...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Tuesday, January 26, 2010

Kenapa MALAS beramal?

Assalamualaikum..

Diluangkan masa buat hamba yang jahil ini mengulas bicara,

Dewasa ini terlalu kerap kita mendengar cerita kenapa manusia malas beramal? Sedang letusan dan letupan ilmu itu tersebar dan diperolehi dengan mudah tidak semudah datuk moyang kita dahulu yang terpaksa berhijrah mencari ilmu. Hari ini dengan limpahan blog malah laman2 tertentu dengan mudah kita memperolehi maklumat ilmu untuk diamalkan. masalahnya kita ini MALAS.. kenapa ini terjadi.. soalan ini bermain dikepala saya yang malas selama ini,

Antara faktor yang perlu di perhatikan kenapa manusia malas beramal ialah:

satu : kerana bergelumang dengan maksiat. Hari2 kita berdepan dengan maksiat hati, maksiat anggota spt mata, telinga, tangan, kaki dll. Yang akhirnya menjadi dinding pemisah kepada kita untuk beramal. Makanya sudah tentu ini merupakan ujian besar buat umat akhir zaman, dijujurkan dengan fitnatul mahya wal mamat, wa fitnatul masihid Dajjal.. masya ALLAH ramai sungguh ummat ini terus leka..

dua: Makanan yang haram ataupun syubhah. Kalau ke kedai untuk membeli makanan berapa kerat diantara kita yang memilih makanan yang betul2 halal untuk dirinya dan keluarganya?Yang  akhirnya makanan ini menyekat kita dari terus beramal dan dekat dengan ALLAH. kerana jika ditelita pada satu Hadis dr Abu Hurairah yang mafhumnya berkata Baginda RasuluLLAH SAW.." bagaimana doa seorang hamba akan diterima sedangkan makannya, minumnya, pakaiannya ada lah haram dan bersumberkan sumber yang haram.??"

ketiga: Makan sehingga kenyang. Kalaupun kita melepas tahap kedua iaitu memilih makanan halal dan sumbernya pun halal, tapi kita makan sehingga kenyang, atau kata orang sendawa lebih dari 3 kali.. macam manalah kita boleh jadi orang yang rajin beramal...

empat: Tidak Solat berjemaah 

Cukup tiga faktor dulu rasanya, kerana saya begitu takut mengarang sesuatu yg belum terlaksana dalam kehidupan harian, diri yang belum bersih dari lumpur2 noda dan dosa ini sebenarnya tidak layak untuk bicara sebegini, tetapi saya menganggapnya sebagai satu tazkirah buat diri sendiri dalam usaha membuang rasa MALAS untuk terus beramal.

Siiru 'ala barakatiLLAh
BarakaLLAHu fiikum jami'aa

Wassalamu

Friday, January 22, 2010

Kaifiyyah doa penyembuhan Deman biasa@ Panas

Assalamualaikum

Lama x menjengok blog, kesibukan di sekolah membataskan pergerakan untuk menulis blog, daripada terabai begitu sahaja, elok rasanya berkongsi amalan yang biasa saya amalkan bila anak2 demam panas, kalau dulu, sebelum belajar ilmu perubatan, bagi saja ubat dan doakan kesembuhan anak2, tapi hari ini penyerahan kepada ALLAH hendaklah diletakkan di awal gerak kerja kita, kemudian susuli dengan ubat2 fizikal, kalau saya senang dan selesa dengan ubat-ubatan homeopathy.

Oklah, daripada saya melalut panjang dengan tempoh masa yang terdesak ini saya kongsi kaedah dan cara saya menangani anak2 demam, ya'ni doa yang biasa saya amalkan untuk menyejukkan demam anak2. Letakkan tangan anda pada badan anak samada di kepala atau mana2 anggota badan yang panas dan bacakan:

1. Al Fatihah
2. Selawat Syifa' 3x atau bilangan2 ganjil
3.   يَا نَارُ كُونِي بَردًا وَسَلَامًا عَلَى إِبْرَهِيم

 ....niatkan kepada pesakit.........كُونُوابَردًا وَسَلَامًا على
 7 x atau lebih
4. Kemudian tiuplah keseluruh tubuh atau pada air untuk diberi minum atau untuk disapukan pada badan anak2.

Satu doa yang belum saya cuba ialah  7 salamun.. insya ALLAH saya akan cuba selepas ini....

Apapun kenalah beringat bahawa segala kesembuhan adalah dari ALLAH semata-mata. pastikan kita mengetahui makna bacaan kita supaya fokus kita bermunajat kepada ALLAH lebih daripada pengharapan kepada ayat dan doa semata2

Wallahu'alam

Sekian Wassalam

Saturday, January 9, 2010

7 Salamun

BissmiLLAHiRRAHMANirRAHIM....

Assalamualaikum..

Ceritanya, sudah agak lama saya tidak merawat.. kerana kekurangan masa dan sedang merawat diri sendiri yang agak parah dengan kemalasan dan penyakit hati .. ceritanya bermula bila saya balik bertugas di Melaka, pada minggu lepas.. datang seorang kawan ummumujahid, menceritakan kisah anaknya, saya seperti biasa mencadangkan bertemu guru saya Ustaz Wan, tetapi memandangkan ustaz Wan masih di Kelantan sibuk melayan pesakit dan peminat beliau, sempat pagi tu saya berYM dengan ustaz Wan..

