...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Tuesday, October 6, 2009

Islam, Ustaz... kembalikan kegemilangannya

Assalamualaikum...

Saya tidak pasti samada topic saya pada hari ini menarik atau tidak.. tetapi ingin sekali saya kongsikan supaya kita mengambil i'tibar daripadanya..

Hari ini Islam ada lah satu perkataan yang sedap didengar oleh mereka yang cintakan Islam.. tetapi tidak kurang juga yang benci bila mendengar perkataan itu.. lemparan terrorist, pelampau atau macam2 lagi.. mana taknya.. bila pergi solat jumaat banyak selipar hilang .. bukti ada pencuri selipar.. yang merempit pun dikalangan umat Islam.. masalah cabul, arak judi juga tidak kurang orang islam menjadi tekongnya...

Keadaan ini melarat bila ada kalangan ustaz yang mencemarkan nama baik mereka sendiri.. atau mereka berlakon menjadi ustaz.. dan akhirnya nama baik golongan ustaz tercemar.. siapa yang mencemarkannya?? kalangan mereka sendiri atau org yang x sukakan Islam dan kuncu2nya..dalam sedar atau tidak kita menjadi anasir2 dajjal yang menanam ketidaksukaan terhadap orang2 agama...atau cara hidup beragama...

Kadang2 sedih juga saya.. banyak istilah yang baik2 hari ini masyarakat sudah mula meraguinya.. malah ada ustaz sekolah diherdik oleh pentadbir macam pelajar sekolah.. rendah sungguh pandangan mereka pada ustaz2...sekadar memenuhi tuntutan waktu Pendidikan Islam.. kemudian sebagai pembaca doa..

Sebab apa saya cakap begitu... sebab saya juga orang gelar ustaz.. saya sebenarnya berbangga.. kenapa? sekurang2 ilmu yang ada dapat dipindahkan kepada generasi yang ada hari ini.. memang ada orang yang keji .. x kurang memandang kopiah yang kita pakai tiada apa yang special.. malah saya sendiri pernah menyaksikan ada rakan2 ustaz dan bukan ustaz yang 'geli' dengan pakaian jubah dan serban... not up to date kata mereka..ALLAHu.. sedih hati ini..

Kenapa saya sedih.. kerana yang mereka hina itu adalah sunnah.. sedangkan sunnah pula adalah peninggalan warisan Baginda RasuluLLAH SAW..Daripada Abu Hurairah RA bersabda RasuluLLAH SAW: "تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما إن تمسكتم بهما, كتاب الله وسنتي" .

mafhumnya " aku telah tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang mana jika kamu berpegang dengan keduanya kamu tidak akan sesat, iaitu Al Quran dan Sunnahku" au kama qool..

Jadi saya menyeru supaya kita elokkan balik istilah dan kalimah2 yang baik ke tempat yang sewajarnya... seperti perkataan Islam, Ibadah, Zikir, Sunnah.. golongan2 ustaz... kerana tidak ada wajarnya kita menghina perkara yang baik kerana disebabkan beberapa perkara sahaja.. jauhilah daripada menyifatkan sesuatu sehingga susu sebelanga rosak disebabkan nila setitik..

Kepada golongan Ustaz dan khusunya saya sendiri sebagai ustaz.. jadilah qudwah hasanah, jangan rasa diri berilmu tetapi kenalah sentiasa topup ilmu didada.. buanglah sikap keangkuhan tetapi tanamlah sifat tanggungjawab bila kita memegang title ustaz.. moga dengan ini ISLAM sebagai Ad din akan mantop dan disegani dimata masyarakat.. kerana kitalah antara da'einya...

wallahu'alam..

Siiru 'ala BarakatiLLAH..

6 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Sememangnya diakui bahawa sekarang sebenarnya ramai ustaz mulai memilih untuk berdiam diri dari menegur sebarang kemungkaran terutama yang berlaku di sekolah. Perkara ini berlaku kerana bimbang diherdik. Entahlah apa yang sudah terjadi sekarang. Ustaz dihina, Ulamak dikeji manakala yang jahil dipuji.

    ReplyDelete
  2. Ini lah agaknya dunia akhir zaman... kalau ditegur sudah tentu banyak yang memnbangkang daripada yang bersetuju.. sebab itu kita lihat hari ini mufti pun susah untuk bersuara... lebih2 lagi ada ustaz yang kadang2 setuju dengan mereka yang tidak paham agama..Nau'zubillah minzalik..

    ReplyDelete
  3. nampak cara macam ustaz tak suka orang yang bergelar ustaz yang tidak memakai kopiah. memang cantik kalau ustaz pakai kopiah. tapi kalau rujuk kepada pendapat muktabar. kopiah atau serban ni hanya pakaian bentuk budaya semasam zaman nabi. dan bukan sunnah. cuma kita dapat pahala kalau kita pakai sebab rasulullah pernah pakai..jangan lah memburukkan mereka yang hanya tidak pakai kopiah. wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. kepada tak pakai kopiah... itu hak anda.. dan saya x pernah memandang rendah pada sesiapa.. nk pakai ke tidak x kisah.. yang saya maksudkan orang awam atau kalau saya di sekolah lebih kepada pentadbir yang kurang suka kepada golongan berkopiah.. harap jangan terasa hati kalau anda bukan dari golongan x pakai kopiah.. kerana saya juga ada masa pakai dan ada masa x pakai...:)

    ReplyDelete
  5. Kan nak amal sunah diakhir zaman tu macam mengenggam bara api. berat benar.

    bukan kata ustaz, `Ulama-us su' (ulama yang buruk) pun sentiasa wujud pada setiap masa dan zaman untuk merosakkan masyarakat.

    Ujian kita lah....

    ReplyDelete

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.