Assalamualaikum
Sobahal khair ....
Pagi ini sungguh indah.... AlhamdulLLAH wa SubhanaLLAH waLLAHu akbar...
SholawatuLLAHu 'ala Imamina wa Habibina Sayyidina Muhammad SAW...
Moga-moga pembuka bicara bagi penulisan pertama Abumujahid untuk tahun 2014 ini, diberi kekuatan dan ketekunan... almaklum dengan segala bentuk perkembangan yang pantas menjadikan ruangan Blog sudah x aktif seperti tahun-tahun sudah...
Biarpun begitu.. ia perlu sebagai penguat semangat abumujahid untuk berkongsi cerita-cerita.. pengalaman- pengalaman... kerana melalui pengalaman dan celoteh tazkirah sebegini hati2 kita akan diketuk... agar hati2 kita sentiasa berada pada kemudi yang betul...
Dengan menulis kita sebenarnya sedang berbicara... berbicara senyap boleh memberi impak yang lebih besar dari bicara bising...
Seminggu lepas seorang kakak z menalifon abumujahid untuk mencuba ubat homeopathy bagi penyakitnya...
Ringkas cerita:
sampai saja di pusat rawatan, maka seperti biasa... mendengar aduan dan keluhan pesakit... mengadu macam2.. bercerita sudah 30 tempat mendapat rawatan.. cerita yang dibawa adalah gangguan sehingga menggaanggu pemikiranya...
Abumujahid membantu dan memberi ruang untuk pesakit beriktiar... dan perkara terakhir yang abumujahid tegur ialah ttg Ujian ALLAH SWT
Bila ditegur ttg ujian ALLAH mengandungi pelbagai isi tersirat dan tersurat.. pesakit terpinga2 tidak faham... jadi Abumujahid terpaksa berterus terang...
teguran Allah melalui sakit ramai dikalangan kita tidak sedar.. ia adalah teguran kasih sayang ALLAH kepada hambaNYA... jadi dengan pakaian yg berseluar legging.. baju bersaiz s.. tudung yg menonjolkan sebahagian perkara yg perlu disorok... abumujahid berterus terang...
'tukarlah pemakaian akak... ALLAH ingin menegur akak berkaian dengan pemakaian... mungkin selama ini pergi mendapatkan rawatan ... makan ubat.. amal amalan itu dan ini... terlupa perawat menegur berkenaan pakaian... jadi abumujahid menegur secara direct... '
bercucuran air mata kakak ini mengenang sesuatu yg abumujahid x pasti... moga2 hidayah ALLAH SWTmenyebelahi dia...
ALLAHu... ya ALLAH.. setiap yg berlaku abumujahid rasai sebagai teguran dr Sang Pencipta buat hambanya ini.. kita ghairah merasai kita adalah terbaik... kita pengamal syariat.. kita penganut Islam Ahli sunnah wal jamaah.. kita betul...
Padahal begitu banyak kita perlu memuhasah diri... dikala kita berasa sgt selesa... kita masih lagi tenggelam dalam kelakuan yg kita sendiri tidak pasti .. sama ada betul atau tidak...
Justeru marilah kita koreksi diri kita.. bermuhasabah akan amalan kita... kita insan biasa... naif dan dhaif dalam menilai... renung2 lah sifat diri... moga2 kita sedar kita dimana...
HasbunaLLAH wa ni'mal wakil....ni'malmaula wa ni'mannashir..
Selamat menjalani waktu2 dan peluang yg dihamparkan oleh ALLAH buat kita supaya kita dapat mengakhiri hidup kita di alam Dunia dengan husnul Khatimah... In Sya ALLAH
fa siiru ala BarakatiLLAH..
...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله
Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH
Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Para Pembaca budiman.
Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.
Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.
Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.
No comments:
Post a Comment