...............................................

...............................................
الفقير إلى الله مسافر في أرض الله و سيروا على بركة الله

Al faqir ilaLLAH, Musafir fii ArdhiLLAH , Siiru 'ala BarakatiLLAH





Thursday, November 25, 2010

TENTATIF KURSUS TIAF 4 DISEMBER 2010

  Assalamualaikum


Pandangan depan
Dewan kursus insya ALLAH

 Perpustakaan Awam Islam Dar Nur al-Zahra'
5529, Lrg. Merican Off Jalan Telipot
15150 Kota Bharu
Kelantan Darulnaim.
( Belakang billion)


 Sihir & Permasalahan dan Kaedah Rawatan secara Islam( Kursus Asas)


Tarikh : 4 hb Disember 2010 ( Sabtu)

Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi-8.30pagi ( pendaftaran)



TENTATIF KURSUS

Jam 8.30 pagi- 10.00 pagi( sesi pertama)

1) Amalan-amalan yang berkaitan dalam perawatan. (Persediaan perawat)
a) Amalan asas perawat
b) Risiko perawat
c) Keperluan serang balas(counter attack) & Kaedahnya
d) Pagar rumah

Jam 10.00 pg - 10.30 pagi ( minum pagi)

Jam 10.30pagi- 1.00 ptg: ( sesi kedua)

2) Pendedahan jenis-jenis sihir dan 'permainan' pengamal-pengamal sihir.
a) Sihir campurlibat jin
b) Sihir tanpa campurlibat jin

Jam 1.00 ptg - 2.00ptg : (rehat / solat zohor/ makan tghari)

Jam 2.00 petang- 4.00 ptg : ( sesi ketiga)

3) Berkongsi kaedah-kaedah khusus dalam merawat sihir, antaranya:
a) Kaedah menangkap Toyol dan Anak Kerak
b) Kaedah lupus susuk atau buang susuk
c) Kaedah Pecah Busung
d) Dan lain-lain kaedah yang berkaitan.

4.00 petang- 4.15 ptg ( minum petang)

 4.20 ptg- 5.30 ptg ( sesi keempat):


4) Pengijazahan amalan.

1) Amalan Benteng Diri & Kaedah Rawatan
2) 7 Salamun Hayy (seperti yang telah diadakan di Balai Islam Tahun 2009)
3) Amalan Kerezekian
4) Doa Nur
5.30 ptg ( bersurai/ solat asar)
Diharap semua peserta  maklum bagi memudahkan dan melancarkan kursus yang akan berlangsung nanti.

Kereta peserta boleh diletakkan dikawasan/ hadapan Perpustaakaan Az Zahra dan di hadapan masjid yg bersebelahan dengan perpustakaan. Insya ALLAH di doakan semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik, teratur dan mendapat 'inayah daripada ALLAH.

makluman dari penganjur : abumujahid

Wassalam. wa siiruu 'ala barakatiLLAH Amin...

Friday, November 5, 2010

Penyakit AIn lagi....

Assalamualaikum ..


Segala pujian kepada Tuhan Pencipta 'awalim.... menganugerahkan sebilangan nikmat hidup dan nafas kepada hamba-hambaNYA.. moga2 kita tergolong dalam hambaNYA yang dipayungi dengan Rahmat dan Inayah NYA.... Alhamdulillah..


Rasanya tiada bicara yang menarik untuk titipan pembaca blog kerana abumujahid agak ketandusan dengan idea.. Hari ini JUmaat 5/11/2010 abumujahid agak rilex dan tidak ke mana2.. cuti umum..terlalu lama tidak update blog ini dan blog2 lain.. betul seminggu dua ini sibuk sehingga hampir tiada masa untuk blog..

Firasat tajam (sabda Rasul saw : berhati hatilah pada firasat orang mukmin, karena mereka melihat dengan cahaya Allah swt)

ALLAHu.. apa yang abumujahid ingin kongsikan ialah.. tentang perkara yang berlaku baru2 ini... anak perempuan abumujahid terkena penyakit misteri.. gatal2 yg berlaku seluruh tubuh badan.. naik kejap surut .. naik tempat lain pulak.. puas jugak berusaha.. ruqyah syariyyah dibaca, mandi limau sudah.. ubat2 doktor pun sudah.. walaupun tergerak hati ingin melakukan kaedah rawatan sakit ain.. tapi rasa macam terleka.. sehingga abumujahid bertanya TG .. dan sepatah perkataan sudah cukup untuk mengingatkan diri tentang rawatan AIN... sudah tentu ramai yang kurang faham dengan AIN.. termasuk abumujahid. alhamduliLLAH setelah dua kali di rawat dengan kaedah rawatan Ain .. ALLAH campakkan kesembuhan buat anakanda abumujahid.. BarakaLLAHu ya Syaikh Wan...

Saudara Tuan/Puan pembaca sekalian..

Hari ini berlaku kekeliruan tentang masalah Hasad dan AIN.. walaupun abumujahid lebih seronok mengatakan Ain dan Hasad adalah 2 perkara berbeza..dalam riwayat muslim/bukhari dan turmizi meriwayatkan Dari Junjungan Besar RauluLLAH SAW berkata

العين حق ولو كان شيئ سابق القدر سبقته العين, وإذا استغسلتم فاغتسلوا,

وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يأمر العائن فيتوضأ ثم يغتسل منه المعين"

Inilah dalil berlakunya Ain dan cara2 untuk merawat penyakit ain..tapi berapa ramai dikalangan kita mempunyai firasat yang tajam untuk memastikan seseorang yang terkena Ain itu terkena ain dari org yang betul? Pastinya sukar jika kita bukan org2 yang dekat denganNYA...

ALLAHu Rabbi wa Rabbukum...

Hari ini seiring dengan zaman yang serba canggih.. abumujahid terasa keldil sungguh kerana untuk membezakan antara sihir dan ain pun belum mampu.. inikan untuk merawat..

Ya ALLAH kurniakan kepada hambaMU yg jahil ini sekulumit dari ilmuMU yang Maha Luas... Permudahkan hambaMu yang berdosa ini dengan laluan mujahadah terhadapMU...

sebelum akhirnya abumujahid titipkan sedikit kaedah mengelakkan serangan Hasad, Ain dan Sihir.. moga2 menjadi pedoman kita semua.

1) Berkata Ad Dilmi dari 'Imran bin HUsin dari Baginda Junjungan Besar RasuluLLAh SAW berkata : "Tidaklah membaca seorang hamba Al Fatihah dan ayat Kursi dalam rumahnya kecuali terhindar dari Ain Manusia dan Jin"

2) jika org merasa ta'ajjub dengan kita/ anak kecil kita  maka cepat2lah mengucapkan kalimah
ما شاء الله لا قوة إلا باالله
atau
التعوذ

Kemudian selangi dengan selawat ke atas baginda RasuluLLAH..

3) Baca 3 Qul sebanyak 3x setiap petang dan 3 x setiap pagi.

sekan dulu untuk kali ini

Wassalam..





Para Pembaca budiman.

Blog abumujahid ini memaparkaan pandangan peribadi abumujahid. Segala yang dipaparkan akan dimuatkan sumber rujukan jika ia adalah daripada sumber tertentu. Moga-moga abumujahid dan pembaca sekalian boleh mengambil istifadah dan boleh juga menegur abumujahid dalam hal yang dikira salah dan bertentangan dengan usul aqidah mahupun syara'.

Moga tuan-tuan dan puan-puan mendapat barakah dari blog yang Naif dan dhaif ini. BarakaLLAHu fiikum.