...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Monday, April 30, 2012

Sukarnya Ruh Keluar .. jika kita mengikat diri dengan dunia

Assalamulaikum..

Segala pujian bagi ALLAH SWT yang menciptakan hidup dan mati kepada manusia. Maka beruntunglah mereka yang mati dan pergi bertemu denganNYA dalam keadaan diredhai ALLAH SWT.
Seringkali kematian yang berlaku didepan mata kita memberi peringatan kepada kita bahawa suatu hari nanti kita jua akan berhadapan dengan kiamat kecil ini. Bersedia atau tidak saja yanag menjadi penentunya.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Semalam abumujahid dihubungi seseorang  meminta tolong untuk tengok-tengokkan  datuknya yang 'nk pergi tapi x pergi2'. seminggu dalam keadaan nazak. Abumujahid sebolehnya mengelak dengan memberi amalan2 dan petua untuk diamalkan oleh keluarganya. Tapi selepas maghrib semalam sekali lagi cucunya menelefon untuk membawa ke rumah aatuknya di Gangsa, Melaka.

Selepas solat Isya di masjid Bukit Katil. Cucunya sudahpun menanti di perkarangan masjid. Bertolak dan sampai sekitar jam 9.30 mlm. Keadaan datukknya yang terketar2 badan, dan amat uzur dengan badan cengkung .. berusia lingkungan 90 tahun.. keadaannya begitu sangat memberi keinsafan kepada abumujahid.

Terfikir apa sebabnya dan kenapa terjadi keadaan begitu? Abumujahid memohon petunjuk ALLAH SWT dan memohon untuk dipermudahkan urusan si Datuk yang nk pergi tetapi tersekat dek mungkin disebabkan amalan2 keduniaan.

Sebenarnya secara umum amalan keduniaan ini terlalu banyak yang boleh menyebabkan perjalanan keluar ruh tersekat atau terbantut. Walaupun semua yang berlaku juga sebenarnya petunjuk dan amaran ALLAH SWT kepada mannusia yanag hidup dan melihat.

Antara yang pernah abumujahid sebutkan ialah masalah yang disebabkan Uri, dan boleh jadi juga banyak yang kita dengar ialah disebabkan pemakaian susuk. tak kurang juga yang'memelihara'.

Apapun asbab tersekat ruh untuk keluar memang banyak. tetapi secara mudah nya.. kita sebagai manusia yang melihat. hendaklah banyak berfikir dan berikhtiar untuk bebas diri kita daripada amalan-amalan yang akan menyeksa sipengamalnya semasa mengadap sakratul maut...

Setelah didoakan dengan doa-doa selamat dan juga doa untuk dipermudah dan diurai segala kekusutan... abumujahid pada keesokan paginya disms oleh cucunya... bahawa datuknya telah pergi menemui Rabbul Jaalil sekitar jam 2.30 pagi.

Itulah keagungan ALLAH SWT dan kasih sayang ALLAH SWT.. dalam keadaan hambaNYA yang banyak melakukan dosa ini... masih ada lagi ruang untuk menerima doa daripada hambaNYA ini...  terharu  mengingatkan keadaan ini..

SubhanaLLAH... Masya ALLAH.. segala yang berlaku adalah milik dan ketentuan dariNYA... terkedu abumujahid mengenangkannya... moga-moga ALLAH mengampunkan dosa-dosa abumujahid dan hamba-hambaNYA di dunia sebelum tiba dan sampai seruan sakratul maut. Amin ya RABB..

wasolaLLAHu 'ala saidina wahabibina wa Syafi'ina Muhammad SAW...

Wassalamualaikum...


Saturday, April 21, 2012

Jadikan kerja harianmu sebagai sejadah...

Assalamualaikum

AlhamduliLLAH thummalHamduliLLAH... baru sekejap abumujahid mengadap satu coretan perkongsian yang penuh makna dan berselirat dengan pengharapan.. blog al Fadhil Ustaz Wan Asrol amat dalam maknanya walaupun ia disuratkan dalam posting disini .. moga diberi rahmat dan inayah buat Tuan Al Fadhil..

