALLAH SWT.
Kata Imam Junaid al Baghdadi bila ditanya tentang tasauf “ hendaklah engkau bersama ALLAH SWT tanpa ‘alaqah”( ikatan).
Sebenarnya ulama’ terkemuka sudahpun menerangkan erti dan makna ilmu tasauf ini. Jadi cukuplah penulis memetik dan menaqalkan sebahagian kata-kata Al Imam Al Ghazali RahimahuLLAH berkenaan tasauf: ” Hukum Sufi ialah faqir pada perhiasannya, sabar melingkunginya, reda pakaiannya, tawakkal keadaannya, ALLAH SWT satu-satu tiada duanya, digunakan segala anggota badannya pada taat malah memutuskan syahwat serta zuhud di dunia... bersih hatinya daripada kekotoran ....”
Mungkin pembaca tertanya-tanya kenapa diusulkan tentang tasauf pada posting kali ini, sebenarnya penulis yakin bahawa pembaca semua adalah golongan Ahli Sunnah wal Jamaah. Sudah tentu golongan Ahli sunnah waljamaah berpegang dan menjaga 3 rukun besar iaitu:
1.Usuluddin @ aqidah yang dipeloporoi oleh Imam Al Asyai’rah dan al Maturidiyyah,
2. Fiqh @ Syariat yang dipelopori 4 mazhab seperti diketahui umum
3.Ihsan yang dipelopori oleh ulama’2 sufi
Kesemua ulama’ dari tiga rukun besar ini, sudah tentu berpegang teguh dengan adillah( dalil2) alaupun ijtihad2 mereka khususnya dalam fiqh ada yang berbeza dari sudut perkara2 furu’. Begitu juga ulama yg mempelopori ilmu tasauf, sudah tentu ijtihad mereka tidak lari dari sumber AL Quran dan Al Hadis.
Persoalan yang timbul dalam rukun ketiga ini biasanya berkisar tentang konsep mursyid, zikir berjamaah, penggunaan tasbih ketika berzikir, apa itu tarikat? dll.
Sebenarnya pada penulis, terlalu banyak yang belum kita terokai sehingga disebabkan ‘kemalasan’ dan jahilnya kita dengan ilmu yang maha luas ini, begitu mudah kita mengatakan bahawa ilmu tasauf tidak betul, tidak mengikut sunnah baginda agung RasuluLLAH SAW. NauzubiLLAH.. moga kita terhindar dari bersangka buruk tanpa bukti dan ilmu tentang ketiga2 rukun dalam Islam ini.
Antara ulama-ulama yang mempelopori ilmu tasauf ialah Al Imam Al Haris al Mahasibi, Al Imam Al Junaid al Baghdadi, Al Imam Al Ghazali, Al Imam Asy Syazali, manakala dikalangan ulama2 yang masyur pula ialah Al Imam An Nawawi, Al Imam Taqiyuddin As Subki, Al Imam As Suyuti, Al Imam Ibnu ‘Abidin.
Jadi rasanya cukup sekadar ini dulu perkongsian ringkas penulis berkenaan dengan makna ilmu Tasauf . Diharapkan penulis dan semua pembaca samaada yang sudah jelas atau kurang jelas boleh menjadikan ia sebagai pembuka idea untuk mengkaji dan mengaji tentang rukun ketiga yang kurang dikaji...
Sekian dulu untuk kali ini..
Wasslam..
No comments:
Post a Comment