...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Friday, January 22, 2010

Kaifiyyah doa penyembuhan Deman biasa@ Panas

Assalamualaikum

Lama x menjengok blog, kesibukan di sekolah membataskan pergerakan untuk menulis blog, daripada terabai begitu sahaja, elok rasanya berkongsi amalan yang biasa saya amalkan bila anak2 demam panas, kalau dulu, sebelum belajar ilmu perubatan, bagi saja ubat dan doakan kesembuhan anak2, tapi hari ini penyerahan kepada ALLAH hendaklah diletakkan di awal gerak kerja kita, kemudian susuli dengan ubat2 fizikal, kalau saya senang dan selesa dengan ubat-ubatan homeopathy.

Oklah, daripada saya melalut panjang dengan tempoh masa yang terdesak ini saya kongsi kaedah dan cara saya menangani anak2 demam, ya'ni doa yang biasa saya amalkan untuk menyejukkan demam anak2. Letakkan tangan anda pada badan anak samada di kepala atau mana2 anggota badan yang panas dan bacakan:

1. Al Fatihah
2. Selawat Syifa' 3x atau bilangan2 ganjil
3.   يَا نَارُ كُونِي بَردًا وَسَلَامًا عَلَى إِبْرَهِيم

 ....niatkan kepada pesakit.........كُونُوابَردًا وَسَلَامًا على
 7 x atau lebih
4. Kemudian tiuplah keseluruh tubuh atau pada air untuk diberi minum atau untuk disapukan pada badan anak2.

Satu doa yang belum saya cuba ialah  7 salamun.. insya ALLAH saya akan cuba selepas ini....

Apapun kenalah beringat bahawa segala kesembuhan adalah dari ALLAH semata-mata. pastikan kita mengetahui makna bacaan kita supaya fokus kita bermunajat kepada ALLAH lebih daripada pengharapan kepada ayat dan doa semata2

Wallahu'alam

Sekian Wassalam

2 comments:

  1. Perkongsian yang bermanfaat dari ustaz,,

    walaupun sibuk dengan tugas di sekolah, masih sempat buat perkongsian ilmu..

    i'Allah, 2 taun lagi, giliran saya pulak mengajar di sekolah dan merasa kesibukan jd seorang pendidik.hehe..

    ReplyDelete
  2. Tiada apa pun yg bermanfaat kecuali secebis dari ilmu ALLAH yang Maha Luas..

    Insya ALLAH... 2 tahun tu x lama dah..

    ReplyDelete

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.