...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Tuesday, January 31, 2012

Perihal bercakap dengan Jin...


SalamuLLAH ‘alaikum…


Moga2 sambungan ini memberi peringatan kepada abumujahid agar sentiasa thabat dalam  ad din yang dibawa oleh baginda RasuluLLAH SAW…

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك

Saudara kaum muslimin sekalian… katakan sesuatu walaupun pahit jika ia adalah kebenaran…. Moga2 terselit kebenaran pada penulisan kali ini.. jika tidak izin kan abumujahid memohon maaf kerana kejahilan ini diterjemahkan dalam bentuk tulisan yang naif ini.


Sidang pembaca yang dihormati,

Penulisan kali ini adalah berkaitan bercakap dengan jin. Bahawa Jin mahupun syaitan bersifat  sombong dan  suka berbohong. Adakah kita yakin kalau dikatakan begitu? Bagi abumujahid sendiri kalau adapun kebenaran pada percakapan jin.. maka peratusannya sangat sedikit.

Jadi abumujahid menyeru semua sahabat- sahabat yang dirahmati ALLAH untuk keluar dari keadaan terlalu suka bersembang dengan jin kepada mengurangkan percakapan. Kalau boleh tinggalkan terus cara bercakap dengan jin kerana ia adalah perkara yang sangat samar2..dalam kita yakin jin suka berbohong kena pula kita suka bercakap dengan mereka.. bertanya itu dan ini... kan lebih baik kita tinggalkan saja bercakap dengan mereka disamping memperbanyakkan arahan keluar kepada mereka...

 Mungkin ada kaedah yang betul ketika berbual dengan jin.. tetapi bukan kaedah memaksa bercakap dengan mereka. Bertanya dan mempercayai kata2 jin yg keluar dr mulut manusia yg dirasuk… bertanya itu dan ini..

Manakala dipihak jin pula mula melakonkan aksi sedih, kesakitan, bersilat atau aksi2 tertentu yg akibat nya jika tidak dijaga akan memudaratkan pesakit dan boleh menimbulkan riak serta SS dikalangan org yg berkomunikasi/merawat mereka.

Adapun lebih baik kita memohon dari ALLAH SAW supaya mengeluarkan jin yg mengganggu tubuh manusia daripada kita membuang masa untuk bercakap dengan mereka..

Jesteru tuan2 dan puan,

Akan berkuranglah kes2 merasuk yg terlampau…sehingga terpaksa dipegang oleh 4/5 orang.. kes pesakit menjadi harimau… pesakit bersilat.. dan lain2..

Dan akan berkurang juga prasangka masyarakat sekeliling terhadap kehebatan/kekebalan makhluk halus ini. Maka sebaliknya timbulkan keagungan kepada ALLAH SAW semata-mata dengan tazkirah dan nasihat serta dorongan melakukan kebaikan kepada si pesakit dan org yang ada waktu rawatan dilakukan.


Sekian perkongsian pendapat… seperti abumujahid katakan.. jika salah kefahaman abumujahid pada post kali ini harapnya ditegur dan diperbaiki… jika ada pula kebenaran.. sama2 kita amalkan… jauhi diri dr terjebak dengan amalan2 yg mendatangkan SS tetapi perbanyakkan amalan SSS.

BarakaLLAHu fiikum.



.

Monday, January 30, 2012

أفلا تتفكرون؟؟ أفلا تعقلون؟؟ أفلا تدبرون؟؟


السلام عليكم ورحمة الله وبركته ومغفرته ورضوانه


الحمد لله الكريم الرزاق ذي القوة المتين وصلي علي سيدنا وحبيبنا وشفيعنا محمد صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه الاكرمين

إخوان و أخواتي المحترمون

Moga ALLAH memberi kekuatan dan memberi maksud dalam penulisan abumujahid pada kali ini..
اللهم اهدني واهديكم يا رب

Akhir2 ini alhamduliLLAH SWT... kemunculan blog2 perawat Islam begitu ketara sekali, munculnya seperti mengetahui kehendak dan keperluan masyarakat masakini... dalam kegawatan amalan syirik yang masih menjati dalam masyarakat.. muncul pendoa2, perawat2, mualij2, tobib2 yang ikhlas membantu masyarakat yang sedang tenat dipermain oleh makhluk yg bergelar Syaitan dan Jin, mengheret aqidah muslim dan muslimah ke lembah kesyirikan.. na'uzubiLLAH min hum ajma'in...

