...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Friday, August 27, 2010

Majlis ifthor

Assalamualaikum...

Sekadar catatan ringkas Ramadhan ... pada 15 Ramadhan lepas.... majlis berbuka diadakan di TIAF Telok Mas ... seramai hampir sepuluh orang  yang tinggal sekitar melaka hadir dan berifthor, solata maghrib, Isyak dan terawih bersama-sama dengan pengasas TIAF Ustaz Wan Asrul... BarakaLLAH fiikum... moga ikatan ukhuwwah Islamiyyah ini subur dikala  cucukan iblis dan syaitan melanda ummat akhir zaman hari ini...

Kesyukuran dengan izinNYA dapat juga kami mempelajari teknik memakai serban dengan bersanad daripada Syeikh Yasin Al Faddani... Syukran Ustaz Wan...

Sekian dulu

Wassalam

Monday, August 9, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

SalamuLLAHi 'alaikum dan salam Ramadhan

 الحمد لله على نعمه الكريم, نوررمضان بنوره والأمة محمد صلى الله عليه وسلام  ينتظرون بحضوره

Bersyukur kepadaNya Tuhan Yang Maha Pengurnia, Ramadhan dikurniakan kepada umat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW kekasihNya ...

Semoga kita semua dapat memperolehi ijazah dari  Madrasah Ramadhaniah yg akan menjelma sehari lagi setelah tergelincir Sya'ban degan pelbagai hikmahnya..

Dikesempatan kali ini abumujahid ingin merakamkan ucapan ahlan wasahla ya Ramadhan dan moga Ramadhan kali ini boleh menjadikan kita hambaNya yang taat .. mencipta bekalan untuk sebelas bulan akan datang...

BarakaLLAHu fi Ramadhan wa siiruu 'ala barakaliLLAH..

Amin Ya RABB..

Wednesday, August 4, 2010

Maklumat Kursus di Kelantan

Assalamualaikum WBT.

Sukacita pihak Abumujahid yang akan menganjurkan kursus TIAF di Kelantan ingir memaklumkan beberapa maklumat kursus yang terdekat anjuran Terapi Islam Al-Fatah yang dapat bersama kita mengambil manfaat seperti di bawah:

Tajuk : Sihir, Permasalahannya dan Rawatan


Tarikh : 4 hb Disember 2010 (Sabtu)


Masa : 9am - 5.30pm


Tempat : Perpustakaan Awam Kota Bharu (Setakat ini, segala maklumat perubahan lokasi akan dimaklumkan)




Penyampai : TIAF


Yuran : RM120 (Umum)
- Termasuk Nota dan Jamuan.

Jumlah peserta : 100 orang
(Dibuka umum kepada hamba ALLAH S.W.T dan Umat Rasullullah S.A.W)

Berikut adalah perkara - perkara utama yang akan disentuh dalam kursus sebagai perkongsian, InsyaALLAH:

1) Amalan-amalan yang berkaitan dalam perawatan. (Persediaan perawat)
a) Amalan asas perawat
b) Risiko perawat
c) Keperluan serang balas(counter attack) & Kaedahnya
d) Pagar rumah




2) Pendedahan jenis-jenis sihir dan 'permainan' pengamal-pengamal sihir.
a) Sihir campurlibat jin
b) Sihir tanpa campurlibat jin


3) Berkongsi kaedah-kaedah khusus dalam merawat sihir, antaranya:
a) Kaedah menangkap Toyol dan Anak Kerak
b) Kaedah lupus susuk atau buang susuk
c) Kaedah Pecah Busung
d) Dan lain-lain kaedah yang berkaitan.


4) Pengijazahan amalan.

InsyaALLAH jika diizinkanNYA, kita akan berkongsi Amalan beserta Kaedah pembukaan mata dalam (mata scan), juga akan disentuh tentang perihal Gila Isim dan kaedah merawatnya.

Juga dengan keizinan dariNYA, InsyaALLAH, akan diadakan pengijazahan:

1) Amalan Benteng Diri & Kaedah Rawatan
2) 7 Salamun Hayy (seperti yang telah diadakan di Balai Islam Tahun 2009)
3) Amalan Kerezekian
4) Doa Nur

Para pembaca yang dihormati,

Bagi kemudahan sesama kita, yuran dan pengesahan kehadiran mohon dapat dilakukan seminggu sebelum kursus bagi tujuan edaran nota dan tempahan jamuan.

Yang paling penting adalah pengesahan kehadiran paling lewat seminggu sebelum kursus bagi kemudahan kedua-dua pihak. Sms nama penuh dan nombor kad pengenalan pada no.tel yang telah disertakan. Kerjasama dari anda yang berminat amat dihargai.

Bagi yang berminat, yuran boleh dimasukkan terus melalui akaun Maybank 154080091916 (Al Azhar).

Untuk penyertaan, sms regkursussihir -jarak- nama penuh -jarak- no kad pengenalan pada talian 0196879224

Sebarang pertanyaan sila hubungi 0196879224

Manakala Kursus Lanjutan TIAF pula turut diadakan di Kelantan seperti di bawah:

Kursus Lanjutan TIAF (Kelantan):


Tarikh : 11hb Disember 2010 (Sabtu)


Masa : 9am - 5.30pm


Tempat : Perpustakaan Awam Kota Bharu(Setakat ini, segala maklumat perubahan lokasi akan dimaklumkan)


Yuran : RM150(Nota dan jamuan)

Antara yang akan dikongsikan:

1) Kaedah-kaedah rawatan mengikut aturan (Praktikal)
- Sebelum rawat
- Semasa rawat
- Selepas rawatan


2) Kaedah Rawatan Semasa Tidur.


3) Kaedah Rawatan Dalam Cermin.


4) Kaedah pasak


5) Bedah Makrifat


6) Kaedah Mengenalpasti penyakit (Fizikal / rohani) - Diagnos penyakit


7) Pengijazahan Doa Nurun Nubuwah beserta amalan.


8) Pengijazahan Ayat Al Fath beserta kaedah dan amalan.


9) Kaedah Mengesan dan Mengembalikan orang/barang yang hilang.

Segala pertanyaan dan pendaftaran boleh berhubung pada talian
Untuk pendaftaran sila sms : regkursuslanjutan -jarak- nama penuh -jarak- no k/p pada talian 0196879224

Dimohon kerjasama dari para peserta yang mendaftar dapat membayar yuran sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh untuk kemudahan sesama kita bagi tujuan tempahan cetakan nota dan jamuan

Sekian , Siruu 'ala barakatiLLAH

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.