...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Thursday, September 30, 2010

Cerita seorang sahabat...

Assalamualaikum

Semoga kala antum semua membaca blog abumujahid alfaqiru ilaLLAH ini.. antum sihat dan wal'afiat dengan 'inayah dan ri'ayah daripadaNYA...

Titipan sekadar mengisi ruang masa yang sedikit terluang ini sebelum diri melangkah masuk ke kelas pukul 830 pagi nanti...cerita yang tiada penghujung abumujahid dengar dari seorang kenalan di sekolah... hari2 kalau jumpa dengannya pasti akan bercerita tentang serangan yang dihadapinya dari penyihir dan saka dikalangan ahli keluarganya sendiri... muak juga abumujahid nk dengar .. tapi terdetik sedikit belas kasihan untuk dia.. perkara yg dititipkan sebagai tazkirah buat diri abumujahid dan dirinya..

pertama yang dirasakan perlu diberikan ialah santapan rohaninya yang perlu diperkukuhkan dengan aqidah murni Baginda RasuluLLAH SAW...

kedua memastikan dirinya sentiasa dalam zikruLLAH...

ketiga membiarkan dirinya dapat bezakan antara amalan2 haq dan bathil supaya hatinya lebih gigih mempertahankan yang Haq..

keempat memberi kefahaman bahawa semua gangguan yang dihadapi samada sihir, sakabaka, serangan2 yang dihadapi adalah diantara operasi kecil dajjal la'natuLLAH alaihim... supaya manusia menyibukkan diri untuk beres daripada masalah yg dihadapi senhingga lupa tugas kita sebagai Khalifah ALLAh dan hambaNYA di bumi ini...

kelima memberi jaminan sebagaimana jaminan Baginda RasuluLLAH terhadap sahabiah yang berhadapan dengan masalah sawan ( akibat perbuat jin) bahawa jika dia bersabar maka ganjaran syurga menantinya di akhirat nanti....

Sebenarnya... semua peristiwa yang abumujahid hadapi bersama sahabat tadi adalah bimbingan ALLAH untuk abumujahid kekal dan thabat dalam rawatan diri sendiri supaya pengharapan dan doa hanya senya kepada ALLAH SWT shj... manusia banyak harapan dan kehendak yang tidak layak dipohon kecuali hanya kepada yang Maha ESA.... tetapi jarang sekali berlaku begitu dimana pengharapan kadang disyarikatkan juga kepada perawat2...

ALLAHumma Thabbitna 'ala diniKA wa 'ala ThoatiKA birakmatiKA ya arhamarRAHImin...

sekian dulu buat kali ini....

BarakaLLAHU fikum wa lakum wa 'alaikum

1 comment:

  1. I'm really enjoying the design and layout of your website. It's a very easy on the eyes which makes it much more pleasant
    for me to come here and visit more often.
    Qassim & QU


    ReplyDelete

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.