Tidak asing lagi jika disebut ruqyah syar'iyyah, perawat Islam dll.. masyarakat dah mula sedar dan ke arah mendapat rawatan cara Islam... alhamduliLLAH satu perkembangan yang sangat menarik... contohnya awal penubuhan Darussyifa yg sememangnya bermatlamatkan Tibbun Nabawi..sehinggalah muncul banyak sekali pusat2 rawatan seumpanya.. dan kebanyakkan bertujaun dengan tujuan yg sama...

Hari ini ledakan matlumat memudahkan masyarakat bukan saja mendapat maklumat.. malah sudah ada golongan yang belajarnya dari sumber internet... ilmu nya dihujung jari.. dan bukan lagi dr lidah guru yg mempunyai guru... sebagaimana adab belajar RasuluLLAH SAW dengan Jibril... ALLAHu

Saudara seagamaku,

Rawatan Islam yg dianjurkan oleh  doktor yang bertaraf pakar dunia iaitu baginda RasuluLLAH SAW, dalam sabdanya sebagaimana diriwayatkan Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahwa Rasulullah saw bersabda,


الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ

”Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara : Pertama, minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas”.

Disebut minuman madu dalam hadis ini menggambarkan betapa pentingnya amalan pemakanan bagi manusia untuk mengelakkan penyakit. Sedangkan kalau kita lihat pada hari ini.. masyakat kita khasnya dan masyarakat dunia amnya sudah kurang melihat diet RasuluLLAH dalam mengelakkan penyakit. Kita makan apa saja yang kita suka.. halal mahupun syubhah kita hentam saja.. bila sakit.. x boleh tidur... lenguh2... kita salahkan makhluk yang asalnya telah  berjanji hanya akan menarik ummah manusia bersama mereka ke dalam neraka ALLAH SWT... kita salahkan syaitan dan jin bila kita sakit fizikal... sedang dr amalan harian pemakanan kita.. ALLAH SWT datangkan penyakit... maka letihlah para pendoa2/ mualij2/ perawat.. membaca ruqyah... kerana pada sangkaan masyarakat kita punca utama sakit adalah dr Syaitan dan Jin..

Tuan2 dan puan pembaca budiman...

Abumujahid sangat seronok dengan perkembangan terbaru dimana perawat mula berminat ke arah Tibb Nabawi.. amalan pemakanan sunnah dalam anjuran ubat dan terapi dari perawat Islam/ Tobib2 muda, Pendoa2 sudah mula diketengahkan.. penggunaan Madu, Habbatussauda, Khal, Mandian2 dll mula diamalkan.. hasilnya.. AlhamduliLLAH Masyarakat sudah mula ada yang tidak menuding kesalahan penyakit yg mereka hadapi kepada makhluk halus semata2.. tetapi sedar bahawa amalan pemakanan dan gaya hidup riadah yg kurang menyebabkan simptom gangguan makhluk halus dalam diri ...

Makhluk halus.. Syaitan mahupun Jin sememangnya menunggu peluang dikala insan sudah kelemahan.. dek amalan sendiri untuk lebih menyesatkan manusia.. supaya manusia tidak yakin betapa kasih dan sayangnya ALLAH SWT kepada manusia sehingga memberi ujian2 untuk insan tersebut kembali kepadaNYA... SubhanaLLAH..

Dengan peluang yg terbentang dimata para Syatan dan Jin, mereka mendorong kepada amalan yg SS dikalangan pesakit/ perawat/pendoa... dan lebih parah terjadinya tuduh menuduh mengata sihir dr si pulan dan si fulanah.. santau lah... dan mungkin juga parah bila ada yang berkata.. 'susahlah nk keluarkan saka saya ni'... 'degil betul lah saka saya ni'... 'dah banyak perwat saya jumpa... sampai sekarang belum sembuh...'

ALLAH yg izinkan penyakit itu datang, maka kepadaNya jualah pengharapan dan tawakkal sesudah ikhtiar...

Insya ALLAH bersambung..




أستغفر الله لي ولكم
والسلام عليكم

Friday, January 27, 2012

Sampah


Assalamualaikum

Moga tuan2 dalam rahmatNYA jua… wal hamduliLLAH..

       Tajuk hari ini berkenaan sampah.abumujahid pun x tau kenapa tiba2 tangan ini lancar saja berceloteh pasal tajuk sampah ini… Ringkasnya semua orang tahu perihal sampah. Satu jenis istilah kepada barang buangan atau boleh juga dikategorikan sebagai bahan kotoran yang sudah tidak dikehendaki oleh manusia.


      Mustahil manusia yang normal menyukai sampah. Kalau ada juga sudah pasti ‘something wrong somewhere’ pada orang itu. Betul x? Bayangkan dalam rumah kita dipenuhi dengan sampah. Apa agaknya tindakan kita terhadapnya? Kita pasti membuangnya… sudah tentu bukan.. kerana sampah akan mengeluarkan bau yang kurang enak… dan juga boleh menghadirkan binatang yang tidak diundang seperti tikus, lipas semuat dan lain makhluk serangga serta x mustahil  makhluk halus juga tumpang sekaki.…


      Jadi secara mudah difahami.. sampah adalah barang yang tidak dikehendaki dalam hidup manusia tetapi sampah akan sentiasa wujud dalam kehidupan kita… sebab kita makan.. dan bahan buangan makanan itu kita kategorikan dalam bahan buang sampah… contoh mudah.. plastic, sisa-sisa makan, kotak2 kosong dan banyak lagi…

      Itu semua dalam rumah atau kawasan rumah kita… bayangkan pula sampah yang kita proses yang tidak dinyahkan dari jasad kita pula?? Sehinggakan sampah2 ini mengundang penyakit yang tidak semua orang mahukannya.. seperti darah tinggi, kencing manis Jantung.. PJK.. kegagalan buah pinggang dll .. subhanaLLAH… jadi perlu atau tidak kita sisihkan sampah dalam jasad kita?? Abumujahid secara pasti, menjawab yaa perlu dan amat perlu kita menjaga jasad pinjaman ALLAH SWT kepada kita ini dengan baik… oleh itu apa kata kita cuba sisihkan sampah2 dalam jasad kita dengan amalan pemakanan sunnah dan riadah yang betul… seronok betul abumujahid menulis…Cuma masih beringat dan masih menuding jari pada diri sendiri… supaya sedar diri sendiri yang juga berkarung2  dengan sampah … ALLAHul Musta’aan..


Tuan2 dan Puan2,

       Bila ada sampah kita buangnya… tapi berapa ramai dikalangan kita sedar kepada sampah rohani yang sentiasa membelenggu hidup kita dalam(dari nafsu yang x terkawal) dan luar( segala jenis makniko maksiat mata, telinga mulut dll). Dosa boleh diibaratkan sebagai sampah kepada rohani manusia… jadi sudah tentu kita perlu membuangnya dengan memperbanyakkan istighfar, taubat disamping memperpanyakkan amal ibadah yang lain. Persekitaran hidup kita sekarang membelenggu kita dari terlepas dari sampah dosa setiap hari, dan jika kita tidak membuangnya.. pasti kehadiran ‘benda’ yang tidak diundang akan berlaku. Kotornya rohani kita, maka akan bersaranglah segala ‘mak niko’ penumpang2 yang boleh mendatangkan penyakit kepada hati dan akhlak kita sebagai seorang muslim.


Jadi tuan2 dan puan,..

Jomlah kita membersihkan diri dari segala kekotoran sampah sarap samada yang zahir mahupun yang batin dalam kehidupan kita… abumujahid kali ini berseru kepada diri sendiri dan tuan2 sidang pembaca yang budiman,  supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang SS (Syok  Ssore-baca kaedah sebutan klate deh),, yang mengatakan kita bersih dari segala kekotoranm zahir mahupun rohani. Jadilah golongan SSS ( Sedar, sisih, semat) dimana kita sedar siapa kita di dunia ini… kita sisih segala kekotoran jasmani dan rohani dalam diri kita seterusnya kita semat amal2 soleh untuk memastikan kita berada di bawah payung Rahmat ALLAH SWT di dunia dan di akhirat.. Insya ALLAH SWT.

 Contoh buku untuk merawat penyakit rohani..

Sekian dulu Ngomong2 kosong abumujahid al Faqiru ilaLLAH SWT.



Wassalam.




Wednesday, January 25, 2012

Sedar, Sisih dan semat...

AlhamduliLLAH.. pujian buat Pencipta alam ini... Selawat dan Salam buat kekasih Agung Baginda RasuluLLAH SAW serta para keluarga dan sahabat.

Entah kenapa hari in abumujahid terasa nak menulis berkenaan sedar, sisih dan semat... hasil dari mimpi abumujahid 2/3 hari lepas agaknya... sebenarnya abumujahid dah lama sangat tidak melihat orang kerasukan.. tempuh kurang lebih dua tahun .. bila diminta mendoakan seseorang... x terjadi rasukan... Bosan jugak bukan?? sebenarnya hasil didikan guru dan pengalaman cetek abumujahid sendiri merasakan sangat tidak relevan bila pesakit ( khasnya yg terkena gangguan makhluk halus) dirawat meraka terpaksa berhadapan dengan masalah kerasukan... hilang terus akal mereka dalam meng'kontrol' kelakuan dan tindakan mereka.

Cuba saudara saudari bayangkan... kalau ketika itu ramai yang menonton?? alangkah malunya pesakit itu... atau mungkinkah ada pesakit yang berasa bangga? adakah rela seorang suami bilamana isterinya merasuk dan terpaksa dipegang oleh perawat2 dikalangan lelaki2 bukan mahramnya? kalau abumujahid sendiri.. pasti x rela melihat isteri atau anak perempuan atau adik beradik perempuan daslam keadan begitu.. lebih2 lagi kalau yang ditayangkan dalam TV... ALLAHu.. martabat manusia yg tinggi luntur bila membenarkan makhluk halus menguasai diri ... lantas timbul keaiban diri...

ok stop setakat itu... kembali kepada topik sedar sisih dan semat. Mungkin apa yang abumujahid tulis pada kali ini sudah dan memang diamalkan oleh perawat2/pendoa2 Islam diluar sana. Kerna abumujahid sendiri bukanlah org yg tahu dan mahir dalam hal ehwal merawat ini...

Sedar- ertinya semasa tempoh dirawat... seorang perawat/pendoa mesti memastikan pesakit dalam keadaan sedar dan bukan dirasuk... kerana rawatan yg paling efektif ialah bila kita merawat dan pesakit tidak kerasukan. Jika berlaku kerasukan kerana pesakit sudah sinonim dengan rasukan @ dah biasa sgt bila dirawat terus kerasukan.. maka seorang perawat/pendoa mesti menyedarkan pesakit bukan melambat2 rawatan dengan berbual-bual dengan makhluk yang mengganggu... sedarkan pesakit dengan apa saja kaedah yg harus seperti memanggil namanya... jirus air ke... apa2 lah yg perawat /pendoa rasakan harus dilakukan. Bila sudah sedar barulah dimulakan kembali rawatan mengikut ilmu pendoa/perawat yang mubah pada pandangan syara'

Sisih- ertinya perawat/pendoa mendoakan dan berikhtiar untuk membuang dan menyisihkan penyakit dari diri pesakit dengan apa saja amalan yang harus pada pandangan syara'. Jangan lupa yang menyisihkan penyakit hanyalah ALLAH SWT jua... teknik dan kaedah itu hanyalah kaedah semata-mata. Cuma ia perlu dilaksanakan... kerana itu adalah adat merawat/mendoa.

Semat- ertinya perl disematkan dalam diri perawat/pendoa serta pesakit.. tentang perkara-perkara yang penting seperti semua penyakit datangnya dari Sang Pencipta... limpahan kasih sayangNYA pada hambaNYA dan dariNYA jua kesembuhan datang. Perlu disematkan dalam diri perawat/pendoa dan juga pesakit amalan2 sunnah samada yanag wajib mahupun yang sunat. Spt solat fardhu, solat sunat, zikir2 dan menjaga adab dalam pergaulan, cara pemakaian yang sempurna dan menutup aurat... serta lain2 yang difikirkan perlu sebagai musafir di atas bumi milik ALLAH SWT ini. juga jagan lupa tentang penjagaan diri dalam pemakanan, riadah dan lain2

Ok lah Apa yang ditulis pada hari ini sebenarnya ingatan dan teguran abumujahid kepada diri sendiri kerana penulis mencoretkan sesuatu agar ia menjadi panduan dan nasihat dalam meneruskan bekalan berttemu Pencipta yanag Maha Agung... Jika kebenaran ada pada penulisan kali ini ambillah sebagai nasihat dari sang faqir ilaLLAH... dalam liku2 perjalanan yang tidak diketahui bila akan tamat.

sekian Wassalam.



Friday, January 20, 2012

Terasa dekat denganMU ya RasuluLLAH

Assalamualaikum

AlhamduliLLAH diberi kekuatan lagi untuk berblog pada petang ini.. segala pujian buat Pencipta yang Maha Hebat... Maha Pemberi.. yang mengurniakan kepada abumujahid dana para pembaca sekalian kekuatan dan kesihatan... alhamduliLLAH.

Ringkas cerita, Abumujahid pernah bertemu dengan mereka yang mendakwa keturunan RasuluLLAH SAW... datang mengadu sakit. tanpa banyak bicara terasa amat keldil bertemu dengan ahlul bait RasuluLLAH yang pada mereka mengalir darah2 mulia baginda SAW...

