...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Tuesday, February 28, 2012

Perubatan Homeopati dan Perubatan Komplementari??

Assalamualaikum...

Dikongsikan maklumat berkenaan ubat homeopati... walaupun saya bukanlah pengamal yg bertauliah.. insya ALLAH moga2 ALLAH memberi kemudahan untuk belajar lebih mendalam tentang homeopati....


Fakta Tentang Perubatan Homeopati
Ubat:
  • Ubat dari bahan semulajadi, lebih dikenali sebagai ubat organik [ tidak racun , tidak kimia]
  • Ubat homeopati lembut dan perasa manis laktos, bukan gula
  • Ubat homeopati tulin tidak ada kesan sampingan, tidak ada racun berjadual
  • Ubat hendaklah mestilah dapat terus dari doktor atau kelinik hoemopati
  • Biasanya doktor homeopati akan memberi satu atau dua ubat dalam bentuk drops untuk bayi, globule atau tablet untuk orang dewasa
  • Jangan makan ubat homeopati bersama teh atau kopi [ jarakkan satu atau dua jam sebelum atau selepas makan]
Pengamal / Doktor Homeopati
  • Pengamal hendaklah ada tauliah dan ada kelinik homeopati
  • Carilah pengamal homeopati berpengalaman dan berwibawa
Pesakit Homeopati
  • Hendaklah patuh pada arahan doktor dan makan ubat mengikut arahan
  • Rawatan homeopati bukan untuk menahan sakit, tapi untuk menyembuhkan
  • Biasanya rawatan akan selesai dalam beberapa sessi rawatan, bukan hanya sekali rawat.
  • Hendaklah bersabar bila mendapat rawatan homeopati
  • Ubat homeopati tidak mahal, biasanya dalam lingkungan RM .... - RM .... untuk satu minggu ubat [ kecuali ambil ubat untuk 1 tahun]
  • Ubat homeopati melebihi RM 1 ribu, bukan lagi cara rawatan homeopati
Jika Aggravate / Melarat
  • bagi tahu doktor yang sama, minta ditukar ubat atau berhenti ubat

Apakah yang dapat di Rawat Oleh Homeopati( semuanya dengan izin ALLAH SWT)

Rawatan Homeopati amat bagus diguanakn untuk merawat sebarang penyakit bayi saperti penyakit kuning bayi [ jaundice], bayi selalu menangis, kembong perut, dsb atau penyakit kanak-kanak saperti kanak-kanak lambat berjalan, lambat bercakap, kepala besar [ hydrocephalus], cerebral palsy, sakit perempuan saperti haid tidak teratur, senguggut, endometrosis, haid berpanjangan, kemandulan lelaki atau wanita, selalu keguguran, infertility, batu karang, batu dihempedu, sakit sendi tulang, hepatitis, gout, arthritis, migraine, gastrik, resdung, keloid, ketuat, herpes, STD atau VD, creatine tinggi [buah pinggang], prostat, strok, bell palsy [hiruk muka] atau facial paralysis, sebarang ketumbuhan dan lain-lain

Apakah Homeopati dan Akupunktur Sama

Homeopati dan akupunktur tidak sama. Kedua-duanya adalah dalam kategori perubatan TCM atau Alternatif dan saling membantu antara satu sama lain. Homeopati berasal dari Barat iaitu Germany dan menggunakan ubat-ubat sebagai alat penyembuhan. Sementara akupunktur adalah dari Timur iaitu China, ia menggunakan 'jarum akupunktur' dan diletakkan pada titik-titik akupunktur point dari meridian yang ditetapkan untuk menghilangkan kesakitan secara rangsangan endrofin pada otak [ pain relif without drugs].
Apakah Pendulum atau Radthesia Itu Homeopati