Kesibukan sekolah membuatkan terleka sekejap dengan aktivirti berpersatuan.. insya ALLAH dalam proses membentuk  Draf Lajnah ... date line 30 Mei.. abumujahid tersangat jahil about Lujnah yang dipertanggungjawabkan... tetapi dengan kepercayaan dr semua ahli.. beserta bantuan sahabat2 dan AJK yang arif lagi bijaksana.. insya ALLAH moga-moga dipermudahkan urusan pembentukan awal Draf Lujnah..

Tuan-tuan dan puan-puan... berbalik kepada tajuk, pagi tadi terdengar bicara di IKIM semasa menghantar anak ke Masjid Al Azim dan satu istilah yang sangat menarik pandangan abumujahid ialah.. Jadikan tempat kerjamu sebagai sejadah... cantik sungguh ayat ni bukan... kenapa pula sebagai sejadah?

Sebenarnya di atas  sejadah biasanya amalan solat didirikan.. jadi makna ringkas yang abumujahid boleh coretkan disini, dengan solat yang khusyuk, dengan pandangan mata fokus kepada tempat sujud.. anggota tidak berpaling dari kiblat yang satu dan paling mustahak hati tidak lalai mengingati ALLAH.. di keluarkan dalam kehidupan harian termasuk di tempat kerja dan dimana jua..

Dari sinilah konsep jadikan tempat kerja sebagai sejadah. Fokus pada pekerjaan dengan niat amalan kerana ALLAH... semasa kerja.. walaupaun anggota badan bergerak melakukan kerja tetapi fokus hati adalah dengan zikruLLAH... SubhanaLLAH.. kalau itu yang mampu kita lakukan.. maka dekatlah kita dengan ALLAH SWT.. jauhlah kita dari melakukan keburukan dunia dan akhirat..

Jadi apa salahnya konsep ini kita cuba bawa dalam kehidupan harian kita.. Insya ALLAH.. moga keberkatan hidup menyelubungin diri kita semua.. amin Ya RABB...

berundur diri dahulu

Wassalam

Monday, April 16, 2012

Promosi BRAIN TONIC sehingga JUN 2012

Assalamaulaikum..

BRAIN TONIC adalah satu Remedi Homeopati yang bertindak secara semulajadi meningkatkan daya kekuatan daya ingatan dan antibodi dalam badan manusia. Jadi;
Antara Khasiat BRAIN TONIC ( BiizniLLAH)

1. Mengaktifkan daya fikir.
2. Mengilangkan perasaan takut, malas, bimbang serta meningkatkan ketenangan diri.
3. Membantu menguatkan tulang yang lemah. Fizikal sihat.
4. Menghilangkan keletihan saraf akibat belajar dan bekerja.
5. Merangsang pengaliran darah dengan lebih stabil.


Tawaran promosi dengan harga di atas ini hanya sah sehingga 15 Jun 2012. Pembelian BRAIN TONIC yang melebihi 10 botol akan mendapat diskaun 10%.



1 Botol kecil RM 8
Jika dimakan 1 biji 2 X sehari dapat bertahan sehingga 2 minggu
Jika dimakan 1 biji 3 X sehari dapat bertahan sehingg 12 hari.
 bilangan dos bergantung kepada usia
1 Botol Besar RM 15
Jika dimakan 1 biji 2 X sehari dapat bertahan sehingga sebulan
Jika dimakan 1 biji 3 X sehari dapat bertahan sehingg 20 hari.
bilangan dos bergantung kepada usia
* Cara pengambilan dos akan diberitahu.

Jika pembelian melebihi 10 botol kecil maka akan diberikan diskaun 10%.
Harga untuk Pos laju (RM 5 @ bergantung kepada berat) akan dikenakan jika pembeli berada di luar Melaka.


Selepas tarikh di atas.. harga sebotol akan berubah.

 Bagi mereka yang berminat boleh hubungi abumujahid di talian 0196879224 . Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui sms atau panggilan.

