...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Wednesday, May 9, 2012

Program PTIAFM Zon Selatan ....makluman

Assalamualaikum

Syabas Abumujahid ucapkan kepada SU PTIAFM Zon Selatan Ustaz Suriandi kerana berusaha menganjurkan Program Rawatan & Diagnos Percuma di Melaka. Ia adalah program dwi bulanan di Melaka. Untuk menyebar faham kaedah rawatan yang diamalkan di bawah PTIAFM.

Sekadar menyampaikan maklumat program.

Akan diadakan setiap JUMAAT PERTAMA dan JUMAAT KETIGA setiap bulan
Waktu 5-7 petang dan 9-11 malam

atau boleh rujuk iklan dibawah:



Sekian wassalam

Sunday, May 6, 2012

Kursus Asas Homeopati akan dianjurkan...

WACANA ILMIAH HOMEOPATI 2012

(PENGENALAN & PRINSIP PERUBATAN HOMEOPATI)

PENGENALAN

Kesihatan ialah anugerah dan nikmat Allah yang paling berharga. Manakala kesihatan dan perubatan memang suatu hal yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia bernula dari lahir hinggalah ke hujung hayat. Kini, ilmu perubatan kian berkembang sehinggalah wujudnya pelbagai sistem, kaedah, pendekatan,dan ubat-ubatan yang kadangkala menjadikan kita keliru dan ketinggalan zaman. Dalam penemuan, perkembangan, dan kemajuan ilmu perubatan itu, perubatan homeopati adalah antara kaedah perubatan alternatif/ komplementari yang terbesar dan semakin mendapat tempat dan pengiktirafan oleh pihak yang berkenaan, termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Banyak penyakit yang tidak mampu diubati dengan cara tradisional dan konvensional dapat diatasi dengan perubatan homeopati. Banyak institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara yang menawarkan kursus perubatan homeopati sehingga peringkat ijazah. Namun, masih terlalu ramai rakyat Malaysia yang tidak mengenalinya, malah tersalah maklumat tentang homeopathy sehingga menganggapnya sebagai perubatan tradisional, mistik, atau herba.


OBJEKTIF

1. Mendedahkan peserta tentang konsep, prinsip dan falsafah homeopati dan kaitannya dengan kehidupan manusia dari aspek fizikal dan mental.

2. Menjelaskan persamaan dan perbezaan homeopati dengan perubatan-perubatan yang lain.

3. Mendedahkan remedi (ubat) homeopati boleh digunakan bukan hanya untuk penyakit atau masalah fizikal, tetapi juga untuk merawat masalah mental.

4. Memberikan peluang kepada masyarakat untuk menilai dan memilih kaedah perubatan dan penjagaan kesihatan yang sesuai dan terbaik untuk mereka.

5. Mendedahkan maklumat yang tepat dan terkini kepada guru, ibu bapa dan masyarakat tentang homeopati, khususnya homeopati tulen.

6. Mendedahkan ilmu homeopati kepada sesiapa yang berminat, khususnya yang bercita-cita menjadi pengamal (doktor) homeopati atau pembantu doktor homeopati.


Tarikh :   2012 (SABTU)-belum ditetapkan tarikh sehingga peserta minimum 15 orang.

Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang

Tempat Melaka ( Akan ditetapkan kemudian)

Dr (H) Abu Naim Kassan, DSc (Hom)

Urus Setia : 019-6879224( sila sms/ hubungi jika berminat)
Bayaran : Anggaran RM120 sahaja (nota, sijil & makan disediakan)

 

SSIAPA YANG PERLU HADIR?

· Individu yang meminati ilmu dan kesihatan, khususnya yang berminat untuk menjadi pengamal/doktor perubatan homeopati.

· Ibu bapa yang mementingkan kesihatan diri dan keluarga.

· Wanita yang berminat untuk sihat.

· Lelaki yang prihatin tentang kesihatan.

· Graduan yang ingin menambah pengetahuan.

· Guru yang cinta akan ilmu.

· Kaunselor yang berminat menambah ilmu dan maklumat.

· Pemimpin/ketua yang ingin masyarakatnya sihat dan sejahtera.

· Ketua jabatan/pengurus yang ingin pekerjanya sihat dan produktif.

· Pesakit-pesakit yang ingin mencari perubatan alternatif ATAU sudah “puas” berubat dengan cara tradisional/konvensional.


 
ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN YANG MENAWARKAN KURSUS

IJAZAH PERUBATAN HOMEOPATHY (BHMS)

Cyberjaya University College of Medical & Science (Malaysia); Lincolnshire University International (USA)

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.