Dikongsikan maklumat berkenaan ubat homeopati... walaupun saya bukanlah pengamal yg bertauliah.. insya ALLAH moga2 ALLAH memberi kemudahan untuk belajar lebih mendalam tentang homeopati....
Fakta Tentang Perubatan Homeopati
Ubat:
- Ubat dari bahan semulajadi, lebih dikenali sebagai ubat organik [ tidak racun , tidak kimia]
- Ubat homeopati lembut dan perasa manis laktos, bukan gula
- Ubat homeopati tulin tidak ada kesan sampingan, tidak ada racun berjadual
- Ubat hendaklah mestilah dapat terus dari doktor atau kelinik hoemopati
- Biasanya doktor homeopati akan memberi satu atau dua ubat dalam bentuk drops untuk bayi, globule atau tablet untuk orang dewasa
- Jangan makan ubat homeopati bersama teh atau kopi [ jarakkan satu atau dua jam sebelum atau selepas makan]
- Pengamal hendaklah ada tauliah dan ada kelinik homeopati
- Carilah pengamal homeopati berpengalaman dan berwibawa
- Hendaklah patuh pada arahan doktor dan makan ubat mengikut arahan
- Rawatan homeopati bukan untuk menahan sakit, tapi untuk menyembuhkan
- Biasanya rawatan akan selesai dalam beberapa sessi rawatan, bukan hanya sekali rawat.
- Hendaklah bersabar bila mendapat rawatan homeopati
- Ubat homeopati tidak mahal, biasanya dalam lingkungan RM .... - RM .... untuk satu minggu ubat [ kecuali ambil ubat untuk 1 tahun]
- Ubat homeopati melebihi RM 1 ribu, bukan lagi cara rawatan homeopati
- bagi tahu doktor yang sama, minta ditukar ubat atau berhenti ubat
Apakah yang dapat di Rawat Oleh Homeopati( semuanya dengan izin ALLAH SWT)
Rawatan Homeopati amat bagus diguanakn untuk merawat sebarang penyakit bayi saperti penyakit kuning bayi [ jaundice], bayi selalu menangis, kembong perut, dsb atau penyakit kanak-kanak saperti kanak-kanak lambat berjalan, lambat bercakap, kepala besar [ hydrocephalus], cerebral palsy, sakit perempuan saperti haid tidak teratur, senguggut, endometrosis, haid berpanjangan, kemandulan lelaki atau wanita, selalu keguguran, infertility, batu karang, batu dihempedu, sakit sendi tulang, hepatitis, gout, arthritis, migraine, gastrik, resdung, keloid, ketuat, herpes, STD atau VD, creatine tinggi [buah pinggang], prostat, strok, bell palsy [hiruk muka] atau facial paralysis, sebarang ketumbuhan dan lain-lain
Apakah Homeopati dan Akupunktur Sama
Homeopati dan akupunktur tidak sama. Kedua-duanya adalah dalam kategori perubatan TCM atau Alternatif dan saling membantu antara satu sama lain. Homeopati berasal dari Barat iaitu Germany dan menggunakan ubat-ubat sebagai alat penyembuhan. Sementara akupunktur adalah dari Timur iaitu China, ia menggunakan 'jarum akupunktur' dan diletakkan pada titik-titik akupunktur point dari meridian yang ditetapkan untuk menghilangkan kesakitan secara rangsangan endrofin pada otak [ pain relif without drugs].
Apakah Pendulum atau Radthesia Itu Homeopati
Perawatan menggunakan pendulum atau radthesia bukan homeopati. Begitu juga Quantum Touch, Spa, Aromatherapy, Reflexology, Bekam, Color Vibration, Amalan Doa atau Air jampi dan lain-lain. Semua itu bukan homeopati, tetapi ditakrifkan sebagai Perubatan Alternatif atau Perubatan Komplementari. Tidak menjadi kesalahan untuk mengabungkan teknik-teknik ini untuk merawat pesakit. Dalam Organon of Medicine, Prof Samuel Hahnemann menyatakan dalam Para 1: " The Highest Mission of A Physician is To Cure " dalam Para 285 hingga 291 Hahnemann menceritakan kebaikan menggunakan berbagai perubatan alternatif saperti mandi wap, kegunaan elektrik, galvanism, bahan magnet dari bahan galian dan juga haiwan, mesmerism, urutan dan sebagainya.
Kesimpulannya: Kegunaan apa sahaja perubatan altenatif atau pelengkap bersama atau seiring dengan homeopati dibolehkan , asalkan tidak bertentangan terus dengan homeopati. Amalan yang bertentangan terus dengan homeopati saperti ' diberi atau dimakan ubat allopati, drugs atau herbal-herbal yang kuat bersama homeopati' jelas bertentangan dengan konsep homeopati.
Apa lagi doktor homeopati sendiri prescribe ubat allopati pada pesakit, ini adalah satu pembohongan yang besar !
sekian
dipetik dr sumber : http://www.homeo-pathy.net/
No comments:
Post a Comment