Perawatan menggunakan pendulum atau radthesia bukan homeopati. Begitu juga Quantum Touch, Spa, Aromatherapy, Reflexology, Bekam, Color Vibration, Amalan Doa atau Air jampi dan lain-lain. Semua itu bukan homeopati, tetapi ditakrifkan sebagai Perubatan Alternatif atau Perubatan Komplementari. Tidak menjadi kesalahan untuk mengabungkan teknik-teknik ini untuk merawat pesakit. Dalam Organon of Medicine, Prof Samuel Hahnemann menyatakan dalam Para 1: " The Highest Mission of A Physician is To Cure " dalam Para 285 hingga 291 Hahnemann menceritakan kebaikan menggunakan berbagai perubatan alternatif saperti mandi wap, kegunaan elektrik, galvanism, bahan magnet dari bahan galian dan juga haiwan, mesmerism, urutan dan sebagainya.
Kesimpulannya: Kegunaan apa sahaja perubatan altenatif atau pelengkap bersama atau seiring dengan homeopati dibolehkan , asalkan tidak bertentangan terus dengan homeopati. Amalan yang bertentangan terus dengan homeopati saperti ' diberi atau dimakan ubat allopati, drugs atau herbal-herbal yang kuat bersama homeopati' jelas bertentangan dengan konsep homeopati.
Apa lagi doktor homeopati sendiri prescribe ubat allopati pada pesakit, ini adalah satu pembohongan yang besar !

sekian

dipetik dr sumber : http://www.homeo-pathy.net/

Wednesday, February 22, 2012

Tentatif Kursus Bekam 17 Mac 2012 di Kelantan

Assalamualaikum tuan2 dan puan2...



PENGISIAN KURSUS BEKAM DAN RAWATANNYA DI KELANTAN :

SESI PERTAMA - BEKAM & PERIHALNYA

- Apa itu BEKAM
- Definisi Bekam
- Sejarah Perkembangan Bekam
- Antara Bekam, Thibbun Nabawi dan Perubatan Moden
- Hadits-Hadits Tentang Bekam
- Peralatan Bekam
- Bekamlah Diri sendiri Sebelum Membekam Orang Lain
- Bekam Tradisional dan Bekam Moden
- Bekas Luka Bekam dan Gambaran Penyakitnya


SESI KEDUA - BEKAM & KAEDAH EFEKTIF MERAWAT PENYAKIT

- 10 Kaedah Bekam
- Menangani pendarahan pada tempat Yang Dibekam
- Berbagai Teknik Bekam
- Cara Memilih Titik Bekam Yang Betul
- Prinsip Memilih Titik Bekam
- Cara Menemukan Titik Bekam
- Tempoh Membekam
- Penyakit yang Tidak boleh Diubati dengan Bekam secara terus
- Memilih Titik-Titik Bekam di Dada dan Perut
- Memilih Titik-Titik Bekam di Punggung
- Titik Bekam Kepala
- Memilih Titik Bekam Berdasarkan Titik Nabi (Titik/Point Sunnah)
- Beberapa Khasiat dan Kedudukan Titik Nabi



SESI KETIGA - KAEDAH DIAGNOS PENYAKIT SEBELUM BEKAM

- JARI & KUKU
- WAJAH
- LIDAH
- TAPAK TANGAN


Moga2 mendapat rahmat dan inayah dariNYA SWT....


rujuk disini : http://terapi-alfatah.blogspot.com/2012/02/kursus-bekam-dan-rawatannya.html

Friday, February 17, 2012

KURSUS BEKAM DI KELANTAN BERSAMA PENGASAS TIAF

Assalamualaikum semua orang Klate..

 Setelah berusaha mencari tarikh akhirnya...
Insya ALLAH Kursus Bekam akan diadakan di Kelantan..

Tajuk : Bekam
Tarikh : 17 MAC 2012( Sabtu)
Masa : 9am – 4pm
Tempat : Perpustakaan Az Zahra, Kota Bharu Kelantan
Yuran : RM120
Penyampai: Al Fadhil Ustaz Wan Asrol ( Pengasas TIAF)

*Penyertaan terhad kepada 20 orang peserta sahaja.

Keperluan : Peserta diwajibkan membawa peralatan bekam/kain pelikat masing-masing untuk tujuan praktikal
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila rujuk Ust Al Azhar sms kursusbekam/nama penuh/ ic/tarikh

Antara Pengisian Kursus Bekam:
Tentang Bekam
Rahsia Bekam dan titiknya
Kaedah Bekam
Dan lain-lain lagi

Tentatifnya akan menyusul...