Wassalam

Thursday, April 12, 2012

Asas Homeopati dan ' BRAIN TONIC'

Assalamualaikum

AlhamduliLLAH dengan limpah kurniaNYA masih diberi kekuatan abumujahid menitipkan perkongsian khasnya untuk memantapkan lagi diari kehidupan ruang dan masa abumujahid sebagai penuntut ilmu ALLAH yang maha luas..

Pada malam yg berbahagia ini ingin abumujahid menarik sidang pembaca budiman menyelami sedikit berkenaan ilmu rawatan homeopati secara asasnya.



Dalam buku '103 PENYAKIT DENGAN RAWATAN HOMEOPATHY DI HUJUNG JARI ANDA' Penulisnya menukilkan dimana sistem Homeopati memberi rawatan mengikut simyom, bukan kepada penyakit. Sasaran homeopati ialah memberi kekuatan kepada sistem dalam badan manusia untuk melawan penyakit. Sama sekali berbeza dengan kaedah rawatan Alopathy. Kaedah Homeopati bukan menyelidik atau mengenal jenis kuman dan memilih ubatan yang kuat untuk membunuh kuman atau menghapuskannya, tetapi ia satu kaedah memberi rawatan kepada " Vital Force" supaya dapat melawan musuh yang mengganggu kesihatan seseorang itu.

Apa itu" Vital Force'? Ringkasnya Sains Homeopathy mempercayai bahawa badan manusia mempunyai satu sistem tersendiri untuk berada dalam keadaan sihat dan harmoni. Jadi apabila seseorg diserang oleh penyakit dari luar badan maka Vital Force @ Daya Penahanan  tubuh akan memberi isyarat seperti demam, muntah, batuk dan sebagainya kepada badan. walaupun sistem ini nampak tidak bagus pada badan kita, tetapi sebenarnya ia adalah penggera kepada sistem penahanan seseorang untuk bertindak balas mengekalkan kestabilan tubuh sekiranya kita mempunyai tubuh yang sihat.

Peningnya.. apa abumujahid nak terangkan ni... begini.. sebagai contoh hingus atau cecair yang berlendir dikeluarkan dr sistem pernafasan untuk memerangkap benda-benda luar yang memberi gangguan di sekitar pernafasan. Batuk atau bersin pula diadakan untuk menghalau keluar hingus dari slaur pernafasan supaya tidak menghalang peranafasan. Begitulah bijaknya ALLAH SWT mencipta manusia dengan sistem naturalnya.

Jadi perubatan homeopati secara ringkasnya membantu menguatkan Vital Force yang lemah dengan remedi yang bersesuaian supaya ia boleh melawan penyakit dan bukan remedi yang mencederakan Vital Force yang menyebabkan penyakit bertapak dengan lebih mendalam.

Sebenarnya remedi Homeopati tidak memberi apa-apa kesan sampingan. Ia adalah selamat. Tidak mengandungi racun dan dadah dan boleh diberikan dengan selamat , in sya ALLAH boleh diberikan kepada semua jenis golongan usia lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak walaupun seorang bayi yang baru dilahirkan.

Insya ALLAH dengan panduan ringkas ini, boleh membuka minda dan dan pandangan sidang pembaca untuk men'trycuba' rawatan homeopati sebagai satu rawatan alternatif yang utama selain rawatan-rawatan utama yang lain seperti menggunakan kaedah rawatan Sunnah iaitu Tibbun Nabawi( yang terutama).

Insya ALLAH di kesempatan ini abumujahid mengiklankan satu remedi BRAIN TONIC ( Ori ) iaitu dari campuran remedi-remedi homeopati yang asal dan tidak diubahtambah. Khas untuk otak dan kecergasan semua peringkat usia.


BRAIN TONIC
Botol Kecil RM 8
Botol Besar RM 15
( harga tidak termasuk pos)

Sekian untuk perkongsian kali ini

Wassalam

Wednesday, April 4, 2012

Blog Rasmi PTIAFM Zon Selatan

Assalamualaikum

Diumumkan blog rasmi PTIAFM Zon selatan




Moga-moga dengan adanya blog ini dapat mengeratkan ukhuwwah ahli dan sahabat TIAF zon selatan khasnya dan semua ahli PTIAFM seluruh Malaysia.

sekian makluman

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.