...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Sunday, October 4, 2009

10 minit anak hilang...

SalamuLLAHu 'alaikum..

Pagi tadi saya sekeluarga serta ibu dan ayah mertua berkunjung ke Mydin di Ayer Keroh Melaka... pukul 11 pagi kami sampai di sana .. tidak ramai pengunjung waktu begini..

Satu peristiwa yang x akan saya lupa ialah kehilangan anak ke-4 selama hampir 10 minit... walaupun sekejap.. tetapi rasanya x tahan nk menghadapi masa yang singkat itu...saya amat berhati2 menjaga anak ketika berkunjung ke mana2 shopping compleks.. pada hari ini ALLAH ingin menduga hambanya.. mulanya anak saya bersama saya dalam troli.. tiba satu saat dia nk ikut ibunya.. saya benarkan.. entahlah kelalaian saya juga agaknya.. saya benarkan dan saya biarkan di pergi bersama umminya yang duduk 2 meter saja dari saya..

Saya pun bersama 3 orang anak saya yang lain berpusing2 dalam Mydin.. 2 anak saya dalam troli dan sorang berjalan memegang troli.. kemudian saya bertembung dengan isteri.. saya lihat dia berseorangan.. kami bertanya sesama sendiri.. mana Insyi??

Ah.. gawat... kami mula meninjau kawasan berdekatan... tiada!! kami maklumkan kepada adik ipar dan ibu mertua.. dan kami sama2 mencari... anak2 yang lain sibuk memanggil adiknya.. insyi.. insyi.. dari jauh saya dengar suara2 mereka... seberapa pantas saya cuba meninjau hampir semua lokasi atas mydin tersebut tetapi tiada kelibat anak saya..

Isteri saya, saya lihat sibuk bertanya dan memaklumkan kepada staff2 mydin.. mereka sama2 mencari.. selang beberapa minit.. saya ke bahagian baju2 di bahagian yang agak belakang.. dan terlihat anak saya didukung oleh seorang staff mydin dalam keadaan sugul... bersyukur.. ALLAH memperkenankan doa singkat saya untuk tidak diuji dengan kehilangan sebegini...

Pengalaman ini saya kongsikan.. kerana tiada kata yang dapat diungkapkan oleh ibu dan ayah akibat kehilangan seorang anak mereka.. dan ALLAH menguji saya sekejap tadi... isteri saya bila saja nampak saya mendokong anak.. terus menerpa dan menangis sebagai seorang ibu.. hening seketika dan beberapa orang memerhati susana itu ada yang ikut sama menangis... saya agak mereka semua adalah seorang yang bergelar IBU..

Nasihat saya jagalah dan berwaspadalah sentiasa bila membawa anak2 berkunjung ke tempat2 orang ramai khususnya shopping compleks..

sekian sahaja cerita dan catatan saya hari ini..

wassalam

4 comments:

  1. Salam Abumujahid..

    Saya sendiri pernah beberapa kali hilang anak kat dalam supermarket...almaklumla anak lelaki mmg agak lasak sedikit tapi nasib baiklah tak pernah lagi hilang terus..sewaktu hilang tu jangan citelah..melilau mencari macam orang gila dah tak malu lagi dah bila orang terpandang kat kita yg terjerit2 memanggil anak disana-sini...

    Mgkin kerana itulah agaknya saya pernah melihat keluarga cina yg merantai anaknya dipergelangan tangan ibunya didlm supermarket satu ketika dulu..

    Satu pelajaran utk ibu bapa agar tidak terlalu leka ..

    ReplyDelete
  2. salam... seram sejuk bila anak hilang dari pandangan...

    teringat byk kisah sebelum nih... tak sanggup melihat, mendengar anak sendiri salah seorang daripada mereka... nauzubillah

    ReplyDelete
  3. Betul abumuaz baru kita rasa bagaimana perasaan mereka yang kehilangan anak buat selama2 tanpa mengetahui dimana hidup atau mati... memang menakutkan duania hari ini...

    ReplyDelete

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.