Jika belum ada alat bekam boleh dapatkan dengan ustaz Al Azhar, Harga khas kepada peserta bekam di Kelantan sahaja.:

1. Cup Bekam Kangzu 12 cup RM 100 ( sangat terhad, siapa cepat dia dapat)
2. Cup Bekam ABC 12 cup RM 45, 24 cup RM 85.( ada stok)
3. Pen Bekam high Speed ( Plastik) + Jarum 10 btg  RM 60 ( ada Stok)
4. Pen Bekam high Speed ( stainless steel) + Jarum 5 btg RM 100 (ada stok)
5. Jarum bekam 21g juga boleh ditempah RM 15 ( 25 batang) RM 50 ( 100 btg)

Bagi memudahkan pengurusan tempahan perlu lebih awal dan Bayaran boleh dibuat ke Akaun No : 154080091916 (Maybank) @ 03036020824269 (bank Islam) setelah mendapat pengesahan seminggu sebelum kursus.

Insya ALLAH, akan diusahakan khas untuk peserta yg berhajat sahaja.

Untuk tempahan sms nama/alatbekam/jenis/harga hantar ke 0196879224 ( ustaz Al Azhar)

Sekian dulu

Thursday, February 9, 2012

Kita selalu bertanya.... Sedangkan Al Quran telahpun menjawab..

Assalamualaikum...


Kita selalu Bertanya?…….dan Al-Quran sudah menjawabnya. ……….

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (”I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?


QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


QURAN MENJAWAB
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!


QURAN MENJAWAB
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
- Surah Yusuf ayat 87

 sumber: http://amanah2u.com/?p=104

Saturday, February 4, 2012

Uri Baby... URI Manusia ??

Assalamualaikum..

Moga dipermudahkan ALLAH SWT... mengingatkan kami kepada kesucian niat dalam beramal ibadah...amin..

Perihal uri baby dan URI manusia? ada beza x?

Tidak ada aturan dalam syariah Islam tentang cara tanam uri bayi. Sedangkan kepercayaan bahawa uri mesti diuruskan dengan cara tertentu, kerana berpengaruh kepada bayi, hanyalah kepercayaan kosong yang tidak ada dasarnya dalam syariah.


Kala kepercayaan ini diteruskan, pelakunya boleh terjerumus ke dalam lembah syirik. Risikonya tentu sangat besar, kerana orang yang mati dalam keadaaan syirik, dosa-dsoa yang dibawa mati tidak akan diampuni.


Dalam Islam, tiada adat seperti itu. Kita tanam uri supaya binatang buas tidak boleh menggali dan memakannya. Takkanlah kita mahu buang uri di tong sampah ? Takut perkara lain pula yang timbul seperti merebaknya jangkitan penyakit jika uri itu mempunyai masalah tertentu.
 
Sumber : http://cara-tanam-uri.blogspot.com/2010/04/dikirim-oleh-mohd-masri-di-januari-19.html
 
Apa halnya pula dengan URI?
 
Suatu perkara yang melibatkan amalan kita mausia yg mengamalkan sesuatu dengan harapan atau mengharapkan sesuatu selain ALLAH.. macamana nak cakap ye... senang cerita ia mengikut niat... dan pasti niat keran dot-dot-dot baru ALLAH di belakangnya... buka beramal sesuatu kerana ALLAH SWT yakni liLLAH untuk dekat dengannya....
 
senang cerita berhati2 semasa beramal..:) boleh rujuk blog dibawah ini .. mana tau boleh dijadikan panduan.sebagai panduan... abumujahid pun masih konfius berkenaan URI... cuma amat berharap ada yg menegur jika kita terpedaya dalam amalan yg kita amalkan... sehinggal terlekat URI...
 
http://terapi-alfatah.blogspot.com/2009/11/berhati-hati-saudaraku.html
 
 
Sekian..


Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.