...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Thursday, December 17, 2009

Reaksi mereka pencetus semangat...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dapat juga mencatatkan beberapa perkara yang berlaku setelah beberapa hari tidak up date blog.. cerita sepanjang iklan kursus TIAF diedarkan.. ada beberapa perkara yang mendorong saya untuk terus menganjurkan kursus seumpama ini pada masa akan datang.. pertama ialah.. sambutan yang menggalakkan dari dalam dan luar Kelantan.. yang kedua disebabkan kurang pengetahuan masyarakat tentang ilmu seumpama ini..menyebabkan ada yang komen..

Misalnya.. saya bagi pamplet iklan pada seorang bapa.. dia pun baca.. seminar sihir.. eh ini haram ni...mana boleh buat seminar macam ni.. itu reaksi salah seorang yang saya temui..sehingga tepaksa saya terangkan untuk memahamkan bapa tadi.. di samping itu ramai sekali yang memandang kursus yang dianjurkan ini sekadar perniagaan .. kata mereka.." banyak ke untung dapat dari kursus yang dibuat.. Masya ALLAH..ada yang menuduh saya ni peniaga pula.. :) sedih bukan..

Ada juga yg mengatakan terlalu mahallah kursus yanag dibuat.. pada saya RM 90 untuk umum dan RM 60 untuk student ni dah agak sederhana.. kalau nk kira bayaran makan 3 x sehari.. sewa dewan.. potostat nota.. itu belum kira minyak kereta dan to pup hp lagi.. masya ALLAH.. x kan saya jemput Tn TIAF sy x bagi saguhati untuk beliau..

senang saja jawapan saya.. nk murah boleh.. ambil tiket ke KL.. kat sana banyak kursus2 Rawatan Islam yang lebih murah .. tiket saja dah RM 90 pergi balik.. :)

Inilah Mentaliti sesetengah masyarakat Kelantan negeri tumpah darahku..

Sebenarnya pengalaman pertama menganjurkan Seminar Rawatan TIAF ini.. membakar semangat saya untuk terus berdakwah.. nk kata berilmu .. saya akui saya sangat jahil.. sebab itu dengan menjadi penganjur rasanya Insya ALLAH saham dakwah boleh diteruskan dan dikongsi..

Untuk yang diluar sana.. tempahan untuk kursus akan tamat pada 22/12/2009 ini.. hanya beberapa tempat lagi untuk diisi kekosongannya..AlhamduliLLAH thummalhamduliLLAH...

sekian dulu

wassalam

3 comments:

  1. ALLAHu..

    Rasa terharu dengan usaha Ust..

    Juga rasa sedih dengan masalah mentaliti masyarakat serambi Mekah..

    Semoga ALLAH mencurahkan sebilangan Nafas & kerlipan mata Redha & RahmatNYA ke atas Ust sekeluarga serta sekalian Umat Rasulullah S.A.W.

    Hendaknya, semoga NurULLAH terus bersinar di dalam sanubari sekalian hamba yang taat.

    Semoga usaha Ustaz mendapat rahmat dan hikmah dariNYA.

    Robbi Yassir Wala Tu 'Assir..Ya Kareem..

    ReplyDelete
  2. Amin ya Robbal 'Alamin... Robbi yassir Wala Tu 'Assir ya Kareem.. begitu juga harapnya Tn Tiaf tidak terkesan dengan cabaran dalam usaha dakwah melalui bidang Rawatan dan memberi kesedaran kepada masyarakat yang belum tahu..moga mendapar rahmat Ilahi..

    ALLAHu yuftah 'alaikum wa 'alayya...

    ReplyDelete
  3. harap-harap nya masih sempat untuk peserta-peserta yang telah ambo edarkan pamplet di beberapa area di sini...

    walaupun ambo tak dapat hadir sama, sekurang-nya gembira dapat menyampaikan maklumat / risalah kepada org ramai tentang peluang sebegini.

    semoga Allah swt permudahkan segala urusan tuan ustaz, dan tuan ustaz wan asrul beserta urusetia lain..

    ReplyDelete

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.