...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Thursday, November 29, 2012

WACANA ILMIAH HOMEOPATI 2012 di Kota Bharu Kelantan.


Assalamualaikum 

Berita menarik buat peminat kesihatan khasnya warga Kelantan serta warga luar Kelantan amnya . Satu kursus homeopati akan diadakan julung-julung kalinya pada tahun 2012 di Kota Bharu Kelantan. Rebutlah peluang yang berada dekat dengan anda.


WACANA ILMIAH HOMEOPATI 2012

Tajuk 1 :Pengenalan & Prinsip Asas Biokimestry Schuessler
Tajuk 2:  Asas Materia Medica  Homeopati



Tarikh: 10-12 Disember 2012

Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, Perpustakaan Awan Nur Az Zahra, Kota Bharu Kelantan. 


Pembimbing: Dr Abu Naim Kassan, D.Sc. BHMS, Dip. Biochemistry

(Nota, sijil, makan tengahari disediakan)



*Tajuk wajib diambil bagi yang belum/tidak hadir kuliah 28/11/2012 : Pengenalan, Prinsip dan Falsafah Homeopati ( sesi malam) –sila dapatkan info bagi yang berkenaan.

Siapa yang perlu hadir?
·   -Individu yang meminati ilmu dan kesihatan, khususnya yang berminat untuk menjadi pengamal/doktor perubatan homeopati.
·        - Ibu bapa yang mementingkan kesihatan diri dan keluarga.
·        - Wanita yang berminat untuk sihat.
·        - Lelaki yang prihatin tentang kesihatan.
·        - Graduan yang ingin menambah pengetahuan.
·        - Guru yang cinta akan ilmu.
·        - Kaunselor yang berminat  menambah ilmu dan maklumat.
·        - Pemimpin/ketua yang ingin masyarakatnya sihat dan sejahtera.
·         -Ketua jabatan/pengurus yang ingin pekerjanya sihat dan produktif.
·  -Pesakit-pesakit yang ingin mencari perubatan alternatif ATAU sudah “puas” berubat dengan cara tradisional/konvensional.
                                 
Jika berminat/ untuk keterangan selanjutnya sila hubungi urus setia dengan segera.   Yuran istemewa RM 250(jika daftar sebelum 5/12/2012). Yuran Biasa RM 500.

Jika berminat untuk hadir, sila hubungi 019-6879224 (Ustaz Al Azhar), untuk info yuran, dan pendaftaran.

Untuk mendaftar sila hantar Nama Penuh/ Ic ke no di atas.

Bagi Peserta dari luar Kelantan yang ingin menginap, boleh hubungi ustaz Al Azhar untuk tempahan penginapan.

 atau boleh terus menempah bilik dengan kadar RM 50 ( 2 org sebilik)/ RM 80 (4 org sebilik). hubungi AZ Guest House ( 0199580155).

AZ Guest House terletak 500 meter daripada perpustakaan Az Zahra.

Monday, November 26, 2012

Kursus Pengenalan dan Falsafah Homeopathy di Kelantan.

ASSALAMUALAIKUM

MAKLUMAT TERKINI DAN PENTING

Satu kursus akan dianjurkan di kelantan

Kursus Pendidikan kesihatan Melalui Perubatan Homeopati 
Disampai oleh : Dr Abu Naim bin Kassan (Perunding Perubatan (Homeopati), Adjunct Professor, LUI.
Pada : 28 /11 /2012 ( Rabu ini)
bertempat di: Perpustakaan Nur Azzahra ( Belakang Billion Kb Kelantan)
Insya Allah sijil penyertaan di sediakan

Bagi yang berminat untuk mengikuti satu kursus yg sangat berfaedah ini boleh beri nama pada saya  terus ke talian 019-6879224. Penyertaan terbuka kepada orang awam, student, guru2 dan sesiapa saja yang berminat mengetahui tentang Perubatan Homeopati.

Penyertaan diterima selewat2nya 27/11/2012.

Terima Kasih.

Sunday, November 11, 2012

Masih dibuka penyertaan..


Assalamualaikum...

Penyertaan Kursus di Kelantan setakat ini agak memberangsangkan.... Jesteru bagi tuan-tuan yang masih berminat menambah pengetahuan dalam bidang rawatan diri sendiri dan masyarakat dialukan mendaftar secepat mungkin bagi memudahkan pengurusan...  semoga amalan Rawatan yang diamalkan dalam masyarakat hari ini, selari dengan tuntutan Islam dan bebas daripada unsur2 syirik.. Sekian

Friday, November 2, 2012

Kursus Biokimia ( Homeopati)

Assalamualaikum...

Makluman kepada yang berminat menyertai /mengenali homeopati dengan lebih dekat... maka di petik dari FB Dr Abu Naim  bin Kassan ( http://www.facebook.com/#!/abunaim21?fref=ts)

 
Dr Abu Naim bin Kassan

Perunding Perubatan (Homeopati), Adjunct Professor, LUI.


 
"Atas permintaan pencinta-pecinta ilmu, suatu perkongsian sedikit ilmu dan pengalaman tentang Biokimia Schuessler dalam dunia kesihatan, maka
 
 Pada 10/11/2012 (Sabtu)
 Jam 8.30 pagi
 
akan diadakan
 
Wacana Ilmiah Biokimia Schuessler (schuessler t...issue salts)
 
di Dewan Seminar, Masjid KLIA, Sepang.
 
Untuk keterangan lanjut hubungi 017-3806207 (Sdr. Adib). Yang berminat, sila bca nota ini dahulu supaya mudah faham.. http://bachelorofhomeopathy.wordpress.com/dr-schuessler-tissue-salts/ "
 
Bagi yang berkesempatan untuk menyertainya sangatlah dialu-alukan.. moga-moga perkembangan ilmu Perubatan yang berasaskan sains dan seni ini difahami sebagai satu bidang ilmu perubatan yang diterima pakai dalam keluarga kita semua.
 
Sekian Maklumat dari abumujahid.
 
Wassalam

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.