...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Friday, May 14, 2010

Cerita bekam dan Hadis2 berkenaan bekam

Assalamualaikum semua

AlhamduliLLAH 

Setelah menghadiri kursus bekam anjuran TIAF tempoh hari.. abumujahid dah mula ada keyakinan untuk berbekam dan tolong orang bekam.. setakat ini dah 3 kali abumujahid berbekam dan dah beberapa orang rakan yang mengjadi mangsa bekam abumujahid.. 

Nanti balik Kelantan abumujahid akan mahirkan diri lagi dengan ilmu ini, atas dasar tolong menolong sambil menambah modal( untuk beli alat bekam dll), maka  dengan ini abumujahid akan cuba menolong sesiapa yg ingin berbekam..

Bolehlah buat temujanji lepas ni.. hubungi Abumujahid ( 0196879224) di Alai Melaka atau di Kelantan ( hanya terhad semasa cuti sekolah  sahaja)..

Berkenaan bayaran untuk tempoh Mei hingga Julai bagi 

12 + 1 point bekam RM 45

19 +1 point bekam  RM 70

( lelaki sahaja)



Hadits Rasulullah SAW

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah Al Hijamah (bekam)" HR. Ahmad.

"Kesembuhan itu ada pada 3 (tiga) hal, dengan minum madu, pisau hijamah (bekam), dan kay (besi panas). Tetapi aku melarang umatku menggunakan kay" HR. Muslim.

"Setiap penyakit itu ada ubatnya. Jika ubat yang tepat jatuh pada penyakit, dengan izin Allah penyakit itu pasti sembuh" HR. Muslim.

”Pada Malam Aku di Isra’ kan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata: ” Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan Bekam” HR. Ibnu Maajah & At Tirmidzi.

“Kalaulah dalam sesuatu dari apa yang kalian pergunakan untuk berubat adalah baik, maka itu adalah berbekam/hijamah” HR. Abu Daud.

Sekian dulu Wassalam

No comments:

Post a Comment

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.