Masalah yang dihadapi oleh anak kawan ummuMujahid tadi biasa sangat dihadapi oleh remaja hari ini.. masalah kebejatan rohani, pengaruh kawan dll.. jadi cadangan ustaz wan supaya saya bagi air rawatan untuk mandi dan minum.. bacakan sekali dengan 7 salamun.. kerana saya merasakan diri terlalu hina dan jauh dengan ALLAH.. terus terang saya berserah sepenuhnya kepada RABBUNALLAH.... saya doakan dan lakukan sebagaimana nasihat dari guru saya..

Semalam saya dapat cerita dari ummumujahid... budak tadi dalam seminggu lepas .. perangainya sangat berubah... kembali kepada asal.. lemah lembut.. berborak dengan keluarga.. minta izin dan memberitahu ke mana nk pergi.. berubah sakan kata ibunya..

Terima kasih kepada ustaz Wan... kerana menyedarkan saya bahawa segala perkara amatlah perlu bergantung harap 100% kepada ALLAH SWT... ALLAHu.. kalau ada dikalangan pembaca yang ingin mendapat mengamalkan ayat2 7 salamun ini..eloklah datang ke seminar TIAF di Melaka 31/1/2010 ini...atau terus merujuk kepada ustaz Wan..

Apapun segala penyakit dan kesembuhan adalah dari Yang Maha Pencipta.. kepadaNYA jualah kita sebagai hamba menyerah diri...

Wallahu'alam..

Wednesday, January 6, 2010

Antara Doa penyakit 'Ain

Doa bagi sakit 'ain

Dalil adanya 'ain:

عن ابن عباس، قال: قال رسول الله صلى: "العين حقٌ ولو كان شيء سابق القدر، لسبقته العين "
 
Cara Rawatan dan Doa

Pertama : Pesakit berwuduk
Kedua :  Doakan Pesakit sekurang2nya اللهم بارك dan jangan kata مبروك
Ketiga : Bacaan Ruqyah dan doa spt:

الفاتحة

الكرسي





اللهُمَّ ذَا السُّلطَانِ العَظِيمِ والمَنَّ القَدِيم وَليَّ الكَلِمَاتِ التَّامَاتِ وَالدَّعَوَاتِ المُسْتَجَابَات ، اصْرَف عَنِّي عُيُونَ العَائِنِينَ ، وَحَسَدَ الحَاسِدِينَ ، وَسِحْرَ السَّاحِرِين .


  بِسْمِ اللهِ يُبْرِيكَ ، ومِنْ كُلِّ دَاءٍ يَشْفِيكَ ، وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَد ، وشَرِّ كُلِّ ذِيْ عَيْن .   


 
 
[ الإسراء : 81 ]





  [ الإسراء : 82 ]


 [ الحشر : 21 _ 24 ]  

3 قل......

Atau bacaan 7 Salamun -rujuk TIAF


والله أعلم




Friday, January 1, 2010

Ayatulkursi...

SalamuLLAHi 'alaikum jami'a

Sabda RasuluLLAh SAW:


آية الكرسي سيدة آى القرآن

ertinya: Ayat al Kursi adalah penghulu bagi sekalian ayat AL Quran.

Oleh demikian. sebagai insan bolehlah kita gunakan Ayat Kursi ini sebagai ayat ruqyah atau dengan kata lain ayat jampi atau ayat tangkal. kerana menurut Ibnu Tin menjampi dengan menggunakan ayat2 Al Quran dan Nama-Nama ALLAH Al Husna adalah merupakan perubatan Rohani yang mana apabila diucapkan/dibacakan oleh insan yang soleh, maka dengan izin ALLAH akan terhasillah kesembuhan.

Menurut pendapat Imam Syafie bila ditanya tentang Jampi, beliau menjawab :" boleh dijampikan dengan menggunakan kalam ALLAH dan zikir-zikir Nabi"

Saudara2 sekalian,

Adapun antara khasiat ayatulkursi:

1. Untuk mengelakkan mimpi buruk.

2. Dibaca sebelum bermusafir/keluar rumah iaitu sewaktu kaki melangkah keluar dari pintu rumah. Insya ALLAH terpelihara daripada segala gangguan dan kesulitan.

3. Dibaca 11 x dan ditiupkan pada kepala/ubun2 org gila.. lakikan sentiasa.. insya ALLAH sembuh.

4. Dibacakan Ayat kursi sebanyak 7 kali, setiap satunya ditujukan kearah depan belakang, kiri ,kanan, atas, bawah dan yang ketujuh dibaca dan ditiupkan ke dalam diri.. ia dikenali sebagai Kota Ayatulkursi.

5. Amalan 313. dibaca pada malam yang sunyi dengan adab2nya. Insya ALLAH mendapat segala hajatnya dan menolak segala macam bala dan malapetaka.

6.Sabda Baginda Rasulullah yang mafhumnya :' barangsiapa yang membaca ayat  kursi selepas solat Fardhu, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya daripada memasuki syurga setelah mati'.

Sebenarnya terlalu banyak khasiat dan kaedah yang menggunakan ayat kursi... antaranya kaedah pagar rumah 7 x 70 ayat kursi dan lain2.. elok kita mencari guru yang boleh mengajarkan kita dengan kaedah yang betul.

Sebetulnya nasihat saya yang jahil ini.. galilah ma'na ayat kursi dengan rahsia Asmaul ALLAHul Husna.. kerana dengan mengetahui maknanya lebih mudah untuk kita beramal..

Pastikan setiap amalan dimulakan dengan Al Fatihah, Selawat dan istighfar... moga2 niat LILLAH diletakkan dalam hati seterusnya pengharapan dan munajat kita...

Segalanya dikembalikan kepada ALLAH tuhan sekalian alam..

Wassalam

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.