AlhamduliLLAH... kesempatan yang ada ini abumujahid gunakan untuk mengucapkan mabruk atas kejayaan AGM PTIAFM di Pusat Belia Bandar Tun Razak. Kehadiran sahabat-sahabat TIAF dan Ahli-ahli TIAF memberi kekuatan kepada PTIAF untuk bergerak lebih jauh lagi... alhamdulillah..
Bersama ahli PTIAFM yang hadir
Pengasas PTIAFM Al Fadhil Ustaz Wan Asrul
Tn Pengerusi memang ada gaya
Mendengar mandat dan kata-kata semangat dr Tn Pengerusi
Pendaftaran ahli
Firman ALLAH SWT dalam surah Albaqarah ayat 286 yang berbunyi:
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
mafhumnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Sebagai Sahabat dan Ahli PTIAFM, abumujahid merasakan tuan-tuan yang dilantik memang diberi tanggungjawab dan amanah bukan saja oleh ahli pertubuhan.. tetapi paling penting amanah ALLAH SWT dan dengan iznNYA... Tuan-tuan berkemampuan. In Sya ALLAH SWT.
Selaku sahabat yang dipertanggungjawabkan, walau tidak seberat tugas dan amanah yang dipikul oleh Tn Pengerusi Al Fadhil Tn Ismail Rubani dan Al Fadhil Ust Anuwa Samlan.. abumujahid terlebih dahulu memohon agar dibetulkan jika melakukan sesuatu yg menyalahi Aqidah dan Syariah atau peraturan Pertubuhan, kerana, abumujahid sendiri tidaklah org yang mengerti dalam kerakkerja berpersatuan.
Kadang-kadang faktor kesibukan di SBP ni membantutkan pergerakan abumujahid untuk bersama-sama tuan-tuan, hatta malu rasanya bila x dapat menerima jemputan menemani TG Pengasas... harapan yang sangat tinggi agar selepas ini abumujahid dapat keluar dari sekolah yang penuh dengan kesibukan mengejar dunia glamour kepada sekolah yang lain... Insya ALLAH.
Apapun sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua ahli PTIAFM yang memberi komitmen yang tinggi dalam perjuangan meletakkan Terapi Islam di tempat tertinggi.... Semoga kita dapat menjalinkan ukhuwwah dan menjaga adab berjamaah dipandu oleh ilmu dari guru2 yg kita hormati..
BarakaLLAHu fiikum wa lana
Wassalamualaikm



Kacang walnut kelihatan seperti otak, ada hemisfera kanan dan kiri, sereberum atas dan sereberum bawah, neo-kortek pun ada juga. Kini kita telah tahu bahawa kacang walnut membantu mengeluarkan 3 dozen neurotransmiter untuk fungsi otak.
Sayur saderi, bok choy, rubarb dan banyak lagi kelihatan seperti tulang. Sayur-sayuran ini adalah untuk kekuatan tulang. Tulang mengandungi 23% sodium, begitu juga dengan sayur-sayuran ini, 23% sodium. Sekiranya permakanan anda tidak mempunyai cukup sodium, tubuh anda akan mengambilnya dari tulang dan membuatnya menjadi tidak kuat
Buah terung, avokado, pear baik untuk kesihatan serta fungsi rahim dan serviks wanita. Bentuk buah-buahan tadi kelihatan seperti organ tersebut. Kajian terkini menunjukkan apabila seseorang wanita memakan sebiji avokado setiap minggu, hormonnya seimbang, membuang berat kelahiran yang tidak diperlukan dan menghindari kanser serviks. Adakah fakta ini berkebetulan? Pokok avokado mengeluarkan buah masak dalam tempoh sembilan bulan selepas ia berbunga.
Buah ara mempunyai biji yang banyak dan bergantungan di pokok dua setangkai. Buah ara dapat meningkatkan motiliti sperma lelaki serta meningkatkan jumlahnya dan juga mengatasi masalah kemandulan lelaki. Agaknya ia menyerupai apa?
Keledek menyerupai seperti pankreas dan ia sebenarnya dapat mengimbangkan indek glisemik pesakit kencing manis.
Buah zaitun pula baik untuk kesihatan dan dapat membantu fungsi ovari.
Limau grapefruit, oren dan buah-buahan sitrus kelihatan seperti kelenjar mamari wanita. Sebenarnya buah-buahan tersebut dapat membantu kesihatan payudara dan pergerakan keluar masuk limfa dari payudara.
Bawang besar kelihatan seperti sel tubuh. Kajian masa kini menunjukkan bawang besar dapat membantu membersihkan bahan sisa dari sel-sel tubuh. Ia juga boleh menyebabkan air mata yang membasuh lapisan epitelial mata.