Betulkah perlu mereka menjaga keturunan sehingga tidak boleh berkahwin dengan selain dari ahlul bait sahaja?? abumujahid mengajukan persoalan.. dalam keliru dia menjawab .. ya.. alhamduliLLAH menjaga ketururan suatu yang murni.. tetapi barangkali tidak terputus keturunan walaupun berkahwin dengan rakyat marhain yang tiada asal usul keturunan Mulia RasuluLLAH SAW. malah memperluas lagi rahmah salsilah yang mulia ini.. itu pendapat dangkal sang fakir ilaLLAH ini..

Abumujahid ingin sekali menarik golongan mulia yang mempunyai salsilah dengan Baginda Besar rasuluLLAH SAW. agar dengan kelebihan tuan-tuan dan puan-puan sejak lahir ini agar lebih berhati-hati, menjaga dan memelihara apa yang dibawa oleh Junjungan Besar RasuluLLAH SAW.

Tonjolkan peribadi tuan-tuan dan puan-puan selari dengan kehendak sunnah agar ummah hari ini boleh menjadikan tuan-tuan dan puan-puan sebagai idola menggambarkan akhlak RasuluLLAH SAW. seperti para habaib yang bila berhadapan dengan mereka terasa dekat dengan baginda RasuluLLAH SAW. madadnya tersebar luas.... subhanaLLAH.. sesungguhnya ALLAH tidak menghampakan hamba2nya ini...

Terasa dekat dengan diri bila berhadapan dengan keturunan insan Mulia ini.. sehingga menyentuh nurani dan hati abumujahid.. moga ahlul bait RasuLuLLAH SAW yang ada pada hari ini mencari jalan untuk menjadikan diri mereka seperti yang diharapkan oleh Datuk mereka SAW.

ALLAHumma Solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala aali sayyidina Muhammad.

Ya ALLAH dekatkan kami kepada kekasihMU... Rapatkan kami dengan salsilah kekasihMU dikalangan ahlul bait dan warasatul anbiyail mursalin  ulama-ulama yang mendokong sunnah RasulMU SAW.

Amin ya Rabbal 'alamin..


wassalam

Monday, January 9, 2012

Sesungguhnya aku tidak tahan wahai TUHANku..

Assalamualaikum

AlhamduliLLAH ku panjatkan syukur pada ALLAH SWT yang masih memberi kekuatan untuk terus menghadapi cabaran dan dugaan berada di sekolah sekarang. walaupun dalam hati kecil Abumujahid dah tidak sanggup berada di sekolah sekarang. ... bekerja untuk sekolah.. . haluan niat yang sepatutnya LILLAHi Ta'ala  kekadang bertukar.. menjadi terpaksa...

Konsep Ikhlas yang ditanamkan sebenarnya baik dan bagus kepada para pekerja .. tetapi dengan bertemakan konsep ikhlas juga kadang2 hati abumujahid memberontak kerana profesion perguruan yang menjadi minat abumujahid selama ini macam tersekat dengan macam2 keraneh dan kehendak orang atasan tanpa mengira masa org bawahan seperti abumujahid ini...

Walaupun berkhidmat hanya di sekolah, abumujahid dengan kekangan waktu bertugas yag tiada batasan waktu tertentu.. merasakan sudah tidak relevan lagi berada di sekolah yang bergelar SBT kerana waktu abumujahid bersama2 masyarakat terhad dek keletihan dengan tugas di sekolah SBT sekarang.

Kalaulah diizinkan untuk bertukar angin ke sekolah harian biasa .. rasanya medan untuk terjun bersama2 masyarakat lebih luas dan tidak terbatas seperti di SBP kerja siang dan malam.. sehingga apabila ada yang meminta pertolongan terpaksa dibatalkan..

Maafkan andai diari abumujahid kali ini lebih bersifat peribadi kerana ruang yang kecil inilah yang mampu memberi secebis ketenangan buat abumujahid ..

Sesungguhnya aku sudah tidak tahan ... kerana kerjaya di SBT menjauhkan aku dari MU ..sibuk dengan keikhlasan bekerja yang direka untuk mendidik anak bangsa.. aku pasrah aku tidak serasi denganmu wahai sekolahku sekarang.

Ya ALLAH... tolonglah berikan kemudahan untuk hambaMU ini dapat bertukar atau dtukarkan ke sekolah harian biasa... Ya RABB... Aku ingin lebih dekat dengan MU.. Ya RABB..

Istajib du'aii ya RABB...

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.