...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Wednesday, August 10, 2011

Merenung diri di pertengahan Ramadhan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته... وبعد

الحمد لله الذي جعل شهر رمضان موسماً للطاعات، وأفاض على الصائمين نعيم الرضوان والنفحات، والصلاة والسلام على أشرف الخلق أجمعين محمد بن عبد الله وعلى آله وصحبه ومن سار على هديه إلى يوم الدين أ ّما بعد,,,

Segala kepujian, sembah dan kebesaran bagi ALLAH SWT tuhan sekalian alam yang menjadikan bulan Ramadhan sebagai musim untuk ketaatan dan ibadah, melimpahkan ke atas orang yang sebetulnya berpuasa dengan ni'mat keredhaan .. selawat dan salam buat semulia makhlukNYA.. Nabi Muhammad SAW bin Abdullah serta para ahlinya serta sahabat-sahabat Baginda dan barangsiapa jua yang berjalan diatas landasan aqidah dan hidayahNYA sehingga yaumaddin....

Terdahulu sebelum kalam dan titipan ringkas abumujahid diteruskan ... rasanya segala keseronokan dapat menerima saat-saat kehadiran tetamu teragung sedang memasuki ruang dan rangka  pemutihan...pemutihan dari zulumat dan jutaan آثام .....setelah rahmat dariNYA mencurah-curah pada 10 awal ramadhan yang telahpun berlalu. maka berbahagialah mereka yang menyusuri 10 awal Ramadhan ini dengan jihadunnafs.... melawan karenah dan kehendak hawa nafsu yang melampau... hingga menggapai redha dan rahmat dari tuhanNYA.

Fasa pemutihan yang merupakan fasa kedua dirasakan rugi bagi mereka yang terus lalai dan alpa dengan kerakusan mengejar ni'mat dunia yang sementara ini... pacaindra kurniaan Tuhan sekalian alam ini digunakan hanya senya untuk mencapai keseronokan dan kebahagiaan nafsu semata2... tanpa merasakan besarnya diskaun keampunan dan gedung pahala yang akan diberikan oleh Yang Maha Pemurah... SubhanaLLAH...

Wahai diri yg sentiasa alpa,

Menangislah wahai diri... selagi hayat dan nafas dikandung badan.. kerna dengan titisan  air mata keinsafan dan penyesalan pasti memberi kebahagian di alam barzakh dan akhirat kelak... memadamkan serakah dan maraknya api neraka.. yang bahan bakarnya terdiri dari sebahagian manusia yang kufur dan lupa dengan perjanjian ' alastu birobbikum... qooluu bala sahidna'..

Basahkan lidahmu dengan zikruLLAH.. moga2 ketenangan dan keharmonian dalam jiwamu memberikan rasa puas untukmu menghirup udara milik Tuhanmu.. tiada gundah lagi bila alunan zikir sentiasa melekat pada bibirmu.. hatta pada setiap naik dan turunnya nafasmu.... ALLAH.... ALLAH.. ALLAHu

Jangan biarkan dirimu memejamkan mata untuk mengakhiri dari menatap dunia fana ini tanpa melihat dan merenung ayat2 ALLAH... dari matamu terus kebibir mentilawahkan kebesaran ALLAH yang diwahyukan kepada Baginda RasuluLLAH SAW... dengan membacanya ALLAH menjanjikan bukan segunung.. malahan lautan-lautan kurniaan adalah  permbalasan dari Tuhan Yang Maha Pengasih dan Pengurnia... SubhanaLLAH...

Dikala tanganmu, kakimu tubuhmu sihat ini... sempena bulan Berkah dan Rahmat ini... cubalah gagahi dirimu untuk mengangkat selimut mu dimalam hari... agar boleh berteleku dan bermunajat dihadapan Penciptamu.. kerna hanya Dia yang memberi segala keperluanmu di dunia ini dan akhirmu nanti. Tarbiahkan diri mu wahai diri... hiasinya dengan Taqwa kepadaNYA... agar mendapat keredhaan dariNYA untuk kita hamba yang hina ini diterima sebagai hambanya di akhirat nanti... ALLAHu akbar...

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "إذا جاء رمضان فُتِّحت أبواب الجنة وغُلِّقت أبواب النار وصُفِّدت الشياطين" متفق عليه

Kata Junjungan besar RasuluLLAH SAW " bila datangnya tetamu Ramadhan maka terbukalah pintu-pintu syurga dan tertutup rapatlah pintu-pintu neraka dan diikatlah syaitan-syaitan'

Abumujahid berundur diri dan kita doakan moga tempoh 19 hari mendatang bolehlah kita bermujahadah menjadi hamba ALLAH SWT.. Insya ALLAH

Waassalam